Resepi Puding Blueberry Cincau Enak dimakan Sejuk

Resepi Puding Blueberry Cincau Enak dimakan Sejuk

Photo : Nurhayati Abd Malek

Resepi Puding Blueberry Cincau Enak dimakan Sejuk

Bukan je cantik malah sedap tau. Saya kepilkan sekali langkah demi langkah membuatnya. Jom sediakan.

Bahan-bahan

  • 20gm agar-agar tali
  • 5 1/2 cawan air 
  • 1 cawan gula
  • 1 tin susu cair
  • 2 helai daun pandan – simpulkan
  • Cincau (dipotong dadu kecil) 
  • Secubit garam
  • Pewarna blueberry emulco/ blueberry oil base


Cara-cara membuatnya

1. Masak air bersama agar-agar hingga larut.

2. Masukkan gula dan daun pandan. Masak hingga gula larut. Perlahankan api.

3. Ambil cecair agar- agar dalam 1 1/2 cawan dan tuang dalam bekas lain.

4. Kemudian perisakan dengan Blueberry emulco, gaulkan rata dan sejukkan. Saya masukkan ke dalam peti sejuk sekejap.

5. Setelah keras bolehlah dikeluarkan dan dipotong dadu kesemuanya.

6. Kemudian masukkan ke dalam loyang.

7. Susun cincau dan agar-agar blueberry yang dipotong tadi dalam loyang bersaiz 8×8. Saya tiada cincau, jadi saya hanya masukkan potongan agar-agar saja. Kemudian ketepikan.

8. Besarkan semula api dan masak kembali lebihan agar-agar tadi.

9. Tuang susu cair dan masukkan garam. Kacau dan kacau hingga sebati.

10. Ambil cecair agar-agar bersusu tadi dalam 3 cawan. Tuang perlahan-lahan dalam loyang berisi agar-agar blueberry. Biarkan hingga sederhana beku.

11. Warnakan lebihan cecair agar-agar di dalam periuk tadi dengan Blueberry emulco.

12. Setelah sederhana beku bolehlah tuangkan perlahan-lahan bancuhan ungu di atas agar-agar susu. Bekukan didalam peti sejuk.

13. Setelah keseluruhan agar-agar keras, terbalikkan perlahan-lahan diatas bekas atau alas rata dan potong mengikut citarasa anda.

14. Boleh lah dipotong agar-agarnya menggunakan pisau panjang.

Resipi asal: Zura Zul


Klik Join & Subscribe Channel Telegram di bawah untuk ilmu dan info bermanfaat

Info Ibu Hamil & Bayi | Resepi Viral | Motivasi | Malaysia Blogger Influencer & Content Writer