Bahan-bahan
- 6 keping lamb shoulder
 - 1 sudu besar pes bawang putih (tumbuk lumat)
 - 1 labu bawang putih bersama garam (secukup rasa)
 - 2 sudu besar sos tiram
 - 4-5 sudu besar sos tomato
 - 4-5 sudu besar sos black pepper
 - 2 sudu besar kicap masin
 - 1 sudu besar gula perang
 - Serbuk lada hitam
 - Serbuk lada putih
 - Rempah dried rosemary
 
1. Kacaukan semua bahan sehingga sebati dan gaulkan pada kambing dan perapkan minimum selama 1 jam. Lagi lama perap lagi sedap.
2. Boleh bakar kambing atas pan atau Airfryer pada suhu 180-200°C selama 10-15minit.
Kuah Blackpepper
- 1 sudu besar butter.
 - 1 sudu besar tepung gandum.
 - (Kalau nak buat kuah banyak boleh lebihkan kuantiti tapi nisbah butter kepada tepung gandum mesti 1:1)
 - Lebihan sos perapan kambing
 - Air secukupnya
 - Garam/serbuk perasa secukup rasa
 - Serbuk lada hitam
 
P/s: Resepi ni bukan untuk kambing panggang sahaja, nak guna untuk ayam pun boleh. Selamat mencuba.
Sumber: Video Resepi Kambing Perap
إرسال تعليق