TELUR ROSAK MEMBAWA MAUT! CARA MENGETAHUI TELUR MASIH ELOK ATAU SUDAH ROSAK



Baru-baru ini Malaysia digemparkan dengan berita seorang wanita berusia 25 tahun meninggal dunia akibat memakan pudding buih yang dibeli secara atas talian. Dipercayai penjual pudding buih menggunakan telur yang telah tamat Tarikh luput atau telah rosak dalam membuat pudding buih tersebut. (Rujukan

Sumber: bernama

99 orang turut mengalami keracunan selepas memakan puding yang dibeli daripada penjual yang sama. 




Oleh itu, amat penting untuk kita mengetahui sama ada bahan-bahan masakan masih segar atau sudah rosak. Deria pengelihatan dan bau digunakan untuk mengetahui kesegaran daging dan sayur. Bagaimana pula dengan telur?

4 cara ini boleh menyelamatkan anda daripada keracunan makanan disebabkan telur yang sudah rosak. 

1. PERIKSA TARIKH LUPUT

Tarikh luput merupakan rujukan mudah untuk mengetahui kesegaran telur. Namun, kerosakan pada telur boleh berlaku apabila kerang telur pecah dan mendedahkan isi telur. Oleh itu, amat penting memerhati dan memeriksa keadaan telur semasa membeli. sekiranya ada rekahan pada kulit telur, telur berkemungkinan telah rosak dan tidak boleh digunakan. Memilih telur yang sempurna kulitnya boleh mengurangkan risiko keracunan makanan akibat telur rosak.



periksa tarikh luput

jangan beli jika telur suda pecah seperti ini

2. HIDU BAU TELUR

Sekiranya tarikh luput tercicir, menghidu telur merupakan cara yang klasik tetapi boleh dipercayai. Seperti daging yang telah rosak, telur yang telah rosak akan mengeluarkan bau busuk yang tidak menyenangkan. Sekiranya menghidu telur yang tidak pecah masih tidak meyakinkan, pecahkan sebiji telur pada mangkuk dan hidu isi telur sebelum menggunakannnya. Sekiranya telur mengeluarkan bau busuk yang tidak menyenangkan, telur sudah tidak selamat digunakan.
sumber: Saviorseptic

3. UJI KETERAPUNGAN TELUR DALAM AIR

Menguji kesegaran telur menggunakan air merupakan cara yang semakin popular masa kini. telur yang tengelam dalam air adalah lebih segar berbanding telur yang terapung. apabila telur rosak, rongga udara dalam kerang telur akan semakin bertambah. oleh it, telur yang rosak akan terapung.  

Sumber: ThoughtCo

4. LIHAT ISI TELUR

Isi telur yang segar mempunyai telur kuning yang berwarna kuning terang serta sempurna bentuknya dan tidak pecah. putih telur pula agak pekat dan likat. sekiranya kuning telur anda tidak terbentuk dan berwarna kuning cair apabila anda memecahkan kerang telur, kesegaran telur mungkin sudah berkurang. telur yang telah lama mempunyai tekstur putih telur yang cair daripada putih telur yang segar.  



Kesimpulannya, pengetahuan untuk mengetahui sama ada telur sudak rosak atau belum amat penting untuk mengelakkan keracunan makanan. 

Antara 4 cara ini, mengikut Tarikh luput dan melihat isi telur merupakan cara yang paling selamat untuk mengetahui kesegaran telur. telur yang mengandungi bakteria seperti salmonella juga boleh kelihatan normal dan tidak berbau. oleh itu, adalah penting untuk memasak telur dengan sempurna.


Bagi sebarang urusan rasmi termasuklah berkenaan pengiklanan, sila berhubung dengan pihak admin Inspirasi Kami! secara terus melalui emel bloginspirasikami@gmail.com


0 Ulasan

Catat Ulasan

Post a Comment (0)

Terbaru Lebih lama