Header Ads

33 Petua Di Dapur Mudahkan Kerja Suri Rumah

Assalamualaikum.. Apa khabar korang semua? Hari ni aku nak kongsi beberapa petua untuk korang yang memang selalu ada kat dapur. Lebih-lebih lagi bulan Ramadhan ni kan? Memang hari-hari masuk dapur untuk masak hidangan waktu sahur dan iftar.

Kalau dah masuk dapur, memang korang akan hadap beberapa masalah kan? Macam kehadiran serangga seperti lipas, bau-bau dari bahan masakan dan peti ais, dan banyak lagi. Kat bawah ni ada petua-petua untuk hilangkan masalah yang korang hadap ni. Mari baca satu-satu.

33 Petua Di Dapur Mudahkan Kerja Suri Rumah

1. Petua Lembutkan Daging - Perap daging dengan baking soda selama 15 minit. Jangan lupa bilas dulu sebelum masak tau. Jadi lepas ni bolehlah masak daging juga walaupun masa tak banyak.

2. Petua Elak Ikan Melekat Di Kuali Semasa Menggoreng - Masukkan secubit garam ke dalam minyak masak sebelum goreng. Pastikan minyak korang tu betul-betul panas sebelum masukkan ikan tau. Kadang-kadang semangat nak memasak tu hilang kalau benda macam ni jadi kan? Dah tak perlu risau dah sebab petua sudah diberikan.

3. Petua Hilangkan Pijar Tangan Kena Cili - Untuk korang yang selalu guna cili yang banyak, ini petuanya. Korang boleh lumurkan tangan dengan minyak masak. Lepas tu korang boleh cuci dengan sabun. In Sya Allah, pijar tu akan hilang perlahan-lahan.

4. Mengekalkan Warna Sayur Hijau Yang Dicelur - Kadang-kadang, warna sayur yang dah dimasak tu pudar lepas dicelur. Mesti dah tak nampak cantik kan? Kalau nak kekalkan warna, cuba masukkan sedikit gula dalam rebusan sayur hijau seperti sawi, bayam dan lain-lain.

5. Menghilangkan Bau Di Dalam Peti Sejuk - Ambil beberapa helai daun pandan. Masukkan ke dalam peti sejuk. Ingat, bukan dalam freezer tau. Bau yang kurang menyenangkan tu akan hilang perlahan-lahan.

6. Menghilangkan Bau Hanyir Ikan, Ayam Dan Daging - Masa korang nak basuh ikan, ayam atau daging tu, campurkan segenggam tepung gandum dulu dan biarkan sekejap. Lepas tu, baru korang basuh dengan air bersih.

7. 3 Petua Kurangkan Kuah Terlebih Masin - Ha, kat sini, korang boleh masukkan kentang, hirisan timun ataupun sedikit gandum. In Sya Allah masakan korang tu masih boleh diselamatkan dan sedap dijamah.

8 2 Petua Elakkan Minyak Terpercik Atau Meletup Semasa Goreng Sotong - Mesti ramai yang pernah kena ni kan? Sakit kena minyak ni memang perit, kalau dibiarkan boleh jadi parut pula. Kalau taknak kena minyak, first, korang mesti keringkan sotong tu dulu sebelum goreng. Korang boleh lap dengan tisu. Second, gaulkan dengan sedikit cuka dan boleh goreng dah lepas tu.

9. Petua Elak Ikan Goreng Melekat Di Kuali – Untuk elakkan ikan melekat, masukkan asam keping dalam minyak semasa menggoreng. Kalau ikan dah melekat, isinya pun akan hancur bila nak diangkat. Mesti ada rasa tak lalu nak makan kan? Lebih-lebih kalau nak hidang dengan tetamu..

10. Tips Penyimpanan Sayur Dalam Bekas Kedap Udara – Cara penyimpanan sayur ni berbeza ikut jenis tau. Kebanyakkannya sesuai disimpan dalam bekas kedap udara yang kering. Kalau sayur berakar pula, korang boleh simpan secara rendaman pengkal. Boleh guna besen, letak air, dan simpan sayur tu kat situ. Supaya tak cepat layu.

11. Tips Udang Tahan Lebih Alam Dan Tidak Jadi Hitam – Siapa yang selalu makan udang mesti guna tips ni! Korang boleh campurkan udang dengan perahan air limau nipis. Lepas tu boleh simpan dalam peti sejuk. In Sya Allah, boleh tahan untuk beberapa hari.

