Aktiviti yang Boleh Dilakukan Sepanjang Tempoh Di Rumah Saja


 AKTIVITI YANG BOLEH DILAKUKAN SEPANJANG TEMPOH DI RUMAH SAJA 


1. Melakukan Bisnes Secara Online

Kini, sebilangan masyarakat mulai terjerumus untuk menjadi ejen dropship tanpa modal. Tidak memerlukan modal, hanya memuat naik status jualan yang ada dan merekod tempahan kepada pembekal/pemborong. Kelebihannya, ejen tidak perlu mengurus urusan pengeposan atau ambil stok. Hanya duduk diam di rumah dan bantu pembekal mencari pelanggan untuk membeli barang mereka secara dalam talian. Selain itu, kita juga boleh buat bisnes barangan bundle secara lansung di Facebook. Lain daripada itu, boleh juga melakukan bisnes COD menjual makanan/minuman/hasil tanaman/ tumbuhan eksotik pada kawasan-kawasan tertentu. Kini, masyarakat tidak seharusnya terlalu bergantung dengan duit kerajaan ataupun majikan semata-mata. Pelbagai idea bisnes, bisnes tanpa modal yang bermula dari rumah saja.



2. Memupuk Budaya Membaca Dalam Rumah

Kini, masing-masing berpeluang memiliki telefon pintar. Daripada buang masa, adalah lebih baik banyakkan membaca artikel yang berasaskan ilmu pengetahuan/informasi/isu semasa untuk memenuhi ilmu keperluan diri kita masing-masing. Selain itu, buku adalah teman terbaik untuk kita mendalami ilmu dan skill penulisan kita. Pelbagaikan membaca buku berlainan genre untuk tidak ketinggalan dalam dunia perbukuan. Pilih bahan bacaan yang sesuai; bermanfaat.


3. Aktiviti Berkebun Kecil-Kecilan

Selain membersihkan halaman rumah, apa kata gunakan ruang kosong yang ada di sekitar halaman rumah dengan menanam apa saja sayuran yang mampu dijaga lebih baik. Ia juga baik demi kelansungan stok bekalan makanan keluarga. Kurangkan kebergantungan membeli makanan basah/mentah di pasar adalah lebih jimat dan tidak menyukarkan urusan keluar yang memerlukan kos. ( Wujudkan tanaman kecil di rumah, cara mudah dapat sayur segar tanpa keluar modal, jimat kos sara hidup )


4. Aktiviti Memasak

Ini sudah menjadi kebiasaan masyarakat untuk menghabiskan masa mendalami ilmu dalam dunia masakan. Boleh juga membantu meingkatkan skill masakan khususnya kepada remaja dan para bujangan di luar sana, kan? hihiii...Bagi yang sudah berumah tangga, bolehlah bermanja di dapur dengan saling bantu-membantu di dapur. Tidaklah isteri terasa bebanan menyediakan hidangan buat seisi keluarga, bukan begitu hahahaha...

( manfaat aktiviti memasak bersama anak, dengan resepi yang mudah ; manfaat bersama )


5. Meluangkan Masa dengan Keluarga Tersayang

Ibubapa yang sering tidak punya masa untuk berkumpul dalam rumah, inilah peluangnya untuk mendengar anak-anak bercerita dan saling berkongsi pendapat ataupun masalah peribadi masing-masing. Biarkan anak-anak rancak bermain dalam rumah, terkadang anak-anak menginginkan perhatian kasih-sayang daripada anda. 

( masa berkualiti bersama anak; komunikasi adalah kunci kepada ikatan kuat dalam kekeluargaan )


6. Membersihkan Kawasan Rumah

Jika selama ini kamu tidak mempunyai masa untuk membentuk dekorasi rumah yang lebih selesa, kali ini boleh dilakukan bersama-sama untuk saling mengajukan pendapat dan pilihan dekorasi terbaik untuk keadaan rumah yang lebih menarik dan manis mata memandang.


7. Menulis ( Mengaktifkan diri belajar dalam skill penulisan ) 

Buat anda yang rasa diri terlalu terperap dalam rumah dan merasakan tiada apa-apa hal lain yang boleh dilakukan...Bolehlah mengasah bakat anda dalam dunia penulisan. Menulis dapat mereleasekan rasa tekanan dalam diri, malah dapat meluahkan segala rasa dari hati.

( menulis sebagai terapi diri; kemahiran menulis lebih baik )


8. Menonton Filem Bersama Keluarga

Kesempatan yang diberi harus dimanfaatkan sepenuhnya. Cuba untuk menikmati waktu duduk bersama-sama dalam satu ruang untuk menonton filem yang belum pernah ditonton sebelum ini. Tontonlah filem yang sesuai untuk keluarga dengan filem yang bertemakan kekeluargaan.


9. Upacara Sembahyang Dalam Rumah

Tahun 2020 membuatkan kita tidak dapat berkumpul bersama untuk melakukan upacara keagamaan yang sudahpun menjadi budaya kewajipan waktu-waktu tertentu. Namun, tidak untuk dalam kelompok dalam seisi keluarga dalam satu rumah. Boleh saja kita teruskan rutin keagamaan dalam kelompok kecil asalkan niat itu berteruskan diamalkan.


10. Belajar Skill Baru Dalam Dunia Aplikasi Media Digital

Skill baru; termasuk belajar menggunakan aplikasi Photoshop dan aplikasi lain yang melibatkan keperluan pereka digital, penghasilan video. Kelak satu hari nanti boleh jadi freelance untuk bahagian perkhidmatan photoshoot/shooting untuk program tertentu.


11. Belajar Skill Menjahit

Skill mejahit, skill anyaman dan menyulam. Manfaatkan benang yang ada untuk memperbaiki baju terpakai yang sudah koyak, membuat dekorasi tambahan pada baju-baju anda dan menjahit busana baru. Siapa tahu ada mereka yang melihat kecenderungan bakat anda ke situ dan mereka mencari anda sebagai pelanggan setia anda suatu hari nanti!

 

12. Memanfaatkan skill DIY Dengan Barangan Terpakai yang Ada Di Rumah

Barang terpakai pasti banyak sekali yang masih tersimpan di dalam stor rumah anda, itu pasti! Boleh saja ajak anak sekali manfaatkan barang-barang seperti kotak, botol plastik dan lain-lain untuk membuat suatu permainan atau kegunaan baru untuk meningkatkan tahap kreativiti masing-masing.


13. Latih Tubi Subjek ( Khusus Untuk Pelajar )

Anak-anak di rumah, tidak boleh dibiarkan hanya menonton kartun atau bermain permainan secara dalam talian sepanjang masa. Ini hanya akan mengakibatkan anak-anak lebih cenderung mengalami masalah penglihatan di usia muda. Adalah lebih baik carikan alat bahan bantu mengajar untuk membawa anak-anak menjiwai dunia pembelajaran. Sebagai contoh, belikan mainan yang meningkatkan daya kreativiti, beli buku bacaan yang berilustrasi menarik, belikan pensel warna dan buku berwarna yang pelbagai untuk menarik minat anak-anak dalam dunia warna. Ia akan lebih membantu ransangan otak yang lebih cerdas.


14. Mantapkan Skill dalam Seni Visual

Seni visual akan membantu meningkatkan imaginasi individu. Mempelajari pelbagai skill dalam seni visual membantu meransang otak kita untuk lebih teliti dalam proses pengvisualan sesuatu objek atau suasana yang ingin digambarkan.


15. Memperdalamkan Ilmu Keagamaan Secara Individu

Masa yang ada sepanjang keberadaan di rumah bolehlah dimanfaatkan dengan membaca buku keagamaan masing-masing. Mendalami fahaman agama masing-masing dan mempelajari semua ilmu yang ada di dalamnya. Ia juga merupakan satu amalan ibadah yang mulia.


16. Memberi Didikan Kepada Anak-anak Disiplin Berdikari Bermula dari Rumah

Apabila anak-anak sudah berada di rumah sepanjang hari, apa kata beri mereka suatu rutin jadual yang tersusun. Beri mereka galakan untuk belajar berdikari dan mengenal erti tanggungjawab mereka untuk menjadi seorang anak yang sedar akan tanggungjawab mereka dalam keluarga.








#isimasalapang
#dirumahsaja
#aktivitisihat
#aktivitiberfaedah


0 تعليقات

إرسال تعليق

Post a Comment (0)

أحدث أقدم