Peningkatan Kes Covid-19 Kembali Kepada 2 Digit, Malaysia Bakal Berhadapan Semula Dengan Situasi PKP

Sumber foto : ( Klik Sini )

Kes Covid-19 di Malaysia kembali catat peningkatan kes kepada 2 digit, membawa kerisauan kepada negara setelah kes meningkat banyak dan lebih-lebih lagi membabitkan kes tempatan.

Setelah Malaysia dalam proses PKPP, lebih ramai masyarakat yang semakin leka dengan langkah-langkah penjarakan sosial dan kuarantin diri yang semakin tidak dipandang serius.

Berikutan perutusan khas Covid-19 Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin, beliau menggesa agar rakyat untuk memandang serius dengan isu ini. 

Beliau berkata bahawa terdapat pertambahan 13 kluster baru Covid-19 sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan ( PKPP ) sejak 10 Jun 2020.


Berikut sedikit petikan ucapan Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika perutusan khas berlansung pada 20 Julai 2020;

"Saya pasti anda semua tidak mahu kerajaan kembali melaksanakan 'Lock Down' sekali lagi sekiranya kes Covid-19 naik mendadak dan saya juga berharap kita tidak perlu sampai ke tahap itu." 

" Cukuplah 3 bulan kita semua berkurung di rumah untuk memutuskan rangkaian jangkitan Covid-19 , dengan ekonomi negara terjejas teruk, perniagaan mengalami kerugian dan ramai yang kehilangan pekerjaan." 


Jika rakyat masih tidak mahu ambil peduli dengan langkah SOP, tidak hairanlah akan berlaku lebih banyak pertambahan kluster baru, dan industri perniagaan berterusan mengalami kerugian mendadak.

Jika negara terpaksa melaksanakan PKP seperti dulu lagi, negara bakal berhadapan dengan krisis ekonomi yang jatuh dan menyukarkan negara untuk menjana sumber pendapatan.

"Sekiranya PKP terpaksa dikuatkuasakan semula, antara impaknya termasuklah unjuran pertumbuhan KDNK yang dijangka pada tahun 2021 mungkin tidak akan tercapai, perniagaan terpaksa ditutup semula dan kadar pengangguran di tahap 5.3 % bagi Mei 2020 boleh meningkat secara mendadak. Ini suatu keadaan yang mesti kita elakkan." 

kata beliau sewaktu berucap dalam perutusan khas 20 Julai lalu.

sumber foto: ( Klik sini )

Kementerian Kesihatan Malaysia telah mengingatkan rakyat Malaysia untuk selalu memakai Alat Pelitup Separuh Muka dengan kaedah yang betul. 

Kerajaan juga sedang menimbang untuk mewajibkan pemakaian pelitup muka di tempat-tempat awam. Perincian mengenainya akan diumumkan apabila peraturan yang berkaitan dimuktamadkan oleh kerajaan.  

Nasihat Kesihatan Berkaitan Covid-19:

Kementerian Kesihatan Malaysia juga ingin menasihatkan orang ramai agar tidak leka dan terus kekal waspada. Pastikan saranan dan nasihat-nasihat kesihatan diamalkan pada setiap masa. Berikut adalah nasihat yang sewajarnya dijadikan satu kebiasaan baharu dalam kehidupan harian seperti: 

  1. ELAKKAN 3S/3C: Iaitu elakkan kawasan yang sesak ( Crowded Places ), elakkan kawasan yang sempit ( Confined Space ), dan elak sembang atau bertutur dengan jarak yang dekat ( Close Conversation )

  2. AMALKAN 3W: Iaitu kerap mencuci tangan dengan air dan sabun ( Wash ), sangat digalakkan memakai alat pelitup separuh muka ( Penutup mulut dan hidung - facemask ) di tempat awam atau jika bergejala ( Wear ), dan ( Warn ) iaitu amaran dari KKM yang lebih berkonsep peringatan seperti:  
  • Elakkan bersalaman / bersentuhan
  • Amalkan etika batuk dan bersin
  • Dapatkan rawatan segera jika bergejala
  • Duduk di rumah dan elakkan kunjung-mengunjung
  • Lakukan aktiviti disinfeksi dan pembersihan di kawasan yang kerap disentuh


Selain itu, ingatlah kepada S.O.P, iaitu:
  • S: Syarat-syarat seperti yang ditetapkan di bawah Perintah Pergerakan Pergerakan Pemulihan (PKPP ).
  • O: Orang yang berisiko tinggi seperti kanak-kanak, bayi, warga emas, dan Orang Kurang Upaya ( OKU) perlu dilindungi.
  • P: Penjarakan sosial ( social disntancing ) diamalkan setiap masa iaitu sekurang-kurangnya 1 meter. 
Nasihat kesihatan ini adalah daripada Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr. Noor Hisham Adullah. (Ketua Pengarah Kesihatan )


Post a Comment

0 Comments