Gastrik Mengundang Parah, Elak Sebelum Terjadi Lebih Buruk!




Hai semuanya!

Pasti anda semua pernah merasai masalah gastrik, kan?
Yang pasti itu akan sering terjadi ketika kita lali dengan penjagaan pemakanan dan gaya hidup seharian kita

Jika kita tidak menjaga pola makan dan gaya hidup, penyakit ini akan sering kita alami dan jika berterusan akan menyebabkan kesakitan paling parah.

Sudah pasti ia juga akan mengganggu perjalanan aktiviti seharian kita.

Kita semua pun tidak suka merasai penderitaannya, kan?

Itu semuanya bergantung dengan diri kita sendiri bagaimana kita menjaga kesihatan tubuh kita.

Semua orang pasti akan berkata bahawa gastrik itu adalah sakit perut yang sangat menyeksakan dan menyukarkan pergerakan kita untuk sebarang aktiviti.

Sebenarnya gastrik boleh terbahagi kepada dua jenis, iaitu:

1. Gastritis
Keradangan lapisan mukosa yang melapik dinding perut.

2. Ulser Perut
Atau peptik pada lapisan sel yang paling dalam. Ini adalah sakit yang lebih teruk berbanding Gastritis.



UNTUK PENGETAHUAN KITA BERSAMA:

Sel perut kita secara semula jadinya menghasilkan asid hidrokrolik ( pH1 hingga pH2 ) yang berfungsi ketika dalam proses pencernaan. Sifat asid hidrokrolik sangat kuat sehinggakan jika terkena pada lapisan kulit, kulit kita akan terkakis...

Sel perut menghasilkan suatu lapisan mukosa ( lapisan pertahanan ) yang berfungsi sebagai pelindung daripada terkena asid hidrokrolik tersebut.

Jika kamu sering mengadu merasa sakit perut ketika lapar, itu bererti kandungan rembesan asid hidrokrolik dalam perut anda terlalu banyak sehingga lapisan pertahanan anda ( lapisan mukosa ) menjadi semakin lemah hingga tidak mampu melawan asid yang berlebihan itu.

Lain pula ketika merasa sakit selepas makan, itu adalah tanda-tanda bahawa anda sedang mengalami ulser perut kerana lapisan pertahanan anda sudah semakin lemah. Tanda- tanda ulser perut yang semakin parah;
  • Najis berwarna hitam ( seperti warna tar )
  • Muntah yang ada darah atau warna gelap seperti kopi 



BAGAIMANA CARA UNTUK KITA MENGELAK DARIPADA MENGALAMI GASTRIK YANG BERTERUSAN?

  1. Berhenti merokok.
  2. Kurangkan minum minuman beralkohol.
  3. Hentikan pengambilan berterusan ubat tahan sakit.
  4. Amalkan diet pemakanan yang seimbang dan lebih teratur.
  5. Boleh amalkan makan sedikit-sedikit, namun lebih kerap untuk mengelakkan perut terlalu kosong.
  6. Kurangkan makan makanan yang berempah, pedas dan masam.
  7. Kurangkan minuman yang berkafein.
  8. Gantikan dengan mengkonsumsi minum susu kerana susu mengurangkan keasidan yang berlebihan dalam perut ( Susu mempunyai sifat alkali yang baik ).
  9. Kurangkan mengambil makanan yang bersifat berangin, sesuai keperluan kuantiti tubuh anda sahaja. 

APAKAH PENYAKIT INI MEMPUNYAI RAWATAN?
 Admin sarankan anda untuk bertemu secara lansung ke klinik yang berhampiran untuk kesan pengubatan yang lebih selamat. Adalah lebih baik jika anda bertemu doktor secara lansung untuk saranan ubat yang lebih sesuai dan selamat sebelum membeli ubat di mana-mana farmasi.


Apapun, untuk merawat sakit ini...adalah lebih baik kita mencegah dan merubah gaya hidup kita untuk kesihatan yang lebih ideal!


Untuk info kesihatan yang lebih lanjut, anda boleh lawat di laman web rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia. Di sana anda akan peroleh info kesihatan yang lebih padat.


Jadilah rakyat Malaysia yang sihat secara mental dan fizikal❤    

#gastrik
#jagakesihatan
#cegahlebihbaikdaripadamerawat

Post a Comment

0 Comments