Header Ads

Apa Yang Aku Belajar Dalam Bidang Pengurusan Hotel Dan Pelancongan

Bismillahirahmanirrahim.

Assalamualaikum semua. Diberi peluang lagi untuk menulis sampai hari ini. Alhamdulillah.

Hari ni aku nak cerita tentang pengalaman aku ambik kos yang agak rare masa aku kat university dulu. Rare bagi aku jer sebab bidang yang aku ambik masa SPM dan STPM langsung tiada kaitan dengan bidang Degree aku ni.

Nak dibawa cerita, masa tu aku nampak iklan pasal kos ni kat facebook, dari University College Sabah Foundation. Masa tu aku tak ada niat lagi nak sambung study sebab sedang kerja dan gaji aku pun lumayan masa tu. Tapi sebab iklan ni, aku tiba-tiba tertarik nak sambung belajar balik.

Bidang Pengurusan Hotel Dan Pelancongan

September 2017, aku dengan rasminya menjadi salah satu pelajar kat university tu. Memang rasa seronok, sebab dah timbul balik semangat nak belajar tu lepas hampir setahun juga aku tak pegang buku sebab sibuk dengan kerja.

Banyak yang aku belajar dalam bidang ni. Memang agak rumit sebab ada dua bidang yang perlu kami belajar, hotel dan juga pelancongan Lebih-lebih lagi masa tu aku ambik Degree. 

Masa awal-awal semester, kami didedahkan dengan pengenalan dengan dua bidang tu, computer skills, marketing, customer service dan banyak lagi subjek-subjek basic. Kat sini, kami belajar lebih kepada pengenalan ke dunia pengurusan hotel dan pelancongan.

Masuk semester 4 dan seterusnya, subjek kami jadi lebih mencabar. Antara subjek tu ialah community service. Ha, dalam subjek ni, kami perlu bentuk satu kumpulan dan pilih tempat untuk buat community service. Susah tu tak payah cakaplah. Dari cari ahli dan bentuk kumpulan pun dah susah. Tapi, Alhamdulillah, kami dapat juga jayakan projek ni walaupun dengan bermacam masalah yang kami hadap.

Dah namanya bidang pelancongan, memang kami ada jalan-jalan pun. Walaupun tak banyak, tapi pengalaman tu semuanya berbaloi! Kami sempat pergi Sandakan, Beaufort, Pulau Guya, dan kami ada buat day trip untuk subjek Cultural Heritage Tourism. Walaupun pembayaran tu agak mahal, tapi memang wajib ikut pun. Sebab untuk setiap trip ni, ada assignment yang menanti.

Cakap pasal assignment, kadang ada yang rumit dan ada pula yang senang nak buat. Kalau bab assignment, aku akui yang aku lebih suka buat individual daripada kerja kumpulan punya. Walaupun aku satu kumpulan dengan orang yang aku kenal dan memang jenis bagi kerjasama, aku tetap pilih buat kerja individual. 

Dah namanya kat university, memang akan jumpa banyak jenis pelajar. Aku tau korang pun mesti ada pengalaman korang sendiri kan masa buat grup assignment ni.

Sebenarnya bidang ni memang bagi banyak peluang kerja, lebih-lebih lagi kalau korang ni ada pengalaman kerja kat hotel. Banyak student kat university yang ambik part-time jadi service crew kat hotel. Jadi income tepi masa kat kolej lah kan. Tapi, yalah, kalau kita tengok keadaan dunia sekarang ni, aku rasa bidang ni memang besar sangat kesan buruknya. Sampai ada yang ambik jalan untuk tutup.

Apa Yang Aku Belajar Dalam Bidang Pengurusan Hotel Dan Pelancongan

Tapi, sebenarnya ambik bidang hotel dan pelancongan ni tak semestinya kena kerja kat hotel. Kena kerja jadi tour guide semua. Ya, memang itu yang selalu orang fikirkan. Tapi sebenarnya, banyak lagi yang korang boleh jadi. 

Boleh kerja kat kementerian ambik bahagian Admin, Marketing, Sales, Accounting pun boleh, sebab memang subjek ni ada diambil sebagai salah satu subjek. Ada juga yang buat tourism business. Semua ni boleh jalan kalau korang memang nak dan minat. Yang penting kena usaha kuat sampai jadi.

Memang tak dapat nafikan pun yang dunia hotel dan pelancongan sekarang ni, agak ketinggalan. Banyak yang dihentikan kerja, menganggur.. Aku harap kita dapat jadi macam dulu lagi. Banyak lagi tempat yang nak diterokai. 

Lagi satu, bidang ni sedikit sebanyak bantu aku untuk ubah pikiran aku tentang dunia perhotelan dan pelancongan. Dulu aku ingat belajar bidang ni cuma akan belajar pasal hotel dan jalan-jalan jer. Tapi bila aku sendiri rasa, lagi banyak sebenarnya yang aku dapat.

Dah lebih setahun berlalu sejak aku habis belajar. Tapi masih segar lagi semuanya. Suka duka di zaman university. Aku harap korang semua baik-baik saja dan semoga dunia ni cepat sembuh dari penyakit. Lepas tu, kita pun boleh dah jalan-jalan lagi. In Sya Allah..


3 comments:

  1. luas bidang kerja untuk student yang ambil bidang ni...

    ReplyDelete
  2. rasanya bidang ni la plg best skali ! sbb kerja diaaa meluas :)

    ReplyDelete
  3. CUya pun sedang ambil bidang ni...tak tahulah cabaran macam mana menanti akan datang...yang pasti Cuya ambil bidang ni sebab minat je..tapi tak rasa nak kerja dalam bidang ni..

    macam awak cakap,memang meluas bidang ni bole kerja macam2, tak semestinya berkaitan hotel dan pelancongan semata..

    apapon Cuya harap Covid akan reda dengan cepat.. :)

    ReplyDelete

Powered by Blogger.