Hobi Yang Dapat Menghasilkan Pendapatan

Salam semuanya!

Bagaimana rutin harian anda setelah menjalani rutin New Normal dalam sehari-hari?

Apa pun, teruskan menjaga kebersihan dan amalkan penjarakkan sosial untuk memastikan keadaan lebih selamat dan terkawal.

Pastinya dengan hadirnya pandemik ini, ramai telah menghabiskan masa dengan meluangkan masa melakukan hobi masing-masing, kan?

Hihii, pastilah...

Justeru sepanjang keaadan pandemik ini berlaku, ramai dapat mengasah bakat/hobi mereka dan sekaligus menjadikan hobi mereka sebagai sebahagian daripada target untuk menjana pendapatan.

Jangan risau, hobi juga mampu menjana pendapatan lumayan bahkan boleh meraih lebih banyak hasilnya berbanding pekerja biasa!

Antara hobi-hobi yang sebenarnya boleh dijana untuk menghasilkan pendapatan SUPER LUMAYAN ADA TERSENARAI DI SINI!

1. Hobi menghasilkan video 

Kalau dahulunya ramai masyarakat jadikan video sebagai bahan hiburan semata-mata, kini ia juga boleh menghasilkan pendapatan menerusi youtube channel anda sendiri. Bahkan ia menjadi bahan viral untuk tontonan umum. Kebanyakannya mereka suka bermain dengan media sosial dan menjadikan diri mereka sebagai public figure dan juga media influencer. Bahkan syarikat kini lebih banyak menghasilkan video sebagai sebahagian daripada strategi iklan pemasaran bisnes mereka.

2  Hobi suka blogging

Nah, ini sudah semestinya salah satu hobi admin...hahaa. Blogger suka berkongsi tips, panduan, pendidikan, perkembangan semasa, lifestyle bahkan dengan blog ini juga boleh membuat sebuah iklan atau laman web untuk memasarkan produk mereka. Jangan dikata ini membuang masa, blogging adalah suatu sumber pendapatan yang boleh dijana dan lumayan hasilnya.


3. Hobi Suka Fotografi

Apakah kamu begitu memandang sinis dengan bidang fotografi? Jangan. Fotografer adalah orang yang paling sibuk dan dicari untuk membuat gambar juga video perkahwinan. Mereka juga sering mendapat khidmat servis untuk mengambil gambar/video dalam sesbuah event. Hasilnya begitu LUMAYAN!


4. Hobi Bermain Musik
Sumber : hmetro.com.my

Pastinya sepanjang pandemik ini, pelajar sekolah lebih banyak menghabiskan masa bermain alat musik yang mereka miliki. Kini, hobi ini semakin luas bahkan ramai yang melakukan aktiviti jamming atau busking di lokasi strategik yang mendapat tumpuan orang ramai. Ada sebilangan yang buat live di media sosial untuk menghibur peminat. Selain bermain musik, ada sesetengah orang yang sangat mahir dalam menghasilkan karya musik sendiri. Justeru itu, ramai yang suka dengan hasil karyanya sehingga ramai yang membuat permintaan untuk menyusun sebuah musik mengikut tema yang diberi. Ada sebahagian orang yang mempunyai kemahiran menghasilkan alat musik tradisional sehingga mendapat tempahan luar. Siapa kata musik hanya untuk berhibur? Hobi ini juga menghasilkan pendapatan yang lumayan!


5. Hobi Memasak
Sumber : myresipi.com

Pastinya bukan kaum perempuan sahaja yang tahu selok-belok memasak, kaum lelaki juga ternyata lebih mahir tentang dunia masakan. Kini, dengan hobi ini saja ternyata boleh diperluaskan dengan dunia iklan bisness untuk meraih lebih banyak tempahan. Bukan hanya order online, jualan secara lansung sangat laris! Siapa yang tidak tergoda untuk merasa keenakan masakan orang , kan? 


