Cara Daftar Pemohonan Baru eBantuan JKM 2021 Secara Online


Cara Daftar Pemohonan Baru eBantuan JKM 2021 Secara Online


1.Pemohon boleh layari laman web rasmi eBantuan JKM secara online menerusi pautan http://ebantuanjkm.jkm.gov.my/

2. Tekan DAFTAR PERMOHONAN ATAS TALIAN

PERHATIAN : Sila hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat mengikut Daerah mana yang dipohon dalam tempoh 14 hari dari permohonan dibuat di atas talian. Kegagalan berbuat demikian sistem akan membatalkan permohonan tersebut secara automatik.

3. Tekan DAFTAR PERMOHONAN

4. Pilih “Negeri” dan masukkan No Kad Pengenalan yang disahkan. Klik pada butang “Daftar”.


5. Tekan DAFTAR. 

6. Seterusnya, pada bahagian PERKIRAAN ASAS, isikan maklumat pendapatan dan maklumat keperluan bulanan. 


7. Dah isi semua klik KEPUTUSAN.

8. Seterusnya, tekan DAFTAR PERMOHONAN.


9. Isikan maklumat seperti gambar di bawah, maklumat alamat tetap, maklumat waris, maklumat perujuk (reference), dan pendapatan bulanan. 




10. Setelah isi semua maklumat diatas, masukkan KOD PENGESAHAN dan tanda petak kecil untuk PERAKUAN.

11. Dan tekan DAFTAR.


12. Setiap permohonan secara online ada No Rujukan yang telah ditetapkan. CETAK BORANG tersebut dan isi maklumat lain dalam borang sebelum di hantar ke Pejabat Kebajikan Masyarakat mengikut Daerah masing-masing. 



13. Sila sertakan beberapa dokumen sokongan yang disahkan semasa hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah.

Untuk Daerah Kota Kinabalu, Sabah, Borang Permohonan boleh dihantar di :

Pejabat Perkhidmatan Kebajikan Am, Bahagian Kota Kinabalu,
Tingkat Bawah (Lot G-03) &amp
Tingkat 8 (Lot 8-05 &amp 8-13)
Wisma MAA, Lorong Api-Api Centre,
88100, Kota Kinabalu Sabah.
088-254648


Cara Semak Pemohonan eBantuan JKM 2021 Online  

1.Semakan status permohonan boleh dibuat secara online menerusi laman website  http://ebantuanjkm.jkm.gov.my/spbk/login.jsp


2.Klik pada butang ”Semakan Status Permohonan Atas Talian”.

3.Masukkan No. Kad Pengenalan yang disahkan dan klik pada butang “Semak”


Sekiranya permohonan anda telah diisi tetapi borang permohonan beserta dokumen sokongan belum dihantar ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Dearah, maka STATUS PERMOHONAN anda ialah masih dalam tempoh MENUNGGU PENGHANTARAN DOKUMEN PEMOHON. 

Permohonan ini sah sehingga tarikh yang ditetapkan sahaja. Kegagalan menghantar borang dan dokumen yang diperlukan akan menyebabkan permohonan anda dibatalkan secara automatik.


SENARAI JENIS BANTUAN KEBAJIKAN MASYARAKAT 2021
  • Bantuan Kanak-Kanak (BKK);
  • Elaun Pekerja Cacat (EPC);
  • Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja (BTB);
  • Bantuan Penjagaan OKU Terlantar/ Pesakit Kronik Terlantar (BPT);
  • Bantuan Orang Tua (BOT);
  • Bantuan Am Persekutuan (BA);
  • Bantuan Geran Pelancaran (GP);
  • Bantuan Anak Pelihara (BAP);
  • Bantuan Latihan Perantis (BLP);
  • Tabung Bantuan Segera (TBS)
  • Bantuan Alat Tiruan/ Alat Sokongan (BAT)
Kredit : Portal JKM


0 تعليقات

إرسال تعليق

Post a Comment (0)

أحدث أقدم