10 Kebaikan Cuka Epal Untuk Kesihatan

Assalamualaikum semua! Perkongsian hari ini adalah tentang kebaikan cuka epal ataupun cider apple. Pernah dengar pasal cuka epal? 

Sebelum kita tengok kebaikan yang bahan ni ada, jom kita baca dahulu apa sebenarnya cuka epal ni.


Apa Itu Cuka Epal

Untuk pengetahuan korang, cuka epal ni sebenarnya dibuat daripada cider dan berwarna kuning pucat. 

Rasanya pula hampir sama dengan rasa cuka yang lain, iaitu masam sebab ada asid asetik dan juga asid malik. 

Cuka epal ni telah menjadi satu bahan penting untuk merawat luka-luka tentera semasa Perang Saudara dan Perang Dunia. Hebat kan cuka ni sampai boleh rawat luka?


Kebaikan Cuka Epal Untuk Kesihatan

1, Mengurangkan berat badan

Khasiat paling baik bagi cuka epal ialah ia mampu membantu untuk kurangkan berat badan. Kalau korang sedang berdiet atau sedang ingin melakukan diet, korang bolehlah masukkan bahan ni dalam list diet korang. 

Caranya senang sahaja. Cuma perlu masukan satu sudu cuka epal dalam lebih kurang 250ml air dan minum sebelum makan. 

Cuka epal ni ada asid asetik, dimana ia boleh ganggu keupayaan badan untuk mencerna kanji. Kajian mengatakan bahawa ia dapat tingkatkan rasa kenyang dan menggalakkan penggunaan tenaga.


2. Mengawal paras gula dalam darah

Korang juga boleh mengelak dari menghidap penyakit diabetes dengan cuka epal ni. Bahan ni berupaya untuk kawal paras gula secara semula jadi. 

Ia membantu untuk mengurangkan penghasilan glukosa daripada hati dan meningkatkan penggunaan glokasa oleh sel. 

Cara untuk gunakan bahan ni ada banyak. Salah satunya korang boleh tambah cuka epal ke dalam sos salad ataupun campurkan ke dalam air dan minum sebelum makan.

3. Mempunyai ciri antioksida

Cuka epal ni ada banyak khasiat. Antaraya ialah mempunyai khasiat antioksida yang tinggi. Cuka epal ni kaya dengan sebatian daripada bioaktif seperti asid asetik, catechin, asid gallik, asid kafein dan banyak lagi. 

Dengan ciri ini, ia membantu badan untuk menghapuskan radikal bebas yang boleh menyebabkan korang dapat penyakit.



4. Mengurangkan risiko penyakit jantung

Cuka epal ni ada satu kandungan yang disebut asid klorogenik, antioksidan yang telah terbukti secara saintifik untuk melindungi seseorang daripada penyakit jantung. 

Kajian mendapati bahawa pengambilan cuka epal ni dapat kurangkan kadar kolesterol dan trigliserida. 

Tapi, lebih disarankan kalau korang yang memang ada penyakit jantung untuk dapatkan dahulu nasihat dari doktor sebelum mengambil cuka epal ni. Ini untuk elakkan cara pemakanan atau pengambilan yang salah.


5. Memutihkan gigi

Siapa yang ada masalah dengan gigi kuning? Huhu. Mungkin korang boleh cuba gunakan cuka epal untuk tampil lebih yakin dengan gigi yang putih. 

Cuka epal ni juga bertindak sebagai ejen pembersih yang boleh menghilangkan bakteria dan kotoran pada gigi korang.

6. Meningkatkan kesihatan rambut

Ada masalah dengan rambut rosak dan kusam? Mungkin korang boleh cuba cuka epal ni daripada terus membazir membeli syampoo baharu setiap kali. 

Cuka epal ni mempunyai asid asetik, dimana ia dapat membuang lebihan bahan yang digunakan seperti kesan minyak rambut atau syampoo. 

Caranya, korang perlu guna 2 kali sebulan. Gunakan selepas syampoo dan tuang satu cawan cuka epal pada rambut. Urut dan bilas selepas beberapa minit. InsyaAllah, rambut dan kulit kepala korang akan nampak sihat dan lembut.


7. Membaiki sistem penghadaman

Cuka epal ni juga ada khasiat pectin dimana ia membantu pertumbuhan bakteria baik di dalam usus. Bakteria baik ni akan beri kesan baik kepada perut yang seterusnya melancarkan pencernaan. Selain itu ia dapat mencegah keradangan pada sistem penghadaman.

8. Mengurangkan kelemumur

Dengan cuka epal, ia membantu untuk menstabilkan pH kulit kepala korang, sekaligus menghalang yis yang menjadi salah satu punca kelumumur. 

Dengan kehadiran asid asetik, ia dapat mengelakkan yis daripada membiak dan berkembang. Korang hanya perlu campur 2 sudu cuka epal dalam gelas dan bilas rambut korang dengan air tersebut.

9. Menguatkan daya tahan semasa bersukan

Sebelum memulakan aktiviti sukan atau aktiviti, korang boleh mengambil cuka epal terlebih dahulu. Ia dapat meningkatkan paras gula dalam darah selain menurunkan paras asid laktik yang berupaya untuk kekalkan ketahanan badan semasa bersenam. Fungsi cuka epal ini hampir sama dengan minuman komersial sukan yang ada di pasaran.

10. Penyembuh cegukan (hiccup)

Seterusnya, cuka epal ini juga berupaya untuk hentikan cegukan! Korang hanya perlu makan satu sudu the gula dengan cuka epal ni. 

Ia dikatakan dapat membangkitkan saraf di dalam tekak dan mulut yang akan bertanggungjawab mengawal reflex cegukan korang. Belum cuba belum tau kan?


Kesimpulan

Jadi, apa pendapat korang tentang khasiat cuka epal ni? Banyak kan? Sebenarnya cuka epal ni ada lagi banyak khasiat. Tapi, sebaik-baiknya, kalau korang memang ada masalah kesihatan, cuba dapatkan nasihat daripada doktor dahulu ya. 

Supaya nanti cara pengambilan korang tu tidak salah dan tidak membawa kepada keburukan untuk kesihatan korang pula.

Baiklah, sampai sini sahaja perkongsian hari ini. Stay safe guys!


0 Ulasan

Catat Ulasan

Post a Comment (0)

Terbaru Lebih lama