Ular Tedung dan Ular Sawa Bergelut di halaman rumah. (Berlaku di Sabah!!)



Sumber: Facebook

Seorang suri rumah mengalami kejadian menakutkan dan mencemaskan apabila beliau menjumpai ular tedung dan ular sawa di kawasan kebun tidak jauh daripada rumah beliau. 


Sumber: Facebook


Lokasi kejadian berlaku di kawasan perumahan Kuala menggatal, Sabah. Suri rumah tersebut menyedari kehadiran dua reptilia tersebut sekitar 4.30 petang hari ini (6 julai 2020). Beliau tanpa berfikir panjang telah menghubungi pihak bomba.


Beberapa video turut dirakam menunjukkan ular tedung dan ular sawa dilihat membelit badan atara satu sama lain. Dalam video tersebut, kelihatan beberapa anggota bomba cuba meleraikan dan menangkap ular tersebut. 

Sumber: Facebook

Peleraian kedua-dua ular tersebut mengambil masa yang agak lama kerana keadaan ular yang membelit atara satu sama lain. Penangkapan ular dilakukan dengan berhati-hati kerana keadaan ular yang sedang dalam pergelutan mungkin akan menyerang dengan agresif secara tiba-tiba. Namun, Ular yang ditangkap dipercayai sepanjang 10 kaki berjaya ditangkap oleh pasukan bomba yang bertugas. 

Orang ramai dinasihati agar sentiasa berhati-hati ketika berada d halaman rumah. 


Sumber: Facebook




0 Ulasan

Catat Ulasan

Post a Comment (0)

Terbaru Lebih lama