5 Kelebihan dan Kekurangan Belajar Secara Online


Belajar secara Online semakin popular lebih-lebih lagi dalam situasi pandemik yang kita hadapi sekarang. Para pengajar tidak kira dari sekolah rendah ke universiti, mengambil inisiatif untuk melakukan kelas dalam talian. Teknologi yang ada pada masa ini sedikit sebanyak memudahkan proses pembelajaran secara online bagi pihak pengajar dan pelajar. 

Namun, belajar secara online ini ada kelebihan dan kekurangannya sendiri. 

Kelebihan Belajar Secara Online

1. Menjimatkan wang

Pembelajaran online membolehkan pelajar untuk menjimatkan wang. Kebanyakan pelajar banyak menghabiskan wang untuk membayar tambang bas untuk pergi ke sekolah atau universiti. Wang untuk makan juga harus diambil kira. Jika pembelajaran secara online dijalankan, pelajar hanya perlu duduk di rumah, membuka leptop dan boleh melakukan pembelajaran secara maya. 

Kelebihan Belajar Secara Online


2. Dapat mengatur jadual dengan lebih baik

Pengajar selalunya akan memberikan masa atau waktu untuk setiap kelas yang akan dilakukan. Dengan adanya jadual kelas dari pengajar, pelajar dapat mengatur jadual mereka dengan lebih mudah. Memandangkan pelajar juga ada hal yang perlu dilakukan di rumah, mereka boleh menyusun sedia masa mereka untuk belajar dan untuk urusan rumah.


3. Persiapan menghadap kelas online

Jika perlu ke sekolah atau universiti, pelajar perlu bangun bersiap lebih awal kerana perlu mengejar masa untuk ke sekolah sebelum kelas bermula. Namun, pembelajaran secara online sangat memudahkan kerana pelajar tidak perlu bersiap awal. Pelajar selalunya hanya akan beriap satu jam atau setengah jam sebelum kelas bermula. Mereka hanya perlu membuka laptop dan duduk belajar dengan guru dan kawan-kawan. 

Kelebihan Belajar Secara Online


4. Bahan pembelajaran 

Seorang pelajar sememangnya memerlukan banyak buku untuk setiap subjek atau kos. Namun, belajar secara online dapat mengurangkan penggunaan buku. Hal ini kerana, pengajar akan memberi nota dalam bentuk pdf atau nota online yang boleh dirujuk. Selain dapat mengurangkan penggunaan kertas, pelajar dapat kurangkan kos dari segi pembelian buku belajar yang agak mahal. 


5. Fleksibel dari segi masa dan tempat

Jika pelajar belajar secara online, pelajar dapat mengatur sedia masa belajar mereka. Pengaturan dari segi masa dan tempat adalah sangat fleksibel jika anda belajar secara online. Pelajar boleh memilih tempat yang mereka selesa dan boleh menjalankan pembelajaran dengan lebih baik. 

Kekurangan Belajar Secara Online


1. Hilang fokus

Memandangkan pembelajaran secara online ini bebas tanpa guru di hadapan seperti di kelas, sangat mudah untuk pelajar hilang fokus. Mungkin dalam 15 atau 30 minit pembelajaran, pelajar masih boleh fokus. Namun, jika berterusan, sesetengah pelajar akan mula berasa bosan dan mereka tidak dapat mengikut rentak pembelajaran dengan baik. Oleh itu, pengajar perlu mengambil kira hal ini ketika melakukan kelas online bagi mengelakkan pelajar rasa bosan dan hilang fokus.

Kekurangan Belajar Secara Online

2. Data internet

Tidak dapat dinafikan bahawa belajar secara online ini akan memakan data internet yang sangat banyak. Pelajar perlu berbelanja banyak untuk membeli data internet yang kuat supaya pembelajaran dapat dijalankan tanpa gangguan talian. Banyak pelajar tidak dapat mengikuti kelas online kerana ketiadaan data internet yang kuat. Pelajar perlu memilih pakej internet yang sesuai untuk melancarkan proses pembelajaran. 


3. Mudah terganggu

Belajar secara online akan membuat pelajar mudah terganggu dengan benda lain. Sebagai contoh, diganggu dengan mesej-mesej dari WhatsApp, tertarik dengan media social dan mungkin juga diganggu dengan suasana yang bising di dalam rumah. Pelajar yang terganggu ini sudah pasti tidak dapat menangkap sesi pembelajaran dengan baik dan membuat mereka lebih terpengaruh dengan benda lain. 


4. Sukar difahami

Sesetengah pelajar lebih suka belajar di sekolah atau universiti kerana mereka akan dapat memahami subjek dengan lebih baik. Belajar secara online akan melambatkan pemahaman lebih-lebih lagi jika pengajar tidak memberikan contoh dan penerangan yang baik. Hal ini akan menyulitkan para pelajar untuk lebih paham dengan apa yang diajar. Oleh itu, pengajar perlu lebih bersedia dengan bahan-bahan pembelajaran yang lengkap agar dapat membantu pelajar lebih paham.

Kekurangan Belajar Secara Online


5. Kurang pengawasan 

Pelajar akan lebih berdikari jika belajar secara online kerana para pengajar tidak dapat mengawasi secara depan-depan seperti di kelas. Dengan kurangnya pengawasan, pelajar akan lebih terdorong untuk melakukan hal lain semasa pembelajaran dilakukan. Pengajar perlu memastikan semua pelajar hadir dalam kelas online dengan menyuruh mereka membuka kamera leptop atau suara. Sesetengah pelajar mungkin kurang senang dengan keadaan ini, namun pelu dilakukan supaya pelajar dapat fokus dan memahami apa yang diajar.

Sekiranya anda seorang pelajar anda perlu mengambil kira dengan semua kelebihan dan kekurangan belajar secara online untuk mendapatkan keputusan yang lebih baik. Para pengajar juga perlu memahami tugas mereka dengan lebih terperinci. 

Belajar di kelas dan belajar secara online adalah berbeza. Oleh itu, kedua-dua pihak perlu menjalankan tugas masing-masing agar pengajaran dan pembelaran dapat dilakukan dengan jayanya. Banyak pelajar mungkin akan gagal sekiranya tidak mengambil kira hal ini. 

Pendidikan sangat penting dan pelajar perlu memahami peranan mereka dengan baik. Jika pelajar bersungguh-sungguh, sudah tentu kejayaan yang pudar-pudar itu dapat digapai dengan mudah!

Post a Comment

1 Comments