Contoh Copywriting Paling Cun Untuk Orang Bisnes

Copywriting adalah perkara penting dalam pemasaran terutamanya dalam pemasaran online. Memandangkan penjual tidak mendekati pembeli secara berhadapan untuk mempromosikan produk atau servisnya apabila berurusan atas talian, maka copywriting digunakan sebagai elemen untuk ‘mendekati’ pembeli.

Copywriting adalah satu bentuk penulisan mempromosikan sesuatu bertujuan untuk menarik perhatian dan memujuk seseorang untuk mengambil sesuatu tindakan, contohnya membuat pembelian. Ia boleh digunapakai dalam sales letter (surat jualan) dalam email marketing, diletakkan dalam landing page (sales page), ditulis dalam post Facebook (Facebook ads) dan lain-lain.

Contoh Copywriting Paling Cun Untuk Orang Bisnes

Di sini admin sedaya upaya untuk membina ayat promosi iklan yang sesuai digunakan oleh semua cabang bisnes. Oleh kerana admin adalah seorang ahli blogger sepenuh masa yang bekerja sebagai freelance writer jadi copywriting ini lebih kepada ayat untuk orang minat berbisnes.

Contoh 1

Jika nak berbisnes anda harus lah ada ciri-ciri berikut:
  • Pantas ambil tindakan
  • Jangan beri alasan
  • Tidak berputus asa
  • Bersikap terbuka
  • Rajin berusaha
  • Ingin memajukan diri
  • Sukakan cabaran
  • Kuat semangat
Jika tidak anda belum layak bergelar usahawan. Sila pm segera kerana kami menyediakan platform
yang terbaik di Malaysia setakat ni.

Contoh 2

Harga barang dah banyak naik. 
Minyak, gula, susu, tepung, garam.

Cuba bandingkan 10 tahun lalu, duit RM50 berapa banyak barang keperluan yang boleh kita beli? Kalau belanja pagi petang tu masih ada lagi baki kan.

Zaman sekarang, cuba lah pergi kedai atau pasaraya dengan bawak duit yang sama. Agak-agak ada baki tak? Rasanya siap kena tambah lagi kan. Jadi bagaimana dengan gaji bulanan anda?

RM1000 dulu dengan RM1500 sekarang ada beza tak? Betul tu..mana cukup bang, hidup kat bandar serba serbi nak guna duit. 10 tahun kerja ada simpanan tak? Kalau ada kecemasan nak guna duit..

Anda ada beli insuran tak. Pening kan nak fikir semua tu.
Jangan risau, PM saya sekarang, saya tunjuk kan cara berbisnes yang tak payah nak pening kepala.. tidur lena tiap malam. 

Contoh 3

Perbezaan budaya bisnes orang kita dengan orang cina adalah :
  • mereka pilih bisnes yang susah untuk pesaing untung lebih
  • bisnes mereka pasti laku dan wajib orang beli
  • kadang untung kecik je,tapi sekali orang beli berlori-lori
  • kalau buat, mesti all out dan tidak separuh jalan
  • latihan bisnes mereka dapat dari sejak kecil lagi
  • kita lihat anak mereka tidur, makan, study kat kedai tu je
  • mereka di ajar berjimat dan hargai setiap sen yang mereka dapat
Maka tak hairan lah mereka berjaya membina empayar perniagaan yang besar dalam sekelip mata.
Mereka tak belajar tinggi pun boleh warisi perniagaan dari kedua ibu bapa. Cuma perlu perbaiki apa yang kurang dan memajukan lagi bisnes tersebut.

Tapi konsep masih lagi sama, tidak berubah sampai ke zaman berzaman. Nak bisnes cara orang cina?
Pasti untung dan boleh kaya raya maa~

Contoh 4

Masalah...............?
Kami boleh selesaikan dengan produk.............! amat berkesan untuk hapuskan...................dalam masa
beberapa...................saja!

Cepat,tempah segera hari ini dan nikmati harga diskaun yang lebih menguntungkan. Harga biasa RM....... untuk tempoh yang terhad anda cuma perlu bayar RM....... sahaja untuk dapatkan produk.............. kami.

Sila buat tempahan anda disini...............atau hubungi agen kami yang berhampiran anda.

Contoh 5

Mahu kah anda kalau saya bagi tawaran Percuma? 
Dengan pembelian produk dari syarikat kami anda layak untuk mendapatkan satu lagi produk secara
percuma!

Ya,betul anda tidak perlu bayar 1 sen pun untuk produk kedua tersebut. 
Tiada had pembelian dan tiada syarat yang menyusahkan.

Tawaran beli 1 Percuma 1 sah sehingga 12 tengah malam tahun baru 20XX.
Ini adalah sebagai menghargai kesetian anda selama ini yang telah menyokong kami dengan tidak berbelah bahagi.

Jom kita rebut tawaran berganda ini!



Post a Comment

0 Comments