Cara Memujuk Pasangan Yang Tengah Marah

Setiap pasangan yang sudah berkahwin mesti pernah mengalami situasi ini. Pergaduhan terjadi mungkin disebabkan oleh salah faham antara pasangan, terlepas cakap sebab terlampau marah, ungkit-mengungkit kisah dulu-dulu. 

Paling parah bergaduh lepas tu masing-masing tidak mahu mengalah. Masing-masing pertahankan ego sendiri.

Masa bergaduh tu semua benda kita cakap sampai tak ingat dunia. Lepas tu apabila marah dah reda barulah ada perasaan menyesal. Mungkin ada juga pasangan yang tidak ambil kisah pun. Dalam perhubungan, bergaduh itu merupakan perkara biasa. Lidahkan tergigit apatah lagi pasangan yang serasi bersama.

Apabila bergaduh, siapa yang merendahkan ego untuk memujuk pasangan? Wanita atau lelaki? Apapun ada baiknya jika salah seorang mengalah untuk meredakan hubungan. Itupun kalau nak hubungan berkekalan.

Jadi kalau pasangan anda tengah merajuk atau marah macam mana mahu pujuk? Ada tips tak?

Cara Memujuk Pasangan Yang Tengah Marah

1. Rendahkan ego dan minta maaf

Adalah lebih baik sekiranya salah seorang daripada pasangan cuba untuk rendahkan ego dan minta maaf walaupun mungkin kita tidak bersalah. Kalau setakat gaduh benda remeh temeh tu mengalah saja lah. Tidak salah pun untuk rendahkan ego korang dengan pasangan untuk keharmonian hubungan suami isteri. 


2. Suarakan apa yang tidak puas hati

Biasanya jenis yang macam ini. Apa yang anda tidak puas hati tu akan cakap dan meluah habis. Lepas tu baru minta maaf. Naluri perempuan sememangnya banyak bermain dengan emosi. Jadi kebiasaannya perempuan suka meluahkan apa yang mereka tidak puas hati. Tidak seperti kaum lelaki yang lebih memilih untuk diam.

Sekiranya pasangan anda suarakan apa yang mereka tidak puas hati, cuba untuk diam dan dengar luahan mereka. Tidak kira lelaki ataupun perempuan. Cuba untuk kenal pasti punca daripada pergaduhan. 

Apabila salah satu sedang panas, seorang lagi kenalah sejuk. Kalau sama-sama panas, maka perbincangan tidak akan terjadi. 

3. Cuba selesaikan segera dan jangan biarkan berpanjangan

Kalau boleh usahakan untuk selesaikan masalah dengan pasangan baik-baik apatah lagi apabila masalah melibatkan orang ketiga atau orang lain. Tidak kiralah sekecil-kecil pun masalah cuba untuk selesaikan dengan segera.

Masalah yang berlarutan dan dibiarkan tanpa solusi akan menambahkan lagi masalah yang lain. Satu masalah belum selesai, datang lagi satu masalah yang lain. Akhirnya semakin banyak masalah dan semakin rumit untuk mencari jalan penyelesaian.

Pernah dengar pasangan yang ungkit mengungkit kesalahan lalu? Hal ini kerana masalah tersebut belum selesai. Mungkin kelihatan seperti sudah selesai tetapi masih ada rasa ketidakpuasan hati di antara pasangan.

4. Ungkapkan kata-kata “sayang”

Pujuk pasangan dengan mengungkapkan bahawa anda betul-betul sayangkan dia dan tidak mahu terus-terus bergaduh. Masa awal perkahwinan senanglah nak cakap kan. Apabila dah ada anak ini kadang-kala kita lupa untuk mengungkapkan kata-kata sayang, I love you, I miss you seperti masa mula-mula kita berkahwin. Tidak salah pun untuk ber'sweet dan romantis bersama pasangan walaupun mungkin anak kita dah berderet-deret. 

5.Bersikap jujur dan berterus-terang

Ada kalanya pergaduhan terjadi kerana pasangan tidak berterus terang. Sekiranya adalah masalah cuba untuk bersikap jujur walaupun terpaksa sakitkan hati pasangan. Kejujuran adalah kunci kebahagian dalam rumah tangga. 

Tiada istilah kita menyakiti hati pasangan dengan berkata jujur sekiranya pasangan kita melakukan kesalahn. Kalