Header Ads

3 Kesilapan Dalam Menulis Resume

3 Kesilapan Dalam Menulis Resume

1. Maklumat Yang Tidak Berkaitan Dengan Jawatan

Kesilapan biasa yang sering dilakukan kebanyakkan orang yang sedang mencari kerja ialah memasukkan maklumat yang kurang penting atau tidak berkaitan dengan jawatan yang dimohon. 

Aku tahu korang sebenarnya mahu bakal majikan mengetahui kelebihan dan kepakaran dalam sesuatu bidang tu tetapi maklumat terlalu crowded sehingga kebanyakkan calon memasukkan info yang tidak penting. 

Hal ini demikian kerana calon mahu diterima bekerja dalam syarikat jadi mereka berfikir seandainya memasukkan kesemua pencapaian yang pernah dimiliki berkemungkinan untuk diterima. 

Tetapi sebenarnya ini bukanlah perkara yang tepat kerana calon hanya perlu memasukkan pencapaian yang berkaitan dengan keperluan jawatan yang dipohon sahaja.

Paling tidak pun pastikan ianya berkaitan dengan skop kerjaya yang korang pohon. Korang mesti ingat, apabila maklumat terlalu banyak, resume akan menjadi panjang dan isi kandungan akan menjadi meleret-leret serta kurang penting.

Kalau boleh just buat resume yang ringkas, padat dan memenuhi kehendak panel yang melihat resume korang. Bukan seorang saja tau panel nak semak resume tu. Ada beratus lagi resume jadi jangan buang masa dengan info yang tidak penting ya.


2. Cover Letter / Surat Permohonan Pekerjaan

Cover Letter atau bahasa melayu nya surat permohonan pekerjaan. Cover letter ni korang perlu lampirkan bersama resume tau! Dengan adanya surat permohonan ini, korang akan nampak lebih profesional semasa memohon sesuatu jawatan kosong.

Pada bahagian ini, surat iringan yang dihantar hanya perlu menyatakan pengenalan ringkas tentang diri korang, mengapa dan kenapa memohon jawatan di syarikat tersebut. 

Elakkan terlalu banyak infomasi dan ulang maklumat yang telah diterangkan dalam resume.  Nyatakan maklumat penting sahaja. 

Maklumat yang perlu ada dalam Cover Letter :
  • Perkenalkan diri korang secara ringkas tetapi lengkap.
  • Beritahu tujuan korang hantar surat permohonan kerja tersebut. Korang perlu yakinkan majikan korang kenapa mereka perlu pilih korang kerja di syarikat mereka.
  • Maklumkan cara untuk menghubungi korang. Cara ini akan memudahkan interviewer untuk menghubungi korang jika mereka berminat!

3. Kurang Memahami Keperluan Jawatan Yang Dipohon

Sebelum memohon sesuatu bidang, pastikan korang fahami dahulu skop tugasan ataupun deskripsi tugas bagi jawatan tersebut. Hal ini demikian bagi mengelakkan risiko kerja yang tidak sepatutnya diterima. 

Sebagai contoh bidang Psikologi Kanak-Kanak & Keluarga tidak sama seperti Bidang Pendidikan Awal Kanak-Kanak biarpun nama bidang tersebut kelihatan hampir sama.

Bayangkan sekiranya korang menerima tawaran kerja yang berbeza dengan kelulusan dan pengetahuan yang ada, kerja dan tugasan yang bakal diterima tidak dapat disiapkan dan bakal menghasilkan kerja yang tidak sempurna.



Kesimpulannya...

Penulisan resume yang baik dapat menarik perhatian panel ataupun bakal majikan. Korang lulus bahagian resume dapatlah temuduga. Jika penulisan resume pun sudah tidak baik, ia menyukarkan korang untuk dapat kerja. Oleh itu, korang perlu ambil serius tentang penulisan resume agar dapat mencapai tahap yang panel inginkan.


1 comment:

  1. cover letter penting kot, selama ini igt tak penting

    ReplyDelete

Powered by Blogger.