Isu Youtuber Masakan Terkenal Malaysia, Sugu Ditahan Pihak Polis Kerana Didakwa Pukul Isteri


Sumber foto daripada Mstar

Malaysia dikejutkan dengan berita tergempar apabila Sugu, suami kepada Pavithra telah dipercayai memukul isterinya hanya gara-gara lupa sebut nama ketika menerima anugerah Ikon Bandaraya Ipoh.



Pavihtra telah menerima anugerah tersebut pada 20 Julai 2020.

Pada 21 Julai 2020, Pavithra sedang melawat saudaranya yang sedang ditahan  di wad Hospital Raja Permaisuri Bainun Hospital.

Sugu datang ke hospital ketika dalam keadaan mabuk lalu terjadinya pergaduhan sehingga memukul. Sugu juga didakwa membawa sebilah sabit ketika insiden tersebut. Kejadian tersebut berlaku di parkir sebelum Pavithra melawat saudaranya dalam hospital.

Saksi kejadian; pengawal keselamatan juga menerima laporan daripada seorang jururawat terlihat seorang lelaki yang dipercaya itu suami Pavithra pegang sabit ketika hendak masuk di salah satu wad.

Suspek telah direman selama tiga hari untuk menyiasat kejadian ini  lebih lanjut.

Ketua Polis Daerah Ipoh, ACP. A Asmadi Abdul Aziz mengesahkan kejadian itu.

Kes tersebut masih dalam siasatan mengikut Seksyen 6 ( 1 ) Akta Bahan- Bahan Kakisan dan Senjata Berbahaya 1958.


Pasangan ini merupakan Youtuber masakan terkenal yang sedang sensasi dalam dunia Youtuber di Malaysia juga menerima respon yang positif daripada Perdana Menteri Malaysia mengenai pertuturan Sugu Pavithra yang sangat fasih dalam bahasa kebangsaan dan kehebatan dalam dunia masakan.


0 Ulasan

Catat Ulasan

Post a Comment (0)

Terbaru Lebih lama