Jawatan Kosong Pembantu Penguat Kuasa Gred KP19

Jawatan Kosong Pembantu Penguat Kuasa Gred KP19

Jawatan Pembantu Penguat Kuasa Gred KP19

  • Klasifikasi Perkhidmatan: Keselamatan dan Pertahanan Awam
  • Kumpulan Perkhidmatan: Pelaksana
  • Kementerian/Jabatan: Pelbagai Kementerian/ Jabatan

JADUAL GAJI
  • Gaji Minimum : RM1,360.00
  • Gaji Maksimum : RM4,052.00
  • Kadar Kenaikan Gaji Tahunan : RM100.00



SYARAT LANTIKAN
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
  • Warganegara Malaysia

  • Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.

  • Memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
    (Gaji permulaan pada Gred KP19 : RM1,360.00)

  • Bekas anggota polis atau tentera yang sekurang-kurangnya berpangkat Konstabel atau Prebet atau yang setaraf dengannya dan telah disahkan dalam jawatan tersebut serta mempunyai rekod perkhidmatan yang baik dan berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu dengan memuaskan.
    (Gaji permulaan pada Gred KP19 : RM1,360.00)

  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    (Gaji permulaan pada Gred KP19 : RM1,416.40)

  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    (Gaji permulaan pada Gred KP19 : RM1,472.80)
Bidang SKM Tahap 3

i)Operasi Kenderaan Perkhidmatan Awam (Bas)
ii)Operasi Kenderaan Perkhidmatan Awam (Teksi)
iii)Operasi Kenderaan Penganutan Barangan
iv)Penyeliaan Operasi Pengangkutan Darat



SYARAT LANTIKAN BAGI BEKAS ANGGOTA POLIS ATAU TENTERA

Calon yang merupakan bekas anggota polis atau tentera yang sekurang-kurangnya berpangkat Konstabel atau Prebet atau yang setaraf dengannya hendaklah memenuhi syarat-syarat lantikan yang ditetapkan.

Calon yang berminat dan memenuhi syarat ditetapkan boleh mengemukakan atau mengemaskini permohonan secara dalam talian di Portal rasmi SPA9. Tarikh tutup permohonan bagi jawatan ini adalah pada 04 Julai 2021 (Ahad) Jam 11:59 Malam.

0 Ulasan

Catat Ulasan

Post a Comment (0)

Terbaru Lebih lama