6. Hobi Melukis
Sumber : bharian.com.my

Daripada duduk diam termenung di dinding, lebih baik gunakan bakat melukis anda untuk menjana pendapatan. Biasanya mereka dikenali ramai kerana hasil lukisan yang sangat hidup, abstrak dan mempunyai nilai unsur estetika dalam setiap perincian visualnya. Contohnya, mendapat permintaan ramai untuk melukis potret dan pemandangan sesuai kemahuan pelanggan. Nilai kreativiti yang luar biasa pastinya mempunyai nilai yang mahal. Bisa jadi harga sebuah potret bersaiz A4 sahaja mampu menghasilkan Rm1k atau lebih! Jangan lupa, lukisan mural juga sangat membantu untuk menjana pendapatan.


7. Hobi Menyanyi

Pasti ramai di antara kamu yang suka menyanyi di rumah. Demi memantapkan lagi skill nyanyian lebih baik, mereka sanggup ambil kelas nyanyian dan ada yang mempelajari teknik seni suara menerusi youtube untuk memperbaiki titik kelemahan suara mereka. Kini, lebih ramai yang suka menonjolkan karya seni suara dengan membuat cover musik menerusi channel youtube masing-masing. Bukan itu sahaja, mereka juga sering menerima offer di mana-mana undangan perkahwinan atau program/aktiviti untuk membuat persembahan khas. Malahan, mereka juga sering mengikuti aktiviti jamming/busking untuk memperluaskan lagi bakat nyanyian mereka di khalayak ramai. Sekiranya beruntung, mereka mempunyai peluang yang besar untuk menjual hasil karya lagu ciptaan mereka kepada syarikat besar. Nah, dengan hanya hobi menyanyi juga boleh memiliki hasil pendapatan dari pelbagai sumber tau!  


8. Hobi menulis
Sumber : usahawan.com

Hobi admin menulis! Makanya, admin menjadikan blogging sebagai salah satu medium untuk berkongsi pelbagai konten yang bermanfaat untuk kamu semua! Bukan setakat blogging, kita juga boleh menghasilkan karya penulisan kita sendiri dengan menghasilkan sebuah karya novel, puisi dan karya penulisan sastera lain lalu dibukukan dan dijualkan. Semakin hebat penghasilan karya anda, maka karya anda akan mendapat sambutan lebih meriah dan dikenali ramai! Hebat, kan? hanya dengan hobi menulis boleh menghasilkan pendapatan! Siapa tahu dengan karya hebat anda, boleh diadaptasi kepada bentuk filem dan drama?
  

9. Hobi Dandanan
Sumber : SAYS.com

Nah! Ini adalah trend yang paling popular pada abad ini! Siapa tahu hanya dengan menghias  muka sendiri, dan akhirnya skill diaplikasikan ke skill mekap yang lebih mantap kepada pelanggan yang menyukai hasil dandanan anda! Bukan hanya sekadar mekap cantik, tetapi mekap efek khas juga sangat diperlukan dalam dunia industri seni! Pasti perempuan masa kini juga sedang belajar untuk menguasai semua jenis dandanan yang trending pada masa kini, kan? Hihiii, tidak rugi....Ini juga boleh menjana pendapatan.


10. Hobi Menanam Bunga / Sayur-Sayuran / Buah-Buahan

 
Sumber : freemalaysiatoday.com

Rugilah jika memiliki halaman rumah yang luas, tetapi tidak dimanfaatkan untuk hal yang bermanfaat. 
Berbudi pada tanah  pastinya mendatangkan hasil yang memuaskan. Kini, dengan hanya menanam ramai yang membuat permintaan untuk membuat tempahan terus kepada penjual kerana kualiti hasil tanaman yang lebih segar dan berkualiti. 


11. Hobi Menjahit Busana
Sumber : hmetro.com.my

Bermula dengan menjahit baju sekolah yang sudah koyak, menghasilkan baju raya sendiri tanpa beli di luar...Apa kata mula membuka bisnes perkhidmatan menjahit kepada orang umum? Jika skill anda sangat memuaskan, akan lebih ramai pelanggan tetap yang mempercayai hasil kualiti jahitan anda...dan akhirnya dengan hanya membuka tempahan menjahit, anda boleh membuka sebuah kedai perkhidmatan menjahit atau menghasilkan rekaan baju anda yang hebat!


