Jawatan Kosong Pembantu Tadbir (Kewangan) Gred 19 - Kontrak


Jawatan Kosong Pembantu Tadbir (Kewangan) Gred 19 | Contract Of Service (COS)
Sumber : ejawatan.net


Jawatan : Pembantu Tadbir (Kewangan) Gred 19

Kementerian / Jabatan : Pihak Berkuasa Peranti Perubatan, Kementerian Kesihatan Malaysia
Kumpulan Perkhidmatan : Pelaksana
Klasifikasi Perkhidmatan : Kewangan

Jadual Gaji :
  • Gaji Minimum : RM 1,353.00
  • Gaji Maksimum : RM 4,005.00
  • Kadar Kenaikan Gaji Tahunan : RM 100.00

Syarat Lantikan :

  • Warganegara Malaysia;

  • Berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Kepujian dalam subjek Matematik, Perdagangan atau Prinsip Perakaunan pada peringkat peperiksaan tersebut. (Gaji permulaan ialah pada Gred W19:RM1,353.00)

  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Perdagangan Malaysia peringkat Pertengahan (Simpan Kira-kira) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.(Gaji permulaan ialah pada Gred W19:RM1,409.40);

  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktirafsetaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.(Gaji permulaan ialah pada Gred W19: RM1,409.40);

  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Perdagangan Malaysia peringkat Tertinggi (Perakaunan) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred W19:RM1,465.80)

  •  Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred W19: RM1,465.80).

  •  Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk Lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.


Taraf Jawatan : Contract Of Service (COS)

Penaklukan Di Bawah Syarat-syarat Skim Perkhidmatan 
Pegawai- pegawai yang memasuki perkhidmatan Pembantu Tadbir (Kewangan) Gred W19 adalah tertakluk kepada syaratsyarat skim perkhidmatan berkenaan yang sedang berkuat kuasa serta pindaan-pindaan yang dibuat ke atasnya dari semasa ke semasa.


Fungsi Bidang Tugas
Bertanggungjawab melaksanakan tugas kewangan seperti :
  • menyediakan invois, merekod dan mengemaskini daftar terimaan hasil dan cek tak laku, mengemaskini fail invois, menyediakan resit terimaan dan lain-lain berkaitan kewangan

Cara Memohon
Pemohon hendaklah menghantar dokumen – dokumen dibawah ke alamat emel jobvacancy@mda.gov.my dan nyatakan tajuk/subjek e-mel ”PERMOHONAN JAWATAN (nama jawatan dan gred)”
  • Resume Calon (beserta gambar berukuran passport)
  • Kad Pengenalan
  • Sijil Kelahiran
  • Sijil Tamat Persekolahan
  • Salinan STPM/STAM/SPM/PMR atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya
  • Salinan Diploma/Ijazah berserta transkrip (sekiranya ada)
  • Pengiktirafan kelayakan Ijazah/Diploma/Sijil daripada  JPA/ MQA (sekiranya pemohon adalah lepasan IPTS)
  • Lain-lain dokumen sokongan.

Pemohon-pemohon yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan/ Badan Berkanun/Pihak Berkuasa Tempatan hendaklah mengemukakan permohonan melalui Ketua Jabatan masing-masing, dan disertakan dengan salinan Laporan Penilaian Prestasi Tahunan dan kenyataan Perkhidmatan yang terkini.

Permohonan yang tidak mematuhi peraturan yang ditetapkan atau tidak bergambar atau tidak lengkap akan ditolak.

Hanya calon-calon yang berkelayakan setelah ditapis dan didapati sesuai sahaja akan dipanggil untuk temuduga. Pemohonan yang tidak menerima apa-apa jawapan dalam tempoh tiga (3) bulan adalah dianggap sebagai tidak berjaya.



Telegram Rasmi @tipskerjayadantemuduga

0 Ulasan

Catat Ulasan

Post a Comment (0)

Terbaru Lebih lama