FAKTOR UTAMA KENAPA BERAT BADAN SUSAH NAK TURUN DAN PENYELESAIANNYA





1. TERLALU BERGANTUNG KEPADA SENAMAN BERBANDING DIET SEIMBANG

Lemak akan terbakar sekiranya terdapat kekurangan kalori dalam badan. Oleh itu, merancang pengambilan kalori adalah penting dalam memastikan tubuh membakar lemak untuk membekalkan tenaga.

Kunci utama dalam mengurangkan berat badan adalah dengan mengambil kalori kurang daripada keperluan badan dalam sehari. Pembakaran lemak kerana kurang pengambilan kalori diistilahkan sebagai kalori defisit.

Sebagai contoh mudah, Ali memerlukan 3000 kal sehari untuk melakukan aktiviti ringan. Sekiranya Ali mengambil 2700 kal sehari tanpa mengubah aktiviti seharian, tubuh Ali akan membakar 300 kal daripada lemak.

Tetapi sekiranya Ali mengambil 3500kal dalam sehari tanpa mengubah aktiviti seharian, lebihan 500 kal akan disimpan sebagai lemak dalam badan.

Bagaimana pula jika Ali melakukan aktiviti senaman? Aktiviti senaman akan meningkatkan kalori yang diperlukan dalam sehari. Dari 3000 kal/sehari, sekarang Ali memerlukan lebih daripada itu. Keperluan kalori Ali mungkin akan naik kepada 3500 kal bergantung kepada senaman ali.

Sekiranya Ali mengambil 2700 kal sehari untuk megurangkan berat badan, 800 kal akan diambil daripada proses pembakaran lemak.

Oleh itu, adalah penting mengetahui berapa keperluan kalori individu sehari dan pengurangan pengambilan kalori dalam sehari agar kalori deficit boleh berlaku.

Disini, disertakan link untuk mengetahui keperluan dan pengambilan kalori individu dalam sehari.


2. MASA TIDUR TIDAK MENCUKUPI
 
Tidur yang mencukupi seringkali dipandang remeh dalam menurunkan berat badan. Namun, kajian mendapati, kekurangan masa tidur mengurangkan prestasi senaman dan meningkatkan berat badan individu.

Kekurangan tidur menyebabkan hormone tidak seimbang dalam badan. Hal ini menjurus kepada kesukaran mengawal nafsu makan dan berkeinginan tinggi terhadap makanan yang berkalori tinggi. Selain itu, tubuh badan akan cenderung menyimpan lemak terutama di bahagian perut.

Kekurangan tidur turut dikait rapat dengan prestasi dan emosi dimana individu yang kurang tidur cenderung bermalas-malasan kerana mengantuk dan tidak bermaya sepanjang hari. produktiviti harian akan terjejas dan proses pembakaran lemak turut terjejas.

Oleh itu, tidur yang cukup seharusnya menjadi prioriti dalam menurunkan berat badan. Kurangkan ativiti lewat malam seperti melayari internet dan menonton drama, terutama kepada yang suka membuat drama marathon. Sebaik-baiknya lampu bilik tidur dipadam untuk mendapatkan tidur yang berkualiti.


3. KERAP MENGAMBIL MINUMAN MANIS 

Minuman manis dan berkarbonat adalah minuman yang sering diambil selepas melakukan aktiviti lasak seperti senaman dan bersukan.

Minuman yang mengandungi gula yang tinggi biasanya diambil untuk membekalkan tenaga dengan segera. Hal ini baik bagi individu yang sedang bertanding.

Namun, pengambilan minuman berkarbonat dan tinggi kandungan gula turut dilakukan oleh kebanyakan individu yang ingin mengurangkan berat badan. Kandungan gula dalam minuman turut menyumbang kepada pengambilan kalori. 

Kalori yang tersorok dalam minuman manis mungkin menyebabkan anda mengambil kalori secara berlebihan tanpa menyedarinya.

Sekiranya anda sukar menurunkan berat badan selepas melakukan usaha yang besar, kandungan gula dalam minuman mungkin menjadi punca utama.

Cara yang terbaik untuk mengawal pengambilan gula adalah dengan mengantikan air minum dengan air putih. Elakkan membeli minuman dari luar dan membawa botol air sendiri kemana sahaja. 

4. MASALAH TIROID (HIPOTIROIDISME) 

Kelenjar tiroid berfungsi untuk merembes hormon yang penting untuk mengawal kadar metabolisme badan.

Kelenjar tiroid diransang oleh hormon peransang tiroid/thyroid-stimulating hormone (TSH). Kekurangan hormon TSH akan menyebabkan kelenjar tiroid tidak dapat merembes hormon yang cukup untuk mengekalkan kadar metabolisme badan secara optimum. Penyakit ini diistilahkan sebagai hipotiroidsme. Salah satu faktor yang menyebabkan penyakit ini adalah kekurangan iodin dalam badan.

Individu yang mempunyai penyakit hipotiroidsme mengalami kesukaran menurunkan berat badan kerana kadar metabolisme badan adalah rendah.

Adalah penting untuk kita mengetahui tahap kesihatan bukan sahaja dalam mengawal berat badan tetapi untuk memastikan tubuh dalam keadaan sihat secara menyeluruh.

Oleh itu, nasihat daripada doctor perlu dalam menangani masalah berat badan yang disebabkan penyakit hipotiroisme.

5. KURANG PENGAMBILAN AIR 

Pengambilan air adalah cara terbaik untuk mengurangkan rasa lapar sekaligus mengurangkan selera yang berlebihan. Badan manusia kerap kali tersilap menafsir rasa haus dan lapar.

Minum segelas air sebelum makan, semasa mengalami selera berlebihan dan semasa lapas adalah langkah bijak untuk membantu badan anda mengenal pasti sama ada anda haus atau lapar.

Pengambil air yang cukup turut memastikan organ badan berfungsi pada kadar yang optimum untuk membakar lemak. Sekiranya ginjal tidak berfungsi dengan baik, badan akan cenderung menyimpan lemak.

Untuk mengetahui kadar keperluan air individu, anda boleh merujuk jadual di sini


1 Ulasan

Catat Ulasan

Post a Comment

Terbaru Lebih lama