8 Tips Pikat Hati Perempuan Zaman Sekarang



Perempuan zaman sekarang dah tak macam dulu. Bukan senang nak pikat, nampak jinak-jinak merpati, tetapi bila mengurat susah nak tangkap. Kalau tidak kena cara memang tak dapatlah nak memikat wanita idaman hati.

1. Jangan Gelojoh

Serius perempuan kurang senang dengan sikap lelaki yang terburu-buru. Baru berkenalan terus ajak bercinta. Kenal pun tak. Nak berkenalan ni kena step by step. T

ak perlu menunjuk yang kita ni terhegeh-hegeh. Just spontan dan buat biasa ja. Dan kalau perempuan tu nak berkenalan janganlah perasan yang dia terus berkenan dengan anda. Mungkin dia juga sedang mencari pasangan yang sesuai. 

2. Ambil Berat

Perempuan suka dengan lelaki yang sentiasa ambil berat terhadap diri mereka. Selalu bertanya khabar walau sesibuk manapun anda. Dengan adanya teknologi terkini seperti whatsapp, facebook dan lain-lain sesekali cuba untuk bertanya khabar. Macam mana dengan kehidupan dia, kerjaya ataupun study. Perempuan sukakan perhatian. 

3. Be Yourself

Tak perlu berpura-pura semasa dalam perhubungan. Cukuplah anda jadi diri sendiri. Tak perlu buat-buat macho, gentlemen sepanjang masa. Kalau nak dating tapi takda kereta just terus terang ja. Korang dating ja naik grab ke, naik bas awam ke. Tetapi jadi diri sendiri tidak bermaksud anda sesuka hati boleh berkasar bahasa.

4. Berterus Terang Dengan Kemampuan Diri

Kalau tak mampu katakan jujur tidak mampu. Tidak semua perempuan pun nak lelaki yang keluarkan duit sepanjang masa. Nak beli baju lelaki yang kena belanja. Anda baru bercinta, setakat belanja makan tu perkara biasa.

Tapi kalau dah keluar duit macam nak bagi nafkah kat bini lebih baik halalkan sahaja perhubungan tu. Tidak semua perempuan suka lelaki yang kaya raya, bersederhana itu lebih baik.

Sekiranya mereka tidak dapat menerima keadaan diri anda yang seadanya itu petanda bahawa perempuan itu bukanlah layak untuk anda.



5. Pendengar Yang Baik

Perempuan nalurinya suka berkongsi apatah lagi dengan orang yang tersayang. Oleh itu jadilah pendengar setianya. Sekiranya dia sedang bercerita tentang sesuatu atau mengadu masalah, anda harulah dengar dan sesekali berikanlah respon atau berikan pendapat bernas.

Secara tak langsung menjadikan anda seorang yang memahami. Selalu menyokong dan memberi semangat padanya. 

6. Cemburu Membabi Buta

Perempuan paling rimas dengan lelaki yang sejenis cemburu buta. Semua benda nak lapor kat dia. Nak keluar kena minta izin bagai. Anda kena ingat, selagi perempuan itu belum sah menjadi isteri anda, anda tiada hak nak kongkong.

Cuma sekiranya anda tidak suka just berterus terang dan tegur dengan baik. Biar dia sendiri yang memilih apakah yang dia buat itu baik untuk hubungan atau sebaliknya.

7. Hormati dan Jangan Ambil Kesempatan

Sekiranya anda masih dalam perhubungan yang sekadar kawan, cuba jaga batas sebagai seorang kawan. Tak perlu melebih-lebih. Sekiranya dia telah menjadi kekasih anda bukan bermaksud anda boleh ambil kesempatan terhadap perempuan.

Lelaki yang betul-betul sayangkan wanita idaman tidak akan mencemar maruah dan sentiasa menghargai pasangan dengan menghormati dirinya.

8. Beri Layanan Mesra 

Perempuan suka dengan lelaki yang beri layanan yang baik dan mesra terhadap rakan-rakannya serta keluarganya. Cuba bertanya khabar tentang keluarganya. Apabila rakan-rakan dan keluarga perempuan tidak menyenangi anda, maka perempuan itu juga boleh jadi terbelah bahagi dengan anda.


Bagi sebarang urusan rasmi termasuklah berkenaan pengiklanan, sila berhubung dengan pihak admin Inspirasi Kami! secara terus melalui emel bloginspirasikami@gmail.com

0 تعليقات

إرسال تعليق

Post a Comment (0)

أحدث أقدم