3 Resepi Ayam Sedap Lazat Enak Tak Terkata

Resepi Ayam Sedap Lazat Enak Tak Terkata

1. Resepi Ayam Goreng Kunyit

3 Resepi Ayam Sedap Lazat Enak Tak Terkata
Bahan-bahan

  • Ayam 
  • Serbuk kunyit
  • Serbuk kari
  • Serbuk cili
  • Tepung jagung
  • Garam
  • Lada hitam kasar
  • Gula secukupnya
Cara-Cara Memasaknya :

1. Pertama sekali, ayam dipotong kecil dan digaul dengan serbuk kunyit, serbuk kari, serbuk cili, tepung jagung, garam, lada hitam kasar dan gula.



2. Pastikan pekat dan jangan campur dengan air ya. Biarkan air dari ayam tu sendiri yang bagi lekat. Perap selama 15 sehingga 30 minit.

3. Panaskan ninyak, jangan banyak sangat. Letak ayam sikit-sikit dalam 5-7 ketul pada satu masa.

4. Boleh tumis sayur, tauhu goreng ataupun bahan lain ikut suka korang. Lepas tu gaulkan ayam yang dah digoreng tadi

2. Resepi Ayam Ala Kenny Rogers

3 Resepi Ayam Sedap Lazat Enak Tak Terkata
Bahan-bahan

  • Bawang besar 2 biji
  • Bawang putih 4 ulas
  • Minyak zaitun
  • Halia
  • Perasa Maggi
  • Sos black pepper
  • Sos tiram
  • Lada hitam
  • Madu
  • Sedikit air
Cara-cara Memasaknya :

1. Blendkan semua barang di atas dan lumur pada ayam. 

2. Bakar dalam suhu 200, dalam masa dalam 1 jam 30 minit. Selepas masak tu kalau yang nak tabur mix herba pun boleh.

3. Resepi Kari Ayam Minang

3 Resepi Ayam Sedap Lazat Enak Tak Terkata
Bahan-bahan
  • 1 ekor ayam
  • 20 tangkai cili padi (kalau nak pedas kaw boleh tambah lagi)
  • 1 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 1/2 inci halia
  • 1/2camt serbuk kunyit
  • (blend semua bahan ni)
  • 1 pkt kecik rempah kari daging (bancuh dengan air)
  • 3@4 biji kentang (belah 4)
  • 5@6 helai daun limau purut
  • 2 batang serai-ketuk
  • 1 kotak santan 200 ml
  • 3 keping asam keping
  • garam perasa & sedikit gula
Cara-Cara Memasaknya 

1. Pertama sekali, tumis bahan yang dah diblend sehingga naik bau

2. Masukkn daun limau, serai, rempah kari daging dan tumis sampai garing.

3. Masukkan 2 gelas air. Setelah itu, letak ayam & kentang.

4. Apabila dah mendidih, masukkan asam keping, garam, gula dan perasa.

5. Masak sehingga ayam dan kentang empuk. Akhir sekali masukkan santan.

Kredit resepi : Mazliza Ahmad

Jom ajak kawan-kawan sekali join telegram @ResepiMudahSukatanCawan

Post a Comment

1 Comments