Header Ads

Resepi Jelly Buah-Buahan Sedap Untuk Minum Petang

Resepi Jelly Buah-Buahan Sedap & Mudah

Bahan-bahan : 
  • 1Bungkus JELLY KRISTAL
  • 400ml Air @ 2 cawan
  • 1sdm gula
  • 2 tin susu cair
  • 1 tin buah
  • Susu pekat secukup rasa
  • Sirap Ros

Cara-Cara Penyediaan :

1. Resepi jelly buah-buahan ni kalau korang guna NUTRI GEL nie lagi sedap tau. Nak buat senang je. Just refer cara-cara masak jelly yang ada kat belakang kotak. 

2. Air 400ml @ 2 cup Air. Masukkan serbuk jelly tadi. Korang jangan buka api gas lagi ya. 

3. Masukkan fruit asid untuk rasa masam. (Ikut saja arahan kat kotak tu). Tapi kalau korang guna brand NUTRI GEL kena tunggu mendidih baru masukkan fruit asid ini. 

4. Masukkan gula untuk rasa manis. Kalau tak suka manis skip saja langkah ini ya hehe. 


6. Kacau sehingga sebati baru hidupkan api sederhana. Kacau sehingga mendidih. Matikan api.

7. Kacau sekali lagi sampai buih tu hilang ya. Tunagkan ke dalam loyang. Sejukkan mengikut suhu bilik. Biar ja macam tu. 


10. Apabila sudah keras, potong-potongkan Jelly tadi bentuk dadu. Bentuklah ikut suka ya. 

11. Masukkan susu cair / susu segar ke dalam bekas berisi jelly. Kacau perlanan. 

12. Masukkan buah yang disukai. Buah laici, nenas dan apa-apa jenis buah. Tuang kesemuanya ke dalam bekas jelly. 


13. Masukkan susu pekat 1 sudu atau secukup rasa. Kalau tak nak letak pun tak apa sebab air buah tu pun dah cukup manis. Kacau sebati dan siap untuk dihidang. Nak sejukkan dulu pun boleh. 


Siap untuk dihidang untuk minum petang. 


Kredit resepi : Lela Lala 


1 comment:

Powered by Blogger.