Lagu Terbaru Bunga Citra Lestari yang Dibuat Untuk Arwah Suaminya Membuat Ramai Menangis!

Sumber: Instagram

Salam semua pembaca!

Secara jujur, saya mengalirkan air mata saat mendengar lagu terbaru Bunga citra Lestari (BCL) kerana kisah dan kekuatan yang ditunjukkan Bunga Citra Lestari dalam menangani kepergian arwah suami tercinta 5 bulan yang lalu merupakan suatu inspirasi kepada ramai orang. 


Sumber: Youtube It's me BLC

Sumber: Youtube It's me BLC


Terbaru, pada 17 Julai lalu, BCL telah mengeluarkan single terbarunya di youtube yang didedikasikan buat arwah suami tercinta beliau berjudul 12 Tahun Terindah. Lagu ini merupakan luahan hati beliau yang beliau gubah dan coretkan dalam bentuk lagu dan merupakan lagu ciptaan pertama beliau sendiri. 

Krisis global, Covid-19 yang melanda dunia pada saat ini tidak melunturkan semangat BCL untuk berkarya. Lagu ini digubah dan dihasilkan daripada studio yang dibina dalam rumahnya sendiri. Beliau merupakan contoh terbaik bagi peribahasa dimana ada kemahuan, disitu ada jalan! 


Sumber: Youtube It's me BLC


Pemergian , Allahyarham Ashraf Sinclair pada Februari 2020 lalu telah mengundang kesedihan terhadap ramai orang terutama sekali BCL dan keluarga. BCL pernah menyatakan beliau trauma untuk tidur dibilik yang pernah digunakan bersama Arwah suami tercinta.

Sumber: Awani

Namun, melalui Playlist Dear Love di youtube channel beliau, BCL menyatakan bahawa bertekad meneruskan hidup dengan baik bersama keluarga kerana BCL percaya bahawa arwah suaminya mahukan mereka meneruskan hidup dengan gembira. BCL turut menyatakan bertapa beliau sangat mensyukuri kehadiran keluarga disamping beliau dan anak, Noah Aidan Sinclair.

Sumber: Youtube It's me BLC


Lagu ini mendapat sambutan baik di kalangan nitizen. Dalam masa 3 hari lagu ini telah mencapai 7.9 juta tontonan. 

Luahan hati BCL melalui lagu 12 Tahun Terindah menyentuh hati ramai jiwa. Nitizen menyatakan mereka mengalirkan air mata saat mendengar lagu 12 Tahun Terindah ini. Tidak kurang pula yang menunjukkan rasa simpati terhadap BCL ini.
Bukan itu sahaja, rakan-rakan artis yang lain turut mengalirkan air mata saat mendengar lagu ini.

Sumber: Twitter

Sumber: Twitter

Sumber: Twitter

Sumber: Twitter

Bukan itu sahaja, rakan-rakan artis yang lain turut mengalirkan air mata saat mendengar lagu ini.

Sumber: youtube

Sumber: youtube

Sumber: youtube

Sumber: youtube

Korang yang belum tengok dan dengar lagu 12 Tahun Terindah boleh dengar melalui 

Youtube Channel It's Me BCL : https://www.youtube.com/watch?v=C_HYasGNTmQ&list=PLoLJ4N3rbcNB0ZxYonqbGUxJJQiC6nmm7

Jangan lupa sediakan tisu untuk lap air mata korang. 


Post a Comment

0 Comments