Suntikan Semangat Dari Buku " Menjadi Individu Menarik" Dato Dr. Fadzilah Kamsah ( Boleh Jadi Pegangan Prinsip Seumur Hidup! )

 " SALAH SATU FAKTOR YANG MENJADIKAN SESEORANG MENARIK ADALAH APABILA SESEORANG MELAKUKAN PERKARA YANG LUAR BIASA. PERKARA LUAR BIASA YANG TIDAK DILAKUKAN OLEH ORANG RAMAI MENJADI TUMPUAN DAN CERITA ORANG."

Berikut merupakan suntikan semangat daripada petikan motivasi yang Dato Dr. Fadzilah Kamsah kongsikan dalam buku ini, yang tidak asing lagi dalam bidang motivasi. Suntikan motivasi beliau tidak pernah kering dengan suntikan segar untuk terus membimbing kemahiran pembentukan sahsiah diri.

Merujuk kepada beberapa petikan motivasi beliau, untuk menjadi menarik bukan hanya setakat perlu jadi 'popular' seperti selebriti di luar sana. Mulai dengan mengenali potensi diri sendiri juga mampu memberi pengaruh yang besar kepada masyarakat sekeliling.

Jika dilihat dari sudut perkembangan dunia dari semasa ke semasa, kita akan melihat ramai yang memiliki kejayaan dengan melakukan sesuatu yang memberi pengaruh kepada masyarakat sekitarnya. Cukup dengan memberi vibes yang positif; tanpa menjatuhkan atau membanding-bandingkan kelemahan sessama. Cukup dengan memberi galakan saranan dan dukungan untuk terus meraih masyarakat kecil menjadi antara insan yang membawa pengaruh yang besar kepada sasarannya.

Oleh itu, apakah PENGARUH BESAR yang perlu kita sematkan dalam potensi kita masing-masing?


1. Potensi Diri

Adalah lebih baik menjadi diri sendiri tanpa perlu mengikut pengaruh daripada idola anda. Idola anda adalah kekuatan anda, namun tidak juga semestinya kita perlu menjadi seperti idola hingga kita tidak percaya dengan kebolehan diri sendiri. Be yourself, worth yourself...


2. Pendidikan Jadi Modal

Persepsi masyarakat yang menganggap bahawa belia yang mempunyai pengaruh kuat adalah lebih layak kepada yang mempunyai perjalanan pendidikan yang lebih jauh. 

Secara peribadi, terpulang kerana belum tentu yang mempunyai pendidikan tinggi sebagai tiket untuk mendapat kelayakan. Terkadang yang membawa pengaruh besar juga datang daripada latar belakang orang biasa. Pengalaman sebenarnya menjadi tiket kepada pemantapan skill kepimpinan/pendedahan pendidikan secara lansung ( turun padang sendiri melakukan sesuatu yang membawa pengaruh besar pada masyarakat umum ). 

Bonus bagi yang memiliki pendidikan tinggi, tiket bagi yang lebih berpengalaman. Sama rata dan saling melengkapi. Jadi, kita saling menghargai kebijaksanaan.


3.  Petah Menyusun Kata-Kata

"Berkomunikasi lebih susah daripada bercakap"

Menyusun kata sebelum berbicara memerlukan ketelusan dan kesantunan kita dalam berbahasa. Ia juga sebahagian pengaruh besar yang membawa erti yang besar dalam jati diri seseorang. 

Bahasa santun adalah lebih meriah dihargai berbanding yang cuma tahu melepaskan kata-kata yang kurang menyenangkan terutamanya kepada golongan sasaran tertentu. Elok berbahasa adalah pakej mahal yang perlu dididik dalam diri kita masing-masing. Kesannya, orang akan lebih selesa mendengar dia bercakap dan berkomunikasi. 

Orang tertarik hati dengan hiburan kecilnya, isi nasihatnya, dan sekaligus itulah personaliti yang melekat di jiwa masyarakat yang mengenali insan seperti ini. Daya penarik seperti ini merupakan satu bentuk pengaruh  besar yang harus kita contohi!


