Header Ads

Tips Temuduga SPP Bagi Jawatan DG41 & Temuduga Secara Online

Siapa antara korang yang pernah duduk temuduga SPP? Mungkin ada yang lulus terus, tapi mungkin ada juga yang gagal kan? jangan risau, mungkin rezeki korang ada kat tempat lain!

Hari ni aku nak kongsi beberapa tips untuk temuduga SPP. Sesuai dengan tajuk utama kita, aku akan senaraikan kat bawah tips wajib untuk korang kalau nak lulus temuduga SPP. Mari kita tengok sama-sama tips sebelum, semasa dan selepas temuduga SPP yang korang perlu ambil berat.

Tips Temuduga SPP Bagi Jawatan DG41 & Temuduga Secara Online

Tips Temuduga SPP Bagi Jawatan DG41 & Temuduga Secara Online

Sebelum Temuduga

Seperti yang sedia maklum, kalau nak pergi temuduga, dokumen dan sijil adalah benda wajib yang mesti ada. Peka dengan senarai dokumen yang perlu dibawa semasa temuduga.

Tapi, sekarang semakin banyak temuduga yang dijalankan secara rakaman video dan perlu dimuat naik atas talian. Nak tahu lebih lanjut, boleh baca pengalaman salah seorang calon yang telah berjaya temuduga SPP di SINI.

Kat sini, penulis ada berkongsi tentang pengalaman penuh temuduga SPP secara rakaman video. Penulis turut berkongsi beberapa syarat yang perlu dipatuhi dan juga panduan penuh bagaimana penulis menduduki temuduga tersebut.

Senarai dokumen yang wajib dibawa atau dimuatnaik termasuklah:

  • Kad Pengenalan
  • Sijil Lahir/ Sijil Pendaftaran Kelahiran
  • Kepujian Bahasa Malaysia
  • Ijazah Sarjana/Ijazah/ Diploma
  • Diploma Pendidikan
  • Pengiktirafan Kelayakan
  • Surat Kebanaran Cuti Belajar
  • Buku Rancangan Pengajaran Harian/ Dokumen Pengajaran Dan Pembelajaran/ Salinan Sijil Kegiatan Ko-Kurikulum

Kat sini, korang kena pastikan semua dokumen sudah disahkan. Untuk korang yang belum pernah duduk temuduga, korang akan dapat satu senarai semak yang terkandung macam senarai kat atas. Pastikan korang susun dokumen ikut sususan yang betul dan semua dokumen sudahpun disahkan.


Baca Sini : Iklan Pengambilan Khas Guru Secara One-Off Mulai 7 Julai 2021

Semasa Temuduga

Bila korang dah dapat panggilan temuduga tu, pastikan korang buat persediaan awal-awal ya. Jangan tunda-tunda, nanti korang panik pula sebab belum bersiap sedia.

Pastikan korang datang awal ke tempat temuduga. Kalau boleh 30 minit sebelum temuduga. Sebelum keluar rumah, cek semua semua dokumen dan pastikan pemakaian korang adalah mengikut piawaian ya.

1. Pendaftaran – Sesi ini akan ambil masa agak lama sebab nak semak semua dokumen yang dibawa oleh calon.

2. Pembahagian Kumpulan – Selepas selesai mendaftar, korang akan dibahagikan mengikut kumpulan oleh pegawai SPP. Biasanya satu kumpulan akan mewakili 5-10 orang dan akan mengambil masa 1-2 jam ke atas. Bilangan dan masa temuduga adalah berbeza mengikut tempat temuduga yang korang duduk.

3. Panggilan Temuduga – Setiap kumpulan akan masuk apabila dipanggil oleh pegawai SPP. Sebelum masuk, ketuk pintu dahulu sebelum masuk ke dalam bilik temuduga. Tunggu pegawai benarkan korang duduk, baru korang duduk ya. Selalunya soalan yang diberikan lebih kurang sama sahaja. Antaranya:

  • Perkenalkan Diri (Bidang pelajaran yang diambil, Pengalaman berkerja)
  • Isu semasa pendidikan
  • Kaedah pengajaran
  • Soalan mengenai bidang pelajaran


Jangan luang terlalu banyak masa untuk perkenalkan diri. Cuba ringkaskan sebaik mungkin. Yang penting, korang menjawab soalan yang diberikan oleh pegawai SPP. Soalan yang ditanya akan berkaitan dengan bidang pelajaran atau ataupun tentang kerja yang korang mohon. Jadi, korang boleh bersiap sedia dengan soalan-soalan yang mungkin akan ditanya.

