4 RESEPI MINUM PETANG AIR FRYER

Cinnamon rolls

1. Cinnamon rolls

Bahan-bahan:
  • 4 kpg paratha
  • 3 sudu butter
  • 2 sudu nestum
  • 2 sudu susu tepung
  • 1 sudu cinnamon powder
  • 1/2 cwn gula perang

Cara-cara membuatnya:

1. Mula-mula kita gaul sebati butter, nestum, susu tepung, gula perang dan serbuk cinnamon.

2. Kemudian susun 2 keping paratha. Pastikan bertindan sikit kat tengah-tengah tu supaya kita boleh gulung jadi bentuk silinder dan dapat potong dengan mudah.

3. Seterusnya sapu campuran cinnamon tadi pada bahagian atas paratha nipis-nipis.

4. Gulung perlahan-lahan dengan kemas.

5. Bahagikan kepada 8 bahagian. Kemudian potong 8 bahagian gulungan tadi.

6. Susun potongan cinnamon rolls pada loyang yang telah digris dengan butter.

7. Sedia untuk dibakar. Panaskan AF 200/5min.


Crispy Churros

2. Crispy Churros

Bahan-bahan:
  • 2 cawan susu segar*
  • 2 sb mentega*
  • 2 sb gula*
  • 1 sudu teh garam*
  • 2 sudu teh esen vanila
  • 2 cawan tepung gandum
  • 2 biji telur


Cara-cara membuatnya :

1. Campurkan bahan bertanda (*) dalam kuali dan panaskan sehingga mentega larut dan sebati.

2. Matikan api dapur dan masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit sambil kacau sehingga sebati.

3. Balik-balikkan tepung sehingga menjadi doh.

4. Masukkan 2 biji telur dalam adunan yang masih panas tadi. Kacau hingga adunan sebati menggunakan senduk whisk.

5. Biarkan doh sejuk sedikit sehingga boleh pegang. Boleh sambung uli dengan tangan sampai doh betul-betul sebati dan tak berketul.

6. Masukkan doh dalam piping beg dan guna nozzle berbentuk bintang @ boleh guna acuan samperit.

7. Terap atas dulang yang ditabur tepung gandum sedikit atau tray Air Fryer.

8. Bakar pada suhu 180 selama 15 minit.

9. Dah masak boleh tabur gula icing/ serbuk kulit kayu manis/ coklat atau apa sahaja.


Chocolate Lava Cake

3. Chocolate Lava Cake

Bahan adunan coklat mentega
  • 100 gram dark coklat jenis compound coin
  • 5 sudu besar mentega

Cara membuat adunan coklat mentega
  • Double boil dark coklat dan mentega. Boleh juga guna microwave lagi senang.

Bahan-bahan lain:
  • 2 biji telur ayam
  • 1 biji telur kuning sahaja
  • 3 sudu besar gula
  • 2 sudu kecil esen vanila
  • 3 sudu besar tepung gandum
  • 2 sudu besar serbuk koko

Cara-cara membuatnya :

1. Whiskkan telur ayam dan gula sampai gula hancur.

2. Masukkan ADUNAN COKLAT MENTEGA dalam telur.

3. Masukkan esen vanila, tepung, serbuk koko dan kacau sebati.

4. Sapu minyak atau mentega kat tepi bekas. Masukkan adunan dalam bekas.

5. Boleh guna bekas mufin atau cupcake. Guna bekas aluminium foil pun boleh. Guna bekas Ramekin lagi bagus.

B. Boleh masak guna air fryer. Suhu 180 degree untuk 5 minit sahaja.

Tart Telur Portuguese

4. Tart Telur Portuguese

Bahan-bahan:
  • 2 biji telur size A
  • 1 cawan susu low fat
  • 1/2 cawan air
  • 1/3 cawan gula castor
  • 1 penutup esen vanilla
  • 2 sudu besar tepung jagung
  • Puff pastry (Kawan)

Cara-cara membuatnya : 

1. Pukul bahan 1-5 sampai sebati macam pukul telur dadar. Bila dah rata tambahkan tepung jagung. 

2. Ratakan sampai tak nampak tepung.

3. Puff pastry tekankan pada acuan, ikut suka. Lepas tu isikan adunan tadi. 

4. Masuk AF : suhu 180 celcius, 10minit.


Kredit Resepi : Facebook Raja Ain



0 Ulasan

Catat Ulasan

Post a Comment (0)

Terbaru Lebih lama