Isu Hangat! Nasihat Daripada Prof. Dr "Biarlah macam bodoh-bodoh sikit untuk dapat jodoh" Mendapat Kecaman Hebat dari Warganet

Isu Hangat! Nasihat Daripada Prof. Dr "Biarlah macam bodoh-bodoh sikit untuk dapat jodoh" Mendapat Kecaman Hebat dari Warganet


Baru-baru ini, seorang pakar bedah mata dan motivator terkenal, Datuk Prof Dr. Muhaya Mohamad mengemukakan nasihat beliau kepada wanita tentang jodoh menerusi sebuah video. Katanya:

Kita wanita menghargai lelaki, kekuatan mereka, mereka ketua. Orang laki-laki walau macam mana suami kita dia tetap imam kita. Kalau solat kita pangkat besar macam mana kat office, kalau kat ofice kita ada seorang pekerja am, seorang CEO perempuan, bila berimam siapa depan? Masih yang laki-laki.


So orang perempuan, walau macam mana you all, please mesti kita celebrate apa yang Allah beri tentang kepimpinan lelaki. Imam pun lelaki. Nabi-nabi pun lelaki. Jangan sibuk nak liberate nak berdiri sama-sama lelaki, no. Nanti you all sibuk nak buat apa yang lelaki nak buat testosterone meningkat dan bagi siapa belum kahwin, lambatlah jodoh.

Namun yang menjadi perhatian ramai adalah kenyataan beliau yang menyatakan:

Siapa tinggi testostorane, asyik nak drive, nak achieve, nak independent, memanglah. Orang lelaki suka perempuan lembut-lembut, high estrogen, mengharapkan, perlu ditolong, biarlah macam bodoh-bodoh sikit, itu bolehlah. Sesiapa yang lambat-lambat jodoh tu tengok you punya karakter macam mana.

 

Rata-rata responden tidak bersetuju dengan kenyataan beliau. Ramai menegaskan pendapat sendiri dan ramai pula yang mengecam kenyataan tersebut.




Selain nitizen, isu ini turut menarik perhatian ramai ikon negara termasuk Dr. amalina Bakri, doktor bedah yang kini bertugas di luar negara. Dr Amalina mengemukakan pendapat beliau menerusi laman twitternya.

I’m sorry but my mum didn’t raise me to be ‘bodoh-bodoh sikit’ in front of men so that I can ‘bertemu jodoh’. You are sending the wrong message to girls and young women. Women should definitely not lower their intellectual level just so that they can attract a man.

Selain Dr Amalina, Dr. Soo Wincci yang pernah dinobatkan miss Malaysia dan kini melanjutkan pengajian sarjana falsafah (PhD) kedua beliau turut menentang kenyataan tersebut menerusi laman Facebook beliau kerana ia membawa mesej yang salah kepada remaja dan wanita di luar sana. 

Minta Maaf Juga Ya.Saya Tak Boleh Terima Ini Prof. Buat Bodoh Ini Hanya Demi Nak Khawin. Itu Juga Merupakan Sesuatu Yg Tak Betul Kan. Sebab Anda Sedang Menipu Orang Di Samping Memijak Sendiri. Hanya Semata-mata nak khawin ?. Biarlah Tak Khawin pun jangan Buat bodoh demi nak khawin sebab takkan Kita nak buat bodoh seumur hidup? Minta Maaf ya jika ada tersasul kata. Tapi silalah fikir Secara dalam Dan panjang. Ia satu perangai yg sanggat toxic dalam senyap!


Dr. Soo Wincci Kemudiannya memuat naik kajian saintifik yang turut berkaitan tentang isu ini.

Selain ikon wanita, lelaki turut mnyatakan pendapat yang bertentangan tentang kenyataan Prof. Muhaya. Dr. Jason Leong, Standup comedian yang terkenal secara global menyatakan rasa bangga terhadap pencapaian isteri beliau.


Akhir kata, media sosial merupakan suatu saluran platform digital yang sangat besar pengaruh dan impak kerana capaian yang cepat, mudah dan luas. Pandangan tersendiri yang dikemukakan oleh individu boleh mengundang pelbagai reaksi daripada warganet terutama sekali apabila ianya datang daripada seorang yang berpengaruh atau mempunyai follower yang ramai. Oleh itu, pemilihan bahasa, cara penyampaian dan pilihan topik adalah penting untuk mengekalkan keharmonian di dunia digital.  

 

0 Ulasan

Catat Ulasan

Post a Comment (0)

Terbaru Lebih lama