Header Ads

Nasi Goreng Sardin Yang Simple & Sedap Pilihan Keluarga



Bahan-bahan:
  • 1 biji bawang besar (dihiris)
  • 1 biji cili merah (dihiris)
  • 3 ulas bawang putih (dihiris)
  • 1 biji lobak merah (dihiris)
  • 1 sudu besar cili boh
  • 2 biji telur (dipukul)
  • 1 tin sardin (asingkan ikan dari sos tomato)
  • 1 cawan sawi
  • Garam secukup rasa
  • Lada hitam secukup rasa

Cara-cara memasaknya :

1. Dalam kuali yang telah dipanaskan, tumis 1 biji bawang, 1 biji cili merah, 3 ulas bawang putih sehingga wangi.

2. Masukkan 1 biji lobak merah dan gorengkan seketika.

3. Masukkan 1 sudu besar cili boh dan gorengkan seketika.

4. Tolak isi ke tepi kuali dan masukkan 2 biji telur. Hancurkan telur.

5. Masukkan sos tomato sardin. Gaul sehingga sebati.

6. Masukkan 1 cawan sawi dan masak sehingga daun layu.

7. Masukkan ikan sardin dan gaul.

8. Masukkan nasi sejuk dan gaul sehingga rata.

9. Masukkan garam dan lada hitam secukupnya dan gaul sehingga rata. Nasi goreng sardin sudahpun siap untuk dihidang!

Kredit : Seismik Makan

3 comments:

Powered by Blogger.