Cara Mudah Semak Penyata KWSP Online (i-Akaun) Baki Terkini




Sebagai pencarum KWSP, anda tentu sedia maklum tentang sistem i-Akaun yang diguna pakai secara meluas sama ada untuk pekerja mahu pun majikan. i-Akaun membolehkan pencarum menyemak baki KWSP terkini Akaun 1 & 2.

Terkini, pengeluaran akaun 2 sebanyak RM500 sebulan boleh dimohon bermula 1 April melalui i-Lestari KWSP.

Selain itu, melalui sistem semakan penyata KWSP tersebut juga, pencarum boleh memohon pengeluaran KWSP melalui e-Pengeluaran.

PENDAFTARAN I-AKAUN

Mana-mana pencarum yang mempunyai nombor KWSP layak mendaftar sistem i-Akaun.

Untuk mendaftar, pencarum boleh ke mana-mana kios KWSP untuk mendapatkan ID Pengguna dan Kata Laluan sementara melalui SMS.




Antara perkhidmatan yang disediakan melalui i-Akaun termasuklah:

  • Memohon e-Pengeluaran
  • Menyemak Penyata KWSP tahun terkini dan tahun sebelumnya
  • Menyemak status permohonan pengeluaran dan sejarah pengeluaran
  • Menyemak maklumat penamaan
  • Mengira anggaran jumlah layak untuk pengeluaran, simpanan dan pelaburan
  • Mengemaskini profil termasuk alamat surat-menyurat
  • Menyemak transaksi caruman KWSP terkini
  • Menyemak log aktiviti i-Akaun


TERLUPA KATA LALUAN

Sekiranya anda sudah mendaftar i-Akaun KWSP tetapi LUPA KATA LALUAN. Sila ikut langkah tersebut :

1. Layari portal rasmi KWSP

2.  Pilih “Log Masuk” dan klik i-Akaun

3. Klik Lupa ID Pengguna / Kata Laluan


4. Masukkan NO EPF (rujuk di slip gaji anda)

5. Masukkan NO IC anda

6. Klik Permintaan TAC untuk dapatkan nombor TAC. Masukkan nombor TAC yang diterima tadi
7. Cipta kata laluan baru (contoh abcd1234) Isikan Pengesahan Kata Laluan dan klik Hantar.



CARA MUDAH SEMAK PENYATA KWSP ONLINE (i-Akaun) BAKI TERKINI




Selepas akaun diaktifkan, anda boleh login ke sistem i-Akaun untuk membuat semakan penyata KWSP online.


1. Layari laman web KWSP dan isikan ID pengguna dan kata laluan anda. Klik Login.


2. Untuk semak penyata KWSP, pilih "AKAUN PERIBADI". 




3. Klik pada “Penyata Tahunan Semasa / Tahun Sebelumnya“ dan CARI untuk lihat baki terkini akaun 1 dan 2 anda.





4. boleh pilih untuk cetak penyata tersebut sebagai rujukan. Skrol bawah untuk muat turun penyata. Anda boleh pilih "PENYATA RINGKASAN/PENYATA TERPERINCI". Dan klik MUAT TURUN dalam bentuk pdf. 


Bagi sebarang urusan rasmi termasuklah berkenaan pengiklanan, sila berhubung dengan pihak admin Inspirasi Kami! secara terus melalui emel bloginspirasikami@gmail.com


Post a Comment

0 Comments