12. Tips Menghalau Lalat – Lalat ni memang ada kat mana-mana. Cuba titiskan sedikit cecair peluntur ke atas kain yang kering. Lepas tu lap sekitar dapur korang terutama sekali pada permukaan meja, cabinet dapur dan tempat-tempat lain dengan kain tu.

13. Petua Hilangkan Hanyir Ikan, Ayam, Daging – Masa korang nak basuh ikan, ayam dan daging yang nak dimasak tu, boleh cuba campurkan segenggam tepung dan biarkan seketika. Lepas tu, boleh basuh dengan air bersih. Lepas dah cuci, boleh lah teruskan memasak.

14. Petua Hilangkan Bau Kari Atau Belacan Pada Tangan – Untuk hilangkan bau-bau ni, korang letak sesudu garam kat tangan dan jari-jemari. Gosok dan pastikan setiap sudut kena garam ni. Lepas tu basuh dengan sabun dan air bersih.

15. Tips Menghalau Tikus – Tips ni paling penting lebih-lebih lagi kalau korang ni peniaga atau tukang masak di restoran-restoran. Letak beberapa helai daun durian belanda di kawasan yang ada tikus. In Sya Allah, lepas beberapa hari, tikus tu takkan datang balik.

16. Petua Simpan Gula Melaka – Cuba simpan gula melaka korang dalam bekas yang bertutup rapat dan kedap udara. Kalau buat macam ni, boleh elakkan berkulat dan dihurung dengan semut. Simpan bekas tu di tempat yang kering dan bersuhu bilik (atau lebih rendah). Elakkan tempat yang lembap dan panas ya. Karang gula melaka korang cair pula.


17. Petua Elak Kutu Beras Dalam Bekas Beras – Masukkan 2 atau 3 biji cili kering yang dipotong dalam bekas beras korang. Kutu ni cepat membiak. Kalau korang tak hapuskan secepat mungkin, memang beras korang akan penuh dengan kutu. Beras pun kurang rasa enak dan mudah basi.

18. Petua Elak Semut Masuk Ke Dalam Bekas Gula – Letak 2-3 kuntum bunga cengkih dalam bekas gula. Korang mesti pernah kena kan, walaupun dah tutup rapat, semut tetap boleh masuk. Memang stress sangat time tu. Cuba guna petua ni pula. Mungkin boleh elakkan semut masuk lagi dalam bekas gula korang.

19. Petua Hilangkan Bau Bawang Dalam Blender – Korang boleh blend serbuk kopi dengan air panas. Lepas tu cuci blender korang dengan sabun cuci pinggan dan air. Dah tu bolehlah bilas bersih dengan air.

20. Petua Tajamkan Mata Blade Blender – Kisar garam kasar dengan blender korang tu. Tak perlu keluar modal banyak dan korang jangan pergi beli blender baru pula. Cuba guna garam kasar dan blend garam tu beberapa kali. Ulang sampai rasa mata blade tu rasa lebih tajam.

21. Petua Cili Kekal Segar Sehingga Sebulan – Mula-mula, cuci dan keringkan cili dulu. Lapik guna tisu kering, buang tangkai cili tu dan masukkan dalam bekas. Letakkan juga 1 ulas bawang yang telah dikopek dalam bekas tu. Tutup rapat dan simpan di bahagian chiller.

22. Cara Betul Simpan Telur Dalam Peti Ais – Untuk telur yang ada najis dan tidak dibasuh, korang mesti masukkan dalam bekas tertutup dan simpan di ruang chiller. Boleh tahan lebih dari 45 hari. Untuk telur yang tiada najis dan tidak dibasuh, boleh simpan diruang telur peti ais tu. Untuk telur yang telah dibasuh pula, tak boleh simpan lebih dari 45 hari.

23. Elakkan Keracunan Makanan – Kalau dah nampak makanan tu berkulat ataupun tamat tempoh, jangan rasa sayang nak buang. Tak salah berjimat, tapi kenalah berpada-pada. Korang mesti sayang nyawa sendiri dan nyawa keluarga kan?

24. Petua Simpan Mee/ Kueteow Supaya Tahan Sampai Berbulan-Bulan – Korang pernah beli banyak mee sebab nak jadikan stok? Tapi mee tu mula berbau lepas beberapa hari. Lepas tu korang buang. Ha, korang cuba gaulkan mee tu dengan sedikit minyak masak dan urai-urai. Lepas tu simpan dalam bekas bertutup dan letak dalam peti sejuk. In Sya Allah, boleh tahan lama.