4. Karisma & Menjadi Menarik.

" Sedangkan karisma adalah kuantiti yang tertanam dalam diri seseorang, bukan hanya disebabkan pelantikan ataupun status seseorang."


Setiap manusia mempunyai karisma dirinya masing-masing. Hargai hal yang terbaik ada pada diri anda. Lalu, bagaimana kita ingin memahami karisma kita masing-masing? Sini saya selitkan sedikit petikan dari buku;


" Apabila kita melihat dia dengan penuh rasa kasih sayang, kata-katanya selalu jadi ingatan. Kehadirannya menceriakan keadaan dan menghiburkan. Rasa sunyi tidak terisi tatkala dia tiada. Sehingga dia jadi panduan dan rujukan semasa dia hidup dan menjadi inspirasi."


Cukup dengan pernyataan ini sudah membuatkan kita faham dengan kehendak karisma yang sebenar perlu dipupuk untuk mengenal karisma diri kita.


5. Mengajar Emosi Kita

" Kebijaksanaan emosi bermakna keupayaan dan kemahiran seorang lelaki mengakses emosinya dan menghargai perasaan dan emosi orang lain di sekelilingnya terutama wanita."

Saya ingin memetik sedikit bentuk saranan dari dalam bacaan ini untuk memberi sedikit manfaat kepada anda. Ternyata saranan yang Dato Dr. Fadzilah sampaikan benar-benar mengetuk hati pembaca untuk lebih sedar tentang didikan emosi secara peribadi. Rupanya ini juga merupakan satu pengaruh besar yang banyak memimpin masyarakat luar belajar daripada seseorang yang memiliki sifat ini. 

Pakar komunikasi mendapati bahawa lelaki yang mempunyai kepandaian dan bijak daripada segi emosi disukai oleh wanita lebih daripada lelaki yang terlalu logikal dan rasional. Maka disebabkan laras emosi mereka dekat, hati kedua-dua mereka juga bertambah dekat. 

Lelaki yang berbahasa wanita, justeru itu kepandaian mereka beremosi lebih mudah mencairkan hati wanita. Individu yang berjaya mempunyai kebijaksanaan emosi yang tinggi. 

Justeru itu, kaum lelaki khususnya harus jadi lelaki yang menjadi tuan kepada emosinya sendiri; yang apabila marah tidak berkata dan melakukan apa-apa. Pokoknya, pandai mengendalikan dirinya semasa marah. Sekiranya kita marah, salurlah tenaga kita itu kepada perkara yang berhasil ( yang memberi kesan pengaruh positif ) 


6. Memahami Kuasa Bahasa Badan

Bab bahasa badan individu sangat menarik dan memerlukan penelitian yang mendalam. Keyakinan diri pada diri seseorang dapat dibangunkan dengan pendedahan dan sikap yang positif. Percaya dengan keyakinan diri, eloklah dengan tidak membandingkan diri kita dengan orang lain, tetap belajar merendah diri dalam percakapan walaupun kita yakin kita seorang yang boleh melakukan sesuatu.

Dan ada juga sifat di  mana seorang yang bergantung penuh keyakinannya dengan Tuhan, maka dia berpandu oleh rahmat Tuhan dan jauh daripada rasa bongkak dan sombong diri. 


7. Kunci Mengurus Diri

Konsepnya adalah dengan memahami diri dan kemudiannya berkemampuan mengendalikan diri sendiri selepas benar-benar faham siapa diri kita sebenarnya. Percayalah, jika seseorang itu memiliki hati yang bersih, maka dia menjadi pusat segala kebaikan. Orang yang hatinya bersih, secara naturalnya memiliki sifar kuasa magnet pengaruh yang luar biasa!

Dua kunci tersebut:

- Membiasakan diri membersihkan hati

- Berazam meningkatkan kemampuan diri dalam pelbagai bidang. 


