Header Ads

Pengalaman Course Bisnes di UniMAP

Aku: *Termenung..


Sahabat: Kenapa termenung tu?

Aku: Hmm.. Teringat masa zaman kampus.

Sahabat: Mesti best kan?

Aku: Ha’ah. Best. Banyak pengalaman.

Sahabat: Meh la cerita kat aku. Nak dengar. Hehe.

Aku: Boleh. Memang nak cerita kat kau pun. Hehe.

Alhamdulliah, cerita tu saya sambung dan coretkan dalam blog ini. Mudah-mudahan dapat memberi manfaat kepada yang membaca.

Saya merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda Kepujian Perniagaan minor Perniagaan Antarabangsa. Selesai bergraduat pada tahun 2018. Alhamdulillah sempat naik pentas ambil scroll sebelum Covid 19 datang. 

Satu makhluk Allah mengubah norma hidup manusia seluruh dunia. Begitu hebat makhluk ciptaan Allah SWT dan Maha Berkuasanya Allah dalam menakdirkan sesuatu. Hanya berkata “Kun fa ya kun” yang bermaksud “Jadilah maka jadilah.”. Itulah keagungan Allah SWT pemilik semesta alam.

Begitu juga bijaksananya Allah dalam menakdirkan aku untuk sambung study di UniMAP. Sebuah negeri jauh nun utagha dalam peta Malaysia. Aku percaya besar hikmahnya Allah SWT campak aku di negeri Perlis. 

Aku sebelum ijazah ambil bidang sains tulen di matrikulasi begitu juga zaman high school pun bidang sains tulen. Alhamdulillah sambung ijazah tukar bidang dalam perniagaan. Aku pun yakinkan diri untuk sambung bidang baru ni. 

Sebenarnya minat bidang akaun lagi sebab masa high school pernah ambil subjek Prinsip Akaun. Sampai sekarang minat. Tapi nak buat macam mana dah dapat tawaran sambung bidang perniagaan. Redha dan redah je la. Hehe..


Perniagaan vs Akaun
Sebenarnya tak susah pun bidang perniagaan ni. Bagi aku bidang perniagaan ni adalah bidang belajar tawakal tinggi. Sebabnya apabila kita berkecimpung dalam bisnes, tawakal tu memang kena tinggi. Bisnes kan ada naik turun. Kadang untung kadang rugi. Key utama nak berjaya dalam bisnes sebenarnya kena konsisten. 

Berbeza dengan bidang akaun yang fixed. Ada rule and regulation kena ikut. Bidang perniagaan semua benda kena belajar. Nak kata bidang perniagaan ni besar dan luas serta flexible. Apabila sudah bergraduat dari bidang perniagaan besar dan luas peluangnya. 

Boleh cari kerja dalam akaun, pengurusan, kewangan, human resource, logistik, administration, saham dan macam-macam lagi. Tak rugi sambung bidang bisnes. Besar peluang in future. InshaaAllah.

Bidang bisnes di UniMAP
So dekat UniMAP, bidang bisnes ada dua je iaitu Perniagaan Antarabangsa dan Keusahawanan Kejuruteraan. Dua-dua sama je cuma bezanya keusahawanan kejuruteraan ada campur engineering sikit. Ikutlah kat hampa minat yang mana. 

Kampus budak-budak bisnes kat bandar. So mudahlah dalam segala hal. Nak balik kampung ke. Nak pergi Thailand ke. Nak pergi Langkawi ke. Kemudahan dan fasiliti sangat mudah didapati. 

Berbeza dengan kos engineering yang kampus terletak di Pauh dan Sungai Chuchu. Dua-dua ni jauh dari Kangar. Budak-budak dari situ kena naik bas setengah jam untuk sampai Kangar. Sempat tidoq. Hehe.

Kuliah
Jauh dah melalut. Nak cerita sebenarnya pengalaman ambil bidang bisnes kat UniMAP. Dari segi kelas, assignment, projek, program, subjek dan lecturer. Untuk lebih spesifik subjek ada aku nyatakan dalam entry sebelum ni bertajuk Panduan sambung ijazah di UniMAP. Jemput baca. 

Firstly dari segi kelas budak-budak bisnes. Satu batch akan dibahagi ke beberapa kelas. Kelas ni hampa sendiri pilih masa daftar subjek kat sistem. So kalau ada kawan bincanglah dengan kawan nak pilih kelas mana bolehlah pergi balik kelas sama-sama. Nak cari kawan buat group assignment pun senang.