12  Hobi Bermain Permainan Online ( Gaming )
Sumber: entrepreneur.com

Hobi ini bukan sahaja diminati oleh para lelaki, malah perempuan juga semakin terjebak dalam dunia gaming. Dunia juga telah memperkenalkan sebuah sukan baru yang dikenali sebagai E-Sport; sebuah sukan yang berkonsepkan permainan alam maya. Inilah yang menyebabkan semakin ramai anak muda zaman kini yang terjebak dalam dunia gaming online ini. Bahkan gaming online ini juga boleh membantu menghasilkan pendapatan dengan hanya meluangkan masa dengan bermain game sahaja. Daripada anak muda melakukan aktiviti yang memudaratkan seperti merosakkan harta benda awam, membuli orang, mencari masalah bergaduh dengan musuh dan menyalahgunakan barang terlarang...ini adalah suatu pendedahan terbaik untuk membantu mengurangkan kes gejala sosial di luar. Tetapi, jangan terus terpuruk dengan dunia gaming ya...harus mencari keseimbangan juga dengan melakukan sedikit aktiviti senaman ringan untuk menjadi anak muda yang sihat dari aspek fizikal dan mental.

13. Hobi Suka Melancong
Sumber : thevocket.com

Siapa sini suka menabung demi mencapai impian meneroka/menjelajah/melancong ke destinasi pelancongan impian anda? Nah, sudah pastinya ini menjadi aktiviti yang paling disukai ramai! Apa kata anda menjadi Tour Guide Freelance untuk membawa pelancong luar untuk melancong ke destinasi pelancongan? Untungnya jadi tour guide, anda akan menerima lebih banyak hasil tambahan dengan hanya membawa mereka melancong di tempat yang menarik! Tetapi kena ingat, mengambil bidang pelancongan harus mengikut prosedur yang telah diluluskan tau...Jangan pandang remeh dengan kualiti karier seorang tour guide!


14. Hobi Suka Melakukan Aktiviti Zumba
Sumber: verywellfit.com

Kalau bukan tarian, pasti ramai kecundang ke bidang fitness; zumba. Bagaimana ingin menjana pendapatan dalam bidang ini? Hmm...pastinya kamu boleh menjadi coach zumba untuk melatih pelanggan lain. Hobi ini bukan sahaja menyihatkan, anda juga akan berjumpa lebih ramai sahabat baru bahkan akan membantu anda untuk melepaskan tekanan kerja atau beban anda sehari-hari hanya dengan senaman zumba! Jom jadi sihat!


15. Hobi Suka Membeli-belah.
Sumber: alipartnership.com

Yang hobinya suka membeli belah lalu duit menghilang begitu saja, jom tukar fikiran ke menjual barangan secara online pula! Kini, ramai yang melakukan bisnes online dengan menjadi agent produk/kosmetik atau menjual bundle terpakai secara online! Sangat menguntungkan, bahkan cara ini lebih mudah! Kerja dari rumah ternyata membuahkan hasil sampingan yang lumayan!


16. Hobi Suka Pelihara Haiwan Peliharaan.
Sumber: hmetro.com

Siapa suka pelihara haiwan peliharaan? Nah, apakata buka niat anda menternak haiwan peliharaan untuk tujuan komersial! Contohnya, menternak ayam, anak kucing, arnab, sapi dan haiwan yang senang dipelihara. Kini, dengan menternak ayam juga anda boleh ambil telurnya untuk dijual. 






Nah, senarai di atas adalah semua hobi yang menjadi kegilaan dam trending masa kini!

Ambil peluang dengan mencari rezeki menerusi hobi anda masing-masing. 

Dalam kehidupan, ternyata banyak peluang terbuka untuk kita mencari hasil pendapatan sampingan. Siapa tahu dengan hanya hobi, boleh berkembang kepada bidang bisnes lebih luas?

Selamat mencuba!

Post a Comment

0 Comments