Menjadi individu menarik dengan pengaruh yang luar biasa bermakna kesediaan menerima teguran oleh orang lain. Jangan cepat melenting dan responsif pada apa yang mereka katakan. Satu lagi, bergaullah dengan cara yang baik, melalui hati ke hati dengan ikhlas. Ia adalah suatu bentuk pengurusan hati yang baik mampu membentuk suatu prestasi pergaulan yang baik antara sesama.


8. Konsep Diri Individu Menarik

" Perkara utama adalah MEMBINA KONSEP DIRI KITA YANG POSITIF. Hanya dengan merubah konsep diri, maka kita boleh merubah diri kita MENJADI SEORANG YANG BERKEYAKINAN DAN MENARIK."  


Orang lain tidak akan lihat kita seorang yang menarik selagi kita sendiri tidak melihat diri kita menarik!


Konsep diri adalah apa yang kita fikir berkenaan diri kita sendiri. Bagi menjadi individu menarik, perlu didik prinsip hati kita ke arah;


- Kesedaran Diri 

( Jujur, bersikap terbuka, empati )


- Estim Diri 

( Mencintai diri sendiri, memberi rasa cinta dan rasa hormat kepada orang lain. )


- Kawalan Diri 

( Bertanggungjawab membuat pilihan dan menentukan hala tuju kehidupannya sendiri. Salah satu tanda seorang itu memiliki kawalan diri yang tinggi adalah semasa berhadapan dengan provokasi orang lain. ) 


- Motivasi Diri

( Motivasi adalah perkara dalaman yang memandu perilaku seorang. Mereka mahukan yang istimewa pada diri mereka walaupun mereka datang daripada keadaan yang teruk. Kemampuan supaya berubah itu adalah sesuatu yang menakjubkan! )


- Jangkaan Diri

( Individu menarik mencampakkan impian mereka jauh di hadapan dan kemudian mengejar mendapatkannya semula. Mereka tidak ragu-ragu dengan kebolehan diri sendiri kerana orang yang berjaya menjadi individu menarik tidak pernah ragu dengan kemampuan  mereka dalam semua hal. Perkara yang menakjubkan berkaitan jangkaan diri seseorang adalah apa yang mereka fikirkan berkenaan diri mereka adalah sesuatu yang benar-benar berlaku dalam jangka masa yang panjang. )


- Imej Diri

( Cara kita melihat rupa wajah diri kita dapat memandu cara orang lain melihat diri kita. Apa yang kita rasakan pada diri kita, maka itulah kita yang sebenarnya. )


- Tujuan Diri

( Dengan pengharapan, maka wujudlah impian dan dengan impian, wujudlah sasaran dan mereka mula membina pelan bagi mencapainya. )


- Disiplin Diri

( Disiplin diri adalah keupayaan melakukan sesuatu tanpa perasaan terpaksa dan secara natural. Tegas dalam memilih perkara yang baik dan perkara yang lebih baik. )


- Dimensi Diri

( Fungsi diri secara menyeluruh )


- Penampilan Diri

( Penampilan diri adalah manifestasi kepada komponen dalaman mereka. Penampilan diri terbina daripada keupayaan memberikan gelombang menarik apabila mereka bertemu dengan orang lain. Percaya bahawa kita mempunyai tarikan tersendiri dan membawa ia kepada kejayaan! )


Berikut adalah sedikit perkongsian yang boleh kita manfaatkan bersama. Semoga ia terus berguna untuk membentuk kuasa pengaruh diri personaliti kita!

Terima kasih kerana membaca!

Admin kongsikan buku ini supaya anda juga boleh membaca tips selanjutnya dalam buku ini. Apa yang dikongsikan di sini hanyalah sebahagian sahaja dan ada banyak lagi tips yang membantu pembentukan tarikan personaliti kita.


Untuk mendapatkan buku ini, 
anda boleh langgan melalui pautan ini : 

0 تعليقات

إرسال تعليق

Post a Comment (0)

أحدث أقدم