SEMAKAN KEPUTUSAN SPM 2023 (TARIKH KEPUTUSAN SPM BERMULA 27 MEI 2024)

SEMAKAN KEPUTUSAN SPM 2023 (TARIKH KEPUTUSAN SPM BERMULA 27 MEI 2024)

Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi tahun 2023 akan dikeluarkan pada Isnin, 27 Mei 2024, mulai jam 10.00 pagi.

Semua calon boleh menyemak keputusan SPM masing-masing dengan mudah dan pantas secara dalam talian, melalui sistem pesanan ringkas (SMS) atau hadir sendiri ke sekolah untuk mendapatkan keputusan jika ketiadaan akses capaian.

Kaedah Semakan Kepututusan SPM 2023

Kini anda boleh semak keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 dengan mudah dan pantas melalui beberapa kaedah seperti berikut :

1. Hadir ke PPD/JPN

Hadir ke sekolah bagi calon sekolah @ hadir ke PPD/JPN (tempat calon mendaftar) bagi calon persendirian atau sekiranya tiada capaian internet boleh ke mana-mana sekolah/PPD/JPN yang berdekatan.


2. Semakan Keputusan SPM 2023 Secara Dalam Talian

  • Semakan secara dalam talian di pautan: myresultspm.moe.gov.my

  • Mulai jam 10:00 pagi pada 27 Mei 2024 dan dibuka hingga jam 6:00 petang, 2 Jun 2024.
*Bagi calon yang tidak mempunyai capaian Internet boleh ke mana-mana sekolah/PPD/JPN berdekatan untuk mengakses myresultspm.moe.gov.my

3. Ringkasan Keputusan SPM 2023 Melalui SMS

  • Semakan Ringkasan Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 bermula pada jam 10:00 pagi, 27 Mei 2024 hingga jam 6:00 petang, 2 Jun 2024.

  • Untuk semakan, taip: SPM<jarak>NoKP<jarak>AngkaGiliran & hantar ke 15888

  • Contoh : SPM 000527031234 WY189A123 15888
RM0.00 SPM: 00527031234 WY189A123 3A+2A 5A-2B Keputusan penuh boleh diperolehi melalui capaian myresult3.moe.gov.my selepas 4 hari pengumuman keputusan
*Pastikan Nombor Kad Pengenalan dan Angka Giliran seperti yang didaftarkan dalam peperiksaan "Kelewatan penerimaan SMS mungkin berlaku disebabkan semakan trafik yang tinggi


SEMAKAN KEPUTUSAN SPM 2023 (TARIKH KEPUTUSAN SPM BERMULA 27 MEI 2024)

SEMAKAN KEPUTUSAN SPM 2023 (TARIKH KEPUTUSAN SPM BERMULA 27 MEI 2024)


Takrifan Gred Keputusan Peperiksaan SPM

Takrifan Gred Keputusan Peperiksaan SPM

1. Keputusan ditahan/dibatalkan.

Catatan "Keputusan ditahan" menerangkan calon berkenaan disyaki telah melakukan salah laku semasa peperiksaan dan keputusan hanya dikeluarkan selepas siasatan selesai dijalankan.

Catatan "Keputusan dibatalkan" menerangkan calon terbukti melakukan salah laku dan ditanda dengan 'X' dalam slip keputusan peperiksaan.

2. Keputusan "T"

Catatan "Keputusan T" menerangkan calon tidak hadir kertas yang diduduki sama ada keseluruhan kertas atau sebahagian kertas.


Tahniah dan selamat maju jaya diucapkan kepada semua calon peperiksaan SPM Tahun 2023.


0 تعليقات

إرسال تعليق

Post a Comment (0)

أحدث أقدم