Kerajaan Bersetuju Mengkaji Saranan Pengeluaran KWSP Akaun 1


Pengeluaran KWSP Akaun 1

Gambar Hiasan

Dalam kenyataan akhbar Harian Metro, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, isu yang membabitkan KWSP menjadi isu yang hangat diperkatakan oleh pelbagai pihak. 

Ramai yang meminta kepada pihak kerajaan untuk menimbangkan supaya pencarum KWSP boleh mengeluarkan simpanan daripada KWSP Akaun 1. 

Baca Sini : Cara Mudah Semak Penyata KWSP Online (i-Akaun) Baki Terkini

Oleh itu kerajaan bersetuju untuk mengkaji saranan pengeluaran simpanan dalam Akaun 1 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi membantu rakyat yang benar-benar memerlukan khususnya kepada rakyat yang terkesan akibat berhadapan dengan pandemik Covid-19 ini.

Muhyiddin berkata "Perkara ini sudah dibincangkan dengan Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz dalam beberapa hari yang lalu. Kerajaan akan meneliti secara halus dan melihat kumpulan tertentu yang dianggap teruk terjejas misalnya golongan yang terjejas pekerjaannya (dibuang kerja)."

Sumber : hmetro

0 Ulasan

Catat Ulasan

Post a Comment (0)

Terbaru Lebih lama