Sepanjang temuduga, calon akan bergilir-gilir untuk menjawab soalan. Cuba untuk tidak menyampuk ketika pegawai sedang bercakap.

Lagi satu, jaga tutur bicara, postur badan, eye contact dan reaksi semasa calon ataupun pegawai sedang bercakap. Kalau suara korang lembut, cuba untuk yakin dan lontarkan suara dengan jelas. Jangan terlebih kuat pula ya! Terkejut pegawai dan calon lain nanti.

Selepas Temuduga

Masa ni, korang dah boleh rasa lega sebab dah selesai peringkat temuduga. Hanya perlu menunggu keputusan sahaja. Korang perlu tunggu masa 1 hingga 2 bulan untuk dapat keputusan. Peka dengan keputusan SPP ini ya.


Temuduga SPP online

Macam Mana Pula Dengan Temuduga Online?

Macam yang aku cakap kat atas tadi, makin banyak temuduga atas talian yang dibuat sekarang. Salah satu sebabnya adalah disebabkan PKP.. Kalau dahulu, temuduga online mungkin dijalankan sebab jarak korang dan tempat temuduga tu jauh.

Tipsnya pula?

1. Pastikan telefon atau laptop berfungsi dengan baik – Pastikan gadjet korang dalam keadaan yang baik untuk mengelakkan berlaku gangguan semasa temuduga. Begitu juga dengan kamera dan sekeliling korang. Cuba cari satu tempat yang sesuai, bersih dan tak bising. Kalau korang tak peduli tentan hal ni, ia akan menggangu temuduga korang nanti.

2. Wifi/ Data internet yang laju – Pastikan tempat korang nak buat temuduga tu mendapat internet yang kuat dan baik. Hal ini dapat membantu temuduga korang berjalan dengan lancar tanpa ada apa-apa masalah dengan sambungan internet.

3. Suara yang jelas – Pastikan korang bercakap dengan nada yang boleh didengar oleh semua penemuduga. Kalau korang jenis suara yang kecil, korang boleh beli mini microphone ataupun earphone semasa temuduga.

4. Posisi yang sesuai dan selasa – Duduk dengan selesa dan pastikan semua penemuduga dapat melihat muka dan badan penuh korang. Buat seperti korang sedang duduk berhadapan dengan mereka. Letakkan telefon di tempat yang sesuai supaya korang boleh dilihat dengan baik.

5. Pakaian yang sesuai – Sekali lagi, cuba anggap korang sedang berhadapan dengan mereka. Face to face orang kata. Pastikan korang pakai pakaian yang mengikut piawaian. Lelaki perlu pakai kemeja, slack, tie. Perempuan pula berbaju kurung yang tidak terlalu menonjol. Untuk non-muslim, kalau nak pakai skirt, pastikan skirt korang melebihi dari lutut korang ya.

6. Jawab soalan dengan yakin, padat tapi ringkas – Cikgu aku selalu cakap, kalau nak bagi jawapan, cukup yang ringkas sahaja, tapi pastikan “berisi”. Maksudnya, walaupun jawapan korang hanya satu ayat sahaja, tapi ia sudah cukup memadai jika ia mampu menjawab soalan yang diberikan dengan baik.

7. Resume – Sama ada temuduga face to face ataupun online, resume adalah sangat PENTING! Pastikan resume korang dapat hadirkan “first impression” yang kuat di mata penemuduga. Maklumat mesti betul dan lengkap. Korang boleh dapatkan PAKEJ PANDUAN LENGKAP RAHSIA RESUME KERJA ini.


Dah sampai ke penghujung perkongsian. Mungkin korang ada penambahan nak buat? Kalau ada, jangan lupa letak kat ruangan komen ya! Sharing is caring kan?

Aku harap siapa-siapa yang ada temuduga tu, dimudahkan urusan. Semoga sedikit perkongsian ini dapat membantu korang untuk mempersiapkan diri untuk temuduga. Sekian!



No comments

Powered by Blogger.