Senarai Universiti Bidang Sains Komputer di Malaysia (2025)


senarai bidang sains komputer

Sedang mencari universiti awam yang menawarkan program Sains Komputer di Malaysia? Dalam artikel ini, aku dah senaraikan universiti terbaik yang menyediakan pelbagai program Sains Komputer termasuk Kejuruteraan Perisian, Sains Data, Keselamatan Siber, dan banyak lagi.
 

Panduan ini sesuai untuk lepasan SPM, STPM, atau pelajar diploma yang ingin sambung pengajian ke peringkat ijazah.


Apa Itu Sains Komputer?

Definisi ringkas:

Sains Komputer ialah kajian tentang bagaimana komputer berfungsi, cara membina sistem perisian dan perkakasan, serta bagaimana menyelesaikan masalah menggunakan teknologi dan logik pengaturcaraan.

Bidang Sains Komputer ialah satu cabang ilmu yang mengkaji komputer dan sistemnya secara teori dan praktikal. Ia merangkumi pengaturcaraan, algoritma, pembangunan perisian, kecerdasan buatan (AI), sains data, keselamatan siber dan banyak lagi.


Senarai Universiti Bidang Sains Komputer di Malaysia

1. Universiti Teknologi Malaysia (UTM)

Program Ditawarkan:
  • Sarjana Muda Sains Komputer (Kejuruteraan Data)
  • Sarjana Muda Sains Komputer (Bioinformatik)
  • Sarjana Muda Sains Komputer (Rangkaian & Keselamatan Komputer)
  • Sarjana Muda Sains Komputer (Perisian Grafik & Multimedia)
Fakulti: Fakulti Komputeran (FC)
Lokasi: Skudai, Johor


2. Universiti Malaya (UM)

Program Ditawarkan:
  • Kejuruteraan Perisian (Software Engineering)
  • Kecerdasan Buatan (Artificial Intelligence)
  • Sistem Komputer & Rangkaian (Computer System and Network)
  • Sistem Maklumat (Information Systems)
  • Multimedia Computing (Multimedia Computing)
  • Sains Data (Data Science)
Fakulti: Fakulti Sains Komputer & Teknologi Maklumat (FSKTM)
Lokasi: Kuala Lumpur


3. Universiti Sains Malaysia (USM)

Program Ditawarkan:
  • Sarjana Muda Sains Komputer (Infrastruktur Pengkomputeran)
  • Sarjana Muda dalam Sains Komputer (Pengkomputeran Pintar)
Fakulti: School of Computer Sciences
Lokasi: Pulau Pinang

4. Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)

Program Ditawarkan:
  • Sarjana Muda Sains Komputer (Sains Pengkomputeran)
  • Sarjana Muda Sains Komputer (Kejuruteraan Data)
  • Sarjana Muda Sains Komputer (Pengkomputeran Multimedia)
  • Sarjana Muda Sains Komputer (Pengkomputeran Rangkaian)
Fakulti: Fakulti Sains Komputer & Teknologi Maklumat
Lokasi: Kota Samarahan, Sarawak


5. Universiti Malaysia Pahang (UMP)

Program Ditawarkan:
  • Diploma Sains Komputer
  • Sarjana Muda Sains Komputer (Kejuruteraan Perisian)
  • Sarjana Muda Sains Komputer (Sistem Komputer & Rangkaian)
  • Sarjana Muda Sains Komputer (Perisian Multimedia)
  • Sarjana Muda Sains Komputer (Keselamatan Siber)
Fakulti: Fakulti Komputeran
Lokasi: Pekan, Pahang


6. Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

Program Ditawarkan
  • Sarjana Muda Sains Komputer

Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat
Lokasi: Bangi, Selangor


7. Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM / IIUM)

Program Ditawarkan
  • Sarjana Muda Sains Komputer
Lokasi: Gombak, Selangor


8. Universiti Utara Malaysia (UUM)

Program Ditawarkan
  • Sarjana Muda Sains Komputer
Lokasi: Sintok, Kedah


9. Universiti Malaysia Sabah (UMS)

Program Ditawarkan
  • Sarjana Muda Sains Komputer (Sains Data)
  • Sarjana Muda Sains Komputer (Kejuruteraan Perisian)
  • Sarjana Muda Sains Komputer (Kejuruteraan Rangkaian)
Fakulti: Fakulti Pengkomputeran & Maklumat (FKI)
Lokasi: Kota Kinabalu, Sabah


10. Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)

Program Ditawarkan
  • Diploma Sains Komputer (Komputeran Internet)
Fakulti: Fakulti Pengkomputeran & Meta-Technology
Lokasi: Tanjung Malim, Perak


11. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)

Program Ditawarkan
  • Sarjana Muda Sains Komputer (Keselamatan Maklumat)
  • Sarjana Muda Sains Komputer (Pengkomputeran Multimedia)
  • Sarjana Muda Sains Komputer (Kejuruteraan Perisian)
  • Sarjana Muda Sains Komputer (Teknologi Web)
Fakulti: Fakulti Sains Komputer & Teknologi Maklumat
Lokasi: Batu Pahat, Johor


12. Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)

Program Ditawarkan
  • Diploma Sains Komputer
  • Sarjana Muda Sains Komputer (Pembangunan Perisian)
  • Sarjana Muda Sains Komputer (Keselamatan Rangkaian Komputer)
  • Sarjana Muda Sains Komputer (Pengkomputeran Internet)
Fakulti: Fakulti Informatik dan Pengkomputeran
Lokasi: Kampus Besut, Terengganu


13. Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

Program Ditawarkan
  • Sarjana Muda Sains Komputer (Keselamatan & Jaminan Maklumat)
Fakulti: Fakulti Sains & Teknologi
Lokasi: Nilai, Negeri Sembilan


14. Universiti Putra Malaysia (UPM)

Program Ditawarkan
  • Sarjana Muda Sains Komputer
  • Sarjana Muda Sains Komputer (Pengkomputeran Multimedia)
  • Sarjana Muda Sains Komputer (Rangkaian Komputer)
Fakulti: Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat
Lokasi: Serdang, Selangor


15. Universiti Teknologi MARA (UiTM)

Program Ditawarkan
  • Diploma Sains Komputer
Lokasi: UiTM Perlis (Arau), Kedah (Sungai Petani), Perak (Tapah), Pahang (Raub), Melaka (Jasin), Terengganu (Kuala Terengganu), Kelantan (Machang), Johor (Segamat), Sabah (Kota Kinabalu) & Sarawak (Samarahan 2)

  • Sarjana Muda Sains Komputer
Lokasi: UiTM Shah Alam, Perak (Tapah), Melaka (Jasin), Terengganu (Kuala Terengganu) & Sarawak (Samarahan 2)


Bidang Kerjaya Sains Komputer

Bidang ini sangat luas dan fleksibel — banyak peluang kerja dalam sektor awam dan swasta. Berikut ialah beberapa kerjaya popular:

1. Pembangun Perisian (Software Developer)
2. Juruanalisis Sistem (System Analyst)
3. Jurutera Perisian (Software Engineer)
4. Pereka Laman Web (Web Developer)
5. Pakar Keselamatan Siber (Cybersecurity Specialist)
6. Saintis Data (Data Scientist)
7. Pembangun Permainan Video (Game Developer)
8. Pakar Kecerdasan Buatan (AI Engineer)
9. Administrator Pangkalan Data (Database Administrator)
10. Pensyarah / Penyelidik IT

Kemahiran tambahan seperti Python, Java, SQL, AI atau pengurusan projek boleh meningkatkan peluang kerjaya.



أقدمالأحدث

إرسال تعليق