JAWATAN KOSONG PEGAWAI SISTEM MAKLUMAT (MyIPO) (KONTRAK)

Seiring dengan kemajuan MyIPO yang dinamik, kami mempelawa warganegara Malaysia yang memenuhi kelayakan dengan penghasilan kerja berprestasi tinggi bagi mengisi kekosongan jawatan di Ibu Pejabat MyIPO Kuala Lumpur.

JAWATAN KOSONG PEGAWAI SISTEM MAKLUMAT (MyIPO) (KONTRAK)

  • Klasifikasi : Perkhidmatan Harta Intelek
  • Kumpulan Perkhidmatan : Eksekutif
  • Gred : IP8
  • Skala Gaji : RM2,688.00 – RM9,630.00
JAWATAN KOSONG PEGAWAI SISTEM MAKLUMAT (MyIPO) (KONTRAK)

PERANAN & TANGUNGJAWAB / DESKRIPSI TUGAS :

• Bertugas di Bahagian Pengurusan Maklumat;

• Melaksanakan kajian kesesuaian sistem maklumat sedia ada dan seterusnya menganalisa, mereka bentuk, membangun, melaksana dan menyelenggara sistem aplikasi di MyIPO;

• Melaksanakan proses pembangunan sistem aplikasi merangkumi fasa permulaan, analisis, rekabentuk, pembangunan, pengujian penerimaan dan pelaksanaan sistem selaras dengan Buku Panduan Kejuruteraan Sistem Aplikasi Sektor Awam (KRISA) MAMPU;

• Mentadbir, menyelenggara pangkalan data dan memastikan keselamatan, kebolehcapaian serta integriti data terjamin;

• Mengenal pasti, menguji dan menilai kesesuaian perisian/ tools yang terdapat di pasaran untuk kegunaan di dalam pembangunan sistem;

• Menyediakan spesifikasi program untuk tindakan pengaturcara komputer dan memastikan teknik, piawaian pengaturcaraan dan tatacara keselamatan dipatuhi;

• Menyesuaikan program yang sedia ada untuk memenuhi keperluan pengguna;

• Menyelaras sebarang bentuk penyediaan dokumentasi di setiap peringkat pembangunan sistem dari aspek panduan penggunaan dan dokumentasi teknikal;

• Mengenalpasti dan melaksanakan perubahan kepada aplikasi yang dibangunkan mengikut kesesuaian sistem berdasarkan spesifikasi keperluan pengguna;

• Mengurus dan merancang pelaksanaan back-up dan recovery bagi sistem dan pangkalan data;

• Menganalisa dan mengenalpasti tindakan penyelesaian terhadap masalah yang berkaitan dengan operasi server dan sistem yang berkaitan;

• Memberi khidmat sokongan teknikal dan latihan dalam penggunaan peralatan dan aplikasi ICT kepada pengguna;

• Bertanggungjawab dalam membangunkan website, sistem aplikasi dan pengaturcaraan menggunakan ASP.NET/ C#/ Visual Basic/ ColdFusion/ PHP/ jQuery/ Ajax/ HTML/ Javascript/;

• Berpengetahuan dalam pengaturcaraan berorientasikan objek;

• Berpengetahuan dalam pengurusan pangkalan data seperti Oracle, MySQL dan yang seumpama; dan

• Tugas-tugas lain yang diarahkan dari semasa ke semasa.

SYARAT KELAYAKAN : 

Ijazah Sarjana Muda Kepujian dalam bidang sains komputer yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; dan

Kepujian Bahasa Malaysia/ Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.


SYARAT-SYARAT ASAS

Kami mempelawa calon-calon yang mempunyai kebolehan seperti berikut:-

Berkebolehan bertutur dan menulis dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris dengan baik. Kebolehan menguasai bahasa lain adalah diberi keutamaan;

• Berkebolehan mengendalikan komputer di dalam word processing, spreadsheet dan powerpoint;

• Mempunyai sikap positif, kreatif, inovatif dan berkeyakinan tinggi;

Boleh bekerja sebagai satu pasukan serta boleh melakukan kerja-kerja di bawah penyeliaan yang minimum;

• Berkemampuan melakukan pelbagai tugas dalam masa yang ditetapkan dan boleh bekerja di bawah tekanan;

Kepujian Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;

• Warganegara Malaysia; Berumur 18 tahun dan ke atas pada tarikh tutup iklan; dan

• Kemahiran berkomunikasi di semua peringkat.


Permohonan hendaklah menggunakan BORANG PERMOHONAN JAWATAN KOSONG MyIPO yang boleh diperolehi dengan memuat turun di laman web kami bersama-sama sesalinan sijil-sijil dan gambar berukuran pasport terkini.

Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar dalam sampul surat dan ditulis nama jawatan yang dimohon di sebelah kiri atas sampul surat dan menyerahkan borang tersebut selewat-lewatnya pada 2 April 2021 kepada:

PERBADANAN HARTA INTELEK MALAYSIA
UNIT B-18-1, MENARA UOA BANGSAR
NO. 5 JALAN BANGSAR UTAMA 1
59000 KUALA LUMPUR
(u.p.: Bahagian Sumber Manusia)

Hanya calon-calon yang disenarai pendek sahaja akan dihubungi untuk ditemuduga.

PENTING: Pemohon hendaklah menyertakan Surat Akuan Pengiktirafan Diploma/ Ijazah daripada Kementerian Pengajian Tinggi dan semakan pengiktirafan boleh dibuat di alamat web berikut: (http://www2.mqa.gov.my/esisraf/kelayakan.cfm) atau (https://www2.mqa.gov.my/mqr/).

Post a Comment

0 Comments