Resepi Nasi Daging Utara Air Asam Kerisik

nasi-daging
Photo from Azean Niniko

Resepi Nasi Daging Utara Air Asam Kerisik


Bahan-Bahan Nasi daging
  • Daging stgh kg potong kiub sederhana kecil n rebus
  • Beras 5cawan
  • 2sb rempah kurma
  • 3 sekawan
  • 1sb marjerin
  • 1ulas bawang merah hiris
  • 1ulas bawang putih hiris
  • 1helai daun pandan
  • Setengah kiub pati ayam
  • Suku setengah cawan susu cair
  • 2sb sos tomato

Cara-caranya

1. Panaskan minyak dan marjerin

2. Tumiskan bawang merah, bawang putih, daun pandan, 3 sekawan dan serbuk kurma. Kacau kejap biar sebati dan berbau harum

3. Masukkan beras yang dah dicuci dan ditoskan kacau biar sebati

4. Masukkan 4 setengah cawan air rebusan daging dan susu cair dan sos tomato.

5. Pindahkan periuk nasi ke dapur elektrik tunggu je sampai masak.

6. Hiaskan dengan daun sup dan bawang goreng.


Bahan-bahan Air Asam Kerisik
  • 1biji tomato dihiris
  • 3 ulas bawang merah hiris
  • 3 biji cilipadi hiris
  • Asam jawa
  • 1sb kerisik
  • 3 batang cili merah*
  • 4 biji cili padi*
  • Belacan bakar besar ibu jari*
  • Garam
  • Gula / Ajinomoto

Cara-caranya

1. Tumbuk bahan bertanda * di atas.

2. Bahan hiris masukkan dlm mangkuk.

3. Masukkan bahan tumbuk ke dalam mangkuk.

4. Masukkan air asam jawa, gula, garam, ajinomoto dan masukkan air sikit ramas2-ramas biar sebati.

5. Masukkan kerisik dan ramas-ramas lagi. Siap!


Tips:

1. Air asam jawa kena lebihkan sikit. Kena pekat.

2. Kerisik jangan banyak sangat nanti pening

3. Kuantiti bahan tu agak-agak sendiri. Jangan follow resepi bulat-bulat.


Klik Join & Subscribe Channel Telegram di bawah untuk ilmu dan info bermanfaat

Info Ibu Hamil & Bayi | Resepi Viral | Motivasi | Malaysia Blogger Influencer & Content Writer