Program Luar
Course perniagaan di UniMAP ada association dipanggil Business School Association(BESCA). Semua student bisnes akan automatik jadi ahli bagi persatuan ini. Ada jawatankuasa yang dipantau oleh pensayarah bisnes juga. Terpulang kat hampa nak aktif dan nak libatkan diri dalam persatuan ni.

Persatuan ni rajin buat program. Ada sijil untuk setiap penyertaan. Boleh letak nanti dalam resume. Program yang dianjurkan pun menarik dan bermanfaat. Pada budak-budak bisnes rugilah tak grab jadi penggerak persatuan ni. Sebabnya boleh apply skill leadership dan pengurusan yang sangat penting bila dah keluar dari kampus nanti. Antara program yang persatuan ni buat karnival keusahawanan, program upskilling dan macam-macam lagi sebenarnya. Seronok!

Individual dan Group Assignment
Bab assignment pula, setiap subjek ada individual and group assignment. Aku lagi suka individual assignment sebab tak perlu nak tunggu orang lain siap baru boleh hantar assignment. Kalau group assignment ni kena buat meeting beberapa kali untuk bahagi jobscope dan untuk nak tentukan nak apa dalam assignment. 

Sebenarnya ada pros and cons untuk dua-dua tu. Kalau dapat member group yang rajin syukurlah. Yang masalah bila dapat member yang malas. Kadang kita pula yang kena cover kerja dia sebab nak siapkan assigment ikut due date yang ditetapkan.

Presentation
Bila sudah ada assignment adalah presentation. Selalunya individual assignment takdelah presentation. Kecuali subjek Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Bahasa asing. Tiga-tiga subjek ada oral test. Penting ni sebab masuk dalam cgpa. Nak 4 flat kena cemerlang dalam assignment dan exam.

Presentation budak bisnes semua english. Part ni paling susah sebab kita bukanlah mother tongue English. Tersasul banyak jugalah present. Tapi aku setiap kali habis present mesti akan minta feedback dari lecturer dan classmates. Alhamdulliah semua cakap aku present dengan yakin. English pun mantap ada slang gitu. Hehe. 

Bab presentation nilah part paling tak disukai semua orang. Haha. Tapi bagus sebenarnya presentation sebab melatih diri bercakap di khalayak ramai, melatih cakap English, bina self-confident dan melatih leadership skill.


International student
Perniaagaan Antarabangsa banyak sangat foreigner ambil bidang ni. Dalam kelas aku sebelum ini ada dari Bosnia, Myanmar, Mesir, Indonesia, China dan ada beberapa lagi negara tak ingat dah sebab banyak sangat. 

Course lain pun ada je student foreigner tapi tak sebanyak course bisnes. Nama juga International business kan. Biasanya nak bercakap dengan dorang ni susah. Sebab slang English dorang berbeza dengan slang Malaysia. Additionally culture dorang pun berbeza dengan kita. 

Dorang sangat open minded dan kaya. Haha. Kebanyakan foreigner semua bergaya. Malam-malam keluar. Seronoklah bidang bisnes sebab banyak kenalan international. Boleh luaskan network. Hehe.

Lecturer
Pensyarah-pensyarah bisnes di UniMAP sangat sempoi. Macam kawan je. Tak dinafikanlah ada lecturer yang bina gap. Yelah kan nak menjaga martabat sebagai seorang lecturer. Pensyarah-pensyarah ni semua hebat-hebat. Pegalaman dorang tu mantap. 

Ternganga dengar bila dorang cerita history hidup dorang. Terinspirasi gitu. Office lecturer semua atas bilik kuliah. Nak reach nak tanya soalan senang je. Cuma adab la kan bila kita kena tanya dulu bila dorang free. Sebab lecturer ni bukanlah kerja dia mengajar je tapi banyak research paper kena buat. Ada juga lecturer yang sambung PhD. Kena belajar untuk bertimbang rasa.


Alhamdulillah begitu sahajalah sharing aku kali ni. Semogalah dapat memberi inspirasi belajar di UniMAP. Tak kisahlah tak ambil bidang bisnes pun. Yang penting mari sini belajar di UniMAP.

Ada lagi yang lagi penting. Iaitu belajar biar sungguh-sungguh. Boleh jadi insan berguna di masa akan datang. InshaaAllah.


2 comments:

  1. thank you sharing pengalaman ni

    ReplyDelete
  2. saya pun course international business tp di uum hehe. sama geng utara. masa isi upu dulu berbelah bahagi juga nak pilih unimap atau uum tp sbb uum ada hostel dalam kampus yg stay sampai grad, pilih situ terus 😂

    ReplyDelete

Powered by Blogger.