25. Tips Goreng Ikan Bilis Jadi Rangup – Sebelum goreng ikan bilis korang, masukkan beberapa bahan kat minyak gorengan. Boleh letak cuka/ perahan limau ataupun asam keping. Kadang-kadang kalau goreng bilis ni, ada yang liat lah, ada pula yang keras sampai susah nak makan. Mari cuba petua ni pula.

26. Petua Lembutkan Daging Dengan Cepat – Kadang-kadang terasa nak makan daging tapi tak jadi sebab pikir pasal daging ni lambat nak lembut. Korang boleh rendam daging liat tu dalam perahan buah betik/ daun betik ataupun nanas. Rendam selama beberapa minit dan boleh start masak. Cepat dan mudah!

27. Cara Mencuci Ikan Dan Ayam – Cuci bahan-bahan masakan ni benda asas sebelum memasak tau tapi ramai yang ambil remeh. Sebenarnya boleh cuci ikan dan ayam dengan air bersih sahaja tanpa perahan limau ataupun tepung . Cucian tu sudah cukup bersih sekiranya ikan dan ayam tidak terdedah diluar peti ais lebih dari 30 minit. Kalau dah lama dikeluarkan dari peti ais, boleh cuci dengan dua bahan tadi untuk pastikan kebersihan.

28. Tips Atas Sinki Tersumbat – Mula-mula keringkan sinki. Panaskan 1 periuk air dan campur dengan cuka makan. Tuangkan soda bikarbonat. Korang boleh dibeli di kedai hardware. Lepas tu tuangkan air panas tadi. Bolehlah ulang step ni setiap bulan sebagai maintenance.

29. Tips Halau Cicak – Selain menggunakan pelbagai bahan seperti kulit telur, bulu burung, teknik mencegah yang lebih baik adalah dengan menjaga kebersihan. Semua ni termasuklah mengurus sisa makanan, jangan simpan sisa makanan dan sampah dalam rumah pada waktu malam. Kalau buat macam ni, boleh elakkan kehadiran lalat dan lipas. Serangga macam ni adalah makanan cicak. Kalau sumber makanannya tiada, mesti cicak tu pun akan pergi kan?

30. 5 Cara Hapuskan Lipas Dalam Rumah – Siapa sahaja yang nak lipas ni ada kat rumah kan? Untuk ni, korang boleh guna Asid Boric. Bersihkan dapur dan ruang makan dengan baik. Tutup lubang dan rekahan yang ada kat rumah. Jangan lupa baikpulihkan kebocoran air kalau ada. Selain tu, boleh dapatkan khidmat professional untuk hapuskan kewujudan lipas ni.

31. Peti Sejuk Berbau – Tips paling mudah untuk singkirkan bau kurang enak kat dalam peti sejuk ialah ambil dua hingga tiga potong kulit nanas. Masukkan dalam peti sejuk sehingga bau tu hilang. Ada juga yang mengelak bau dengan mengelap atau menyapi permukaan kain yang telah dititiskan dengan esen vanilla.

32. Kehadiran Serangga Seperti Lipas – Lipas ni boleh datangkan penyakit tau. Sama macam lalat. Kalau korang nak halau serangga macam ni, ambil beberapa helai daun pandan dan simpan kat tempat yang selalu jadi tumpuan lipas. Tempat tu termasuklah dalam almari dan ceruk dapur. Kalau daun pandan tu dah layu, cepat-cepat gantikan dengan yang baru. Supaya aroma dari daun tu tak hilang sebab lipas tak suka dengan bau ni.

33. Tips Agar Tauge Kekal Segar – Kalau korang beli tauge tapi taknak masak lagi, korang boleh masukkkan tauge ke dalam air yang dah dicampur dengan garam. Lepas tu simpan dalam peti ais. In Sya Allah, tauge korang tu akan kekal segar dan tidak masam.

Ha, apa pendapat korang dengan petua-petua ni? Lepas ni, kalau ada masalah lagi masa kat dapur, bolehlah rujuk petua-petua ni. Selain dapat mudahkan kerja memasak dan penyediaan makanan korang, boleh juga elakkan pembaziran. Semoga perkongsian ni bermanfaat untuk korang semua!

No comments

Powered by Blogger.