Pelakon Buka Mulut Menyatakan Sinar Harian Membuat statement salah tentang Prank "membuang" anak ke Dalam Swimming Pool

Baru-baru ini Berita Sinar Harian menerbitkan artikel online berkenaan seorang Pelakon Rindu Awak Separuh Nyawa, Norreen Iman pada 4 Jun 2021 (artikel berkenaan). Dalam artikel berkenaan, Sinar Harian menyatakan bahawa tindakan beliau yang meletakkan anak kedalam swimming pool semasa mereka sedang tidur sebagai gurauan yang mengundang kemarahan nitizen. Video yang berkapsyen 

"Bila PKP ni, Macam-macam boleh jadi. Idea ini datang daro @razzirazak!."

Sinar harian turut menegaskan kritikan-kritikan nagative nitizen yang mengatakan prank tersebut dilakukan semata-mata ingin menbuat "content" dan mengejar "like" di media social.


     

Video gurauan Norreen terhadap anaknya


Artikel Berita Harian (sinar plus) berkenaan gurauan Norreen



Keesokan harinya, Norreen kemudian memuat suatu kenyataan di laman Facebook beliau, Norreenjelah menyatakan kekesalan beliau terhadap artikel ditulis oleh berita Sinar Harian mengenai gurauan beliau terhadap anak-anaknya. (Video tersebut) Dalam video berdurasi 4 minit itu, Norreen menyatakan bagaimana prank berkenaan terjadi dari awal dan menafikan kenyataan bahawa anaknya masih tidur semasa beliau melakukan prank tersebut. 



" Who do you think I am? A bad mother is it?? You people say that I am not responsible to what I did. I'm just playing around with them. It's PKP, tak tau nak buat ape. I'm okay with them. They are not even crying!" Tegas beliau
Beliau turut menegaskan bahawa anak-anaknya turut senang dengan gurauan beliau kerana bermandi di swimming pool adalah kegemaran mereka. didalam video tersebut, Norreen memanggil anaknya dan bertanya jika anaknya gembira bermandi swimming pool semalam. anaknya menyatakan bahawa beliau gembira dan tidak marah langsung terhadap gurauan ibunya. 

Pada akhir video norreen, beliau sempat menyatakan bahawa tindakan Berita Sinar Harian berkenaan gurauan beliau memberi pandangan negative terhadap beliau sebagai ibu. Tambahan pula, blogger-blogger yang lain akan menulis artikel dengan isi yang sama dan mungkin akan menggunakan tajuk-tajuk yang "catchy" yang boleh menarik minat pembaca namun akan menampakkan diri beliau sebagai "bad mother"

Antara komen negative nitizen yang dipaparkan dalam artikel Berita Harian (Sinar Plus)

Kesimpulannya, gurauan Norreen terhadap anak-anaknya tidaklah seburuk yang dikatakan nitizen. malah, ianya mengeratkan hubungan kekeluargaan mereka. Memang benar gurauan setiap orang terhadap keluarga mereka sendiri berbeza-beza. 

Namun, perlu diingat bahawa Norreen lebih mengenali anak-anak beliau. Oleh itu, beliau tahu mana gurauan yang baik dan mana gurauan yang melampau terhadap anaknya. Untuk nitizen, menyatakan pendapat sendiri bukanlah suatu kesalahan. namun, menyatakan pendapat perlulah berpada-pada dengan menggunakan bahasa sopan agar tidak menyinggung mana-mana pihak. 

Post a Comment

2 Comments

  1. true..setiap org setiap family gurauan dia berbeza ... she knows the best about her family :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. good to have someone with similar opinion here.

      Delete