Motif Pembunuhan Surya Kerana Diejek Miskin, Tidak Cantik

Motif Pembunuhan Surya Kerana Diejek Miskin, Tidak Cantik


Menurut Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superintendan Mohd Adli Mat Daud berkata, "Suspek membuat pendedahan mengenai motif kejadian kerana mangsa sering mengejek tentang kehidupan keluarganya yang miskin. Ibunya hanya bekerja sebagai tukang cuci manakal ayahnya pula hanya bekerja di kampung."

Polis tidak menolak kemungkinan rasa tidak puas hati akibat sering disindir menjadi punca pembunuhan Siti Nur Surya Ismail, 19, di Kampung Lubok Batu, Telemong. Suspek membuat pendedahan mengenai motif pembunuhan kejadian ketika tampil di Balai Polis Telemong dan ditemani ibunya bagi membantu siasatan.

Selain itu, suspek mendakwa bahawa dirinya sering menjadi ejekan mangsa kerana kekurangan dirinya yang tidak cantik menyebabkan dia masih tidak mempunyai teman lelaki sehingga suspek sering memendam rasa. 

Siti Nur Surya dibunuh dengan kejam dengan beberapa kesan tikaman di beberapa bahagian badan seperti pergelangan tangan kiri yang putus akibat dipotong, kesan tusukan pada leher dan beberapa kecederaan yang lain 

Mohd Adli berkata "Setakat ini polis masih menjalankan siasatan lanjut bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian. Kita juga percaya berlaku pergelutan antara mangsa dan suspek sebelum itu kerana ada menjumpai beberapa helaian rambut dalam genggaman mangsa". 

Sumber : hmetro

Post a Comment

0 Comments