PERMOHONAN BAHARU BANTUAN KELUARGA MALAYSIA (BKM) 2022


bantuan-keluarga-malaysia-bkm-2022

PERMOHONAN BAHARU


1. Bilakah pendaftaran BKM 2022 akan dibuka?

Pendaftaran BKM 2022 bermula pada 01 Januari 2022 hingga 31 Januari 2022 (tertakluk kepada perubahan).

2. Siapakah yang perlu membuat Permohonan Baharu BKM 2022?

Pemohon yang perlu membuat Permohonan BKM 2022 adalah seperti berikut:

i. Pemohon yang tiada rekod dalam sistem BKM atau tidak menerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) 2021 atau Bantuan Khas COVID-19 (BKC); serta 
ii. Berpendapatan isi rumah RM5,000 dan ke bawah; atau
iii. Berpendapatan RM2,500 dan ke bawah untuk individu Bujang / tiada pasangan / tiada anak yang menepati syarat kelayakan.


3. Bagaimanakah cara untuk saya membuat Permohonan BKM 2022?

Anda boleh membuat Permohonan BKM 2022 seperti berikut:

i. Permohonan Secara Dalam Talian 

Permohonan BKM 2022 boleh dibuat di:
a. Portal Rasmi BKM LHDNM, https://bkm.hasil.gov.my; atau
b. Aplikasi Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) dengan memuat turun di Play Store / App Store pada telefon bimbit 

ii. Permohonan Melalui Borang

Borang Permohonan BKM 2022 (BK-01) boleh didapati secara percuma di:
a. Portal Rasmi BKM LHDNM; atau
b. Cawangan LHDNM / Pusat Satelit (PS) / Pusat Khidmat Hasil (PKH) LHDNM / Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM


4. Di manakah saya boleh menghantar Borang BKM 2022 yang telah lengkap diisi? 

Anda boleh menghantar Borang BKM 2022 di kaunter-kaunter berikut:

i. Cawangan LHDNM / Pusat Satelit (PS) / Pusat Khidmat Hasil (PKH) LHDNM / Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM; atau
ii. Pejabat Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP); atau
iii. Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK); atau
iv. Pejabat Daerah / Pejabat Residen Atau penghantaran secara Pos ke alamat seperti berikut:

Peti Surat BKM
GPO Shah Alam
40800 Selangor

Penghantaran secara faks dan e-mel adalah tidak diterima.


5. Apakah dokumen yang perlu dikemukakan semasa membuat permohonan BKM 2022?

Salinan dokumen sokongan pemohon / pasangan / anak (jika berkaitan) yang perlu dikemukakan adalah seperti berikut:

i. Pemohon:
a. Salinan Sijil Perkahwinan yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Negeri / JPN; atau
b. Salinan Sijil Kematian pasangan yang dikeluarkan oleh JPN; atau
c. Sijil Perceraian (asal dan salinan) yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Negeri / JPN; atau 
d. Salinan Sijil Dekri Nisi / Dekri Nisi Mutlak yang dikeluarkan oleh Mahkamah
e. Salinan Kad OKU yang dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)

ii. Pasangan:
a. Salinan pengenalan Pasangan (MyKad / MyPR / MyKAS); atau
b. Salinan Pasport / Visa / UNHCR / Pas Sempadan

iii. Anak:

a. Anak Kandung
  • Salinan MyKad / MyKid; dan
  • Salinan Sijil Lahir
b. Anak Angkat
  • Salinan MyKad / MyKid; dan
  • Salinan Sijil Daftar Anak Angkat yang dikeluarkan oleh JPN
Borang Serahan Dokumen Sokongan BKM 2022 (BK-04) perlu diisi semasa mengemukakan dokumen sokongan berkenaan ke LHDNM ATAU boleh memuatnaik ke sistem BKM semasa permohonan secara dalam talian.

Semakan Status BKM 2022

Status kelulusan permohonan BKM 2022 boleh disemak mulai 28 Mac 2022

Pembayaran Fasa 1 BKM 2022

Tarikh pembayaran Fasa 1 BKM 2022 kepada penerima BKM 2022 yang berstatus Lulus adalah seperti berikut

  • Ada Akaun – Bayaran mulai 28 Mac 2022 secara berperingkat.
  • Tiada Akaun – Penunaian di kaunter Cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) mulai 30 Mac 2022.
  • Tiada Akaun (Pedalaman Sabah / Sarawak) – Tarikh pembayaran akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

Permohonan BKM 2022

Tempoh Pemohonan dan Pengemaskinian Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) 2022 bermula 01 Januari 2022 hingga 31 Januari 2022.

Perkhidmatan kaunter BKM LHDNM dibuka untuk permohonan dan kemaskini BKM 2022.



1 Ulasan

Catat Ulasan

Post a Comment

Terbaru Lebih lama