Responsive Ad Slot

Slider

10 Koleksi Resepi Biskut Raya 2022

10 Koleksi Resepi Biskut Raya 2022 korang wajib cuba.
koleksi-biskut-raya-2022

Alhamdulillah kerana masih diberi kenikmatan untuk terus hidup sehingga kini. Semoga Allah beri waktu untuk kita bertemu Ramadan yang akan datang tidak lama lagi. 

Seperti biasalah, setiap tahun admin cuba kumpulkan beberapa resepi yang diambil di group facebook. telegram dan perkongsian dari majalah. Sekiranya korang tercari-cari resepi biskut raya, korang boleh follow resepi ini. 

Mudah dan simple saja nak buat. Terima kasih kepada pemilik asal resepi kerana sudi berkongsi. Semoga dimurahkan rezeki selalu dan mendapat pahala yang berterusan.

Berikut adalah 10 Koleksi Resepi Biskut Raya 2022 yang korang wajib cuba. 

1. RESEPI BISKUT KELAPA NESTUM

Bahan-bahan
  • 1 cwn majerin
  • 1 cwn gula icing
  • Esen vanila
  • 1 biji kuning telur
  • 2 cwn tepung gandum
  • 1 sb tepung kastad
  • 1 cwn kelapa kering (disangai)
  • 1 cwn nestum

Cara-caranya 

1. Satukan semua bahan dan gaul sehingga sebati

2. Buatkan sehingga menjadi doh lembut.

3. Tekapkan guna acuan yang disukai. Bakar pada suhu 170'C selama 20 - 25 minit.


Kredit Resepi : norliyana rosli


2. RESEPI BISKUT KOKO


Bahan-bahan 
  • 250g margerin/butter
  • 3/4 cwn gula halus
  • 1 biji kuning telur
  • 2 cwan tepung gandum
  • 1 cwan tepung jagung
  • 1/2 cwan serbuk koko

Bahan hiasan
  • Colour ball/coklat rice
  • Putih telur(jika perlu)

Cara-caranya 

1.Gaul margerin & gula halus dalam bekas hingga sebati..Saya guna senduk plastik saja.

2. Pukul kuning telur kejap. Masukkan dalam adunan tadi dan gaul sebati. 

3. Masukkan serbuk koko, tepung jagung dan tepung gandum. Gaul sebati. Sekiranya adunan kelihatan lembik, tambahkan tepung gandum. Jangan terlalu lembik atau keras.

4. Terapkan adunan ikut citarasa bentuk masing-masing. Kemudian sapukan putih telur dan tabur coklat rice.

5. Bakar suhu 160'C selama 30 minit. 


3. RESEPI BISKUT DENMARK

Bahan-bahan
  • 250 gram anchor salted butter
  • 1/2sdt esen vanilla
  • 350 gram tepung gandum
  • 4 sdb tepung jagung
  • 3 sdb gula aising - diayak
  • 2 biji kuning telur
  • kacang tanah secukupnya
  • beryls choc compound secukupnya


Cara-caranya

1. Mix butter,icing sugar dengan egg yolk sampai sebati..

2. masukkan esen vanila...pastu tepung jagung...gaul sebati..lastly masukkan tepung gandum sikit-sikit.. uli sampai jadi doh tak lekat ditangan

3. Bulatkan doh...bakar suhu 180`c selama 15minit

4. dah sejuk boleh celup dalam coklat dan golekkan dalam kacang tanah.....siap!


p/s: boleh letak kacang tanah sebagai inti kat dalam..atau apa saja kekacang. 1 adunan boleh dapat dalam 180 biji. 



4. RESEPI BISKUT BANGKIT KELAPA

Bahan - Bahan
  • 250 gram mentega @ marjerin
  • 1 cawan gula aising diayak
  • 1 biji kuning telur
  • 1 cawan tepung gandum
  • 3 cawan tepung ubi
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 1 sudu teh baking powder
  • 1 1/2 cawan kelapa kering @2 cawan pun boleh (kelapa parut disangai tanpa minyak hingga kering airnya saja dan jangan sampai kekuningan sangat
  • Sapuan kuning telur dan sedikit pewarna kuning lemon

Cara-cara memasaknya 

1. Pukul mentega, gula aising, kuning telur dan esen dalam 3 minit. Pukul guna senduk pun boleh.

2. Masukkan tepung - tepung dan baking powder yang telah diayak terlebih dahulu. Gaul rata.

3. Akhir sekali masukkan kelapa kering dan uli hingga jadi doh lembut.
4. Terap guna acuan dan sapu dengan kuning telur dan bakar suhu 170°c selama 20-25 minit atau hingga masak bergantung pada oven masing - masing.

Sumber resepi : Noriza Jaja


5. RESEPI BISKUT RED PEARL

Bahan-bahan
  • 150 grm butter (suhu bilik)
  • 75 grm gula castor
  • 150 grm tepung gandum
  • 50 grm corn flakes
  • 50 grm chocolate chips
  • 25 grm almond strips @ nibs (almond strips sangai sekejap)
  • 1 sdt esen vanila
  • ceri merah dihiris memanjang atau dadu

Cara-cara membuatnya :

1. Satukan butter & gula castor. Gaul dgn senduk kayu je hingga sebati dan rata. JANGAN pukul hingga kembang nanti biskut jadi kembang dan leper lps dibakar.

2. Masukkan tepung gandum, gaul sebati.

3. Masukkan corn flakes, chocolate chips, almond strips @ nibs dan esen vanila. Gaul semua hingga sebati dan rata.

4. Sudukan adunan ke atas dulang pembakar. Letak hirisan ceri merah di atasnya.

5. Bakar suhu 170°C selama 20-25 mnt bergantung oven masing-masing.

6. Angkat dan biarkan sejuk sebelum disimpan dlm bekas kedap udara.


6. RESEPI SNOW ALMOND

Bahan A

  • 100g butter(guna mentega pun boleh)
  • 1/ 2 sdb shortening
  • 50g gula kastor
  • 1/2 sdt esen kopi
  • 1 biji kuning telur

Bahan B

  • 110g tepung gandum(cap kunci)
  • 25g nestum ( kisar)
  • 1 sdb coffeemate
  • 35g tepung ubi
  • 20g serbuk badam

Hiasan

  • Breadcrumb (serbuk roti putih)
  • Coklat masakan


Cara-cara membuatnya

1. Pukul butter.. gula kastor.. shortening.. hingga sebati tapi jgn sampai kembang tau.. sekejap jer.. janji sebati.. masukkan esen kopi dan kuning telur.. gaul rata..

2. Satukan kesemua Bahan B dan masukkan ke dlm adunan A tadi.. sedikit demi sedikit.. uli rata..
Canaikan dan terap guna acuan.. 

3. Bakar suhu 180' selama 20minit.. dah siap.. biarkan sejuk. .

4. Cairkan coklat masakan secara double-boiler. . celupkan biskut dan golekkan pula dalam breadcrumb (serbuk roti).. . siap..

Sumber resepi : Mariana Zainal


7. RESEPI BISKUT BINTANG 

Bahan - Bahan 
  • 100gm marjerin | dicairkan
  • 90gm tepung gandum
  • 20gm tepung kastad
  • 90gm tepung jagung
  • 40gm gula halus
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 2 biji kuning telur
  • 1 biji kuning telur | hiasan
  • Ceri hijau secukupnya | hiasan

Cara-cara membuatnya 

1. Pukul gula dan telur sehingga sedikit kembang. Kemudian masukkan kesemua tepung. Gaul rata.

2. Kemudian masukkan marjerin sedikit demi sedikit dan uli sehingga menjadi doh yang boleh dicanai.

3. Terap doh menggunakan acuan berbentuk bintang dan susun diatas dulang pembakar.

4. Sapukan kuning telur dan hiaskan dengan ceri hijau.

5. Bakar dalam ketuhar bersuhu 155C selama 20 minit.

Kredit : majalah Rasa


8. RESEPI BISKUT KACANG HIJAU


Bahan - Bahan 
  • 2 cawan kacang hijau kisar atau tepung kacang hijau
  • 3 cawan tepung gandum
  • 1 cawan gula icing
  • 3 sudu besar marjerin / butter
  • 1 sudu teh baking powder
  • 1/2 sudu teh garam
  • 1 1/4 cawan minyak jagung atau secukupnya
  • * kuning telur untuk hiasan

Cara-cara membuatnya

1. Campur semua bahan jadi doh yang lembut dan boleh dibentuk.

2. Sapu kuning telur di atas biskut

3. Bakar 150 C, 15 minit atau ikut oven masing - masing

Kredit : Rita Kay


9. RESEPI BISKUT CRUNCHY OREO

Bahan A
  • 200gm mentega
  • 10gm shortening
  • 110gm gula kaster
  • 1/2 sudu teh esen vanila
Bahan B

  • 250gm tepung gandum
  • 30gm tepung jagung
  • 30gm cornflakes - kisar halus
  • 30gm serbuk badam - di sangai
  • 20gm badam nibs-di sangai
  • 30gm serbuk oreo
  • 1/4 sudu teh baking powder
  • Hiasan : Coklat masakan putih (di cairkan), serbuk oreo


Cara-cara membuatnya 

1. Pukul bahan A hingga berkrim. Masukkan bahan B dan uli hingga menjadi doh.

2. Canai dan terap. Susun di dalam dulang pembakar dan bakar pada suhu 150C selama 25-30 minit hingga masak.

3. Sejukkan dahulu. Pipe di atasnya dengan coklat masakan putih dan tabur serbuk oreo sebagai hiasan.

4. Simpan dalam bekas kedap udara.


10. RESEPI BISKUT OAT SUSU

Bahan A
  • 225 gm mentega
  • 125 gm gula kastor
  • 1 biji kuning telur
  • 1 sudu kecil esen vanilla
Bahan B
  • 20 gm tepung kastard
  • 250 gm tepung gandum
  • 75 gm tepung jagung
  • 100 gm oat
  • 2 sudu besar serbuk koko – jika suka

Bahan hiasan - dicampurkan
  • 100 gm susu tepung
  • 20 gm gula aising

Cara-cara membuatnya 

1. Putar gula dengan mentega hingga sebati.

2. Ayak bersama kesemua jenis tepung dan serbuk koko, masukkan oat.

3. Masukkan telur kuning dan vanilla ke dalam adunan butter tadi. Gaul rata dan masukkan campuran tepung dan uli sehingga menjadi doh.

4. Canai adunan dan terap menggunakan acuan yang digemari.

5. Kemudia bakar didalam oven pada suhu 160C lebih kurang 30 minit.

5. Setelah biskut sejuk barulah di salut dengan campuran susu tepung dan gula.

Kredit: zila4ever


Klik Join & Subscribe Channel Telegram di bawah untuk ilmu dan info bermanfaat

Info Ibu Hamil & Bayi | Resepi Viral | Motivasi | Malaysia Blogger Influencer & Content Writer



1
( Hide )
  1. Semangat nak raya, semoga kita dapat beraya dan menziarahi sanak saudara tahun ni.

    BalasPadam

both, mystorymag
Copyright © 2020 | All Rights Reserved.
Design by Sii Nurul