Jawatan Kosong Pembantu Tadbir (PERKERANIAN/OPERASI) GRED N19

 

Pembantu Tadbir (PERKERANIAN/OPERASI) GRED N19

Jabatan Perkhidmatan Awam (Sabah)

  • Jawatan: Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N19
  • [ Tarikh Tutup: 29 Mac 2021 (Isnin) ]
  • Iklan Peluang Kerjaya Dalam Perkhidmatan Awam
  • Klasifikasi Perkhidmatan: Pentadbiran dan Sokongan
  • Kumpulan Perkhidmatan: Pelaksana
  • Kementerian/Jabatan: Pelbagai Kementerian/Jabatan

JADUAL GAJI

  • Gaji Minimum : RM1,352.00
  • Gaji Maksimum : RM4,003.00
  • Kadar Kenaikan Gaji Tahunan : RM100.00


SYARAT LANTIKAN :

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

(a) Warganegara Malaysia

(b) Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan

(c) Memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan

(d) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan 
(Gaji permulaan pada Gred N19 : RM1,352.00)

(e) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya
(Gaji permulaan pada Gred N19 : RM1,408.40) 

(f) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan pada Gred N19 : RM1,464.80)




DESKRIPSI TUGAS
Bertanggungjawab melaksanakan tugas-tugas perkeranian dan operasi di peringkat Kumpulan Pelaksana yang merangkumi aspek perkeranian dan operasi (termasuk, tetapi tidak terhad kepada, tugas-tugas pentadbiran am, pengurusan personel, perkhidmatan kaunter dan pemprosesan, pengumpulan data dan maklumat, pengendalian peralatan perhubungan/komunikasi).

Jawatan Kosong Pembantu Tadbir (PERKERANIAN/OPERASI) GRED N19

0 Ulasan

Catat Ulasan

Post a Comment (0)

Terbaru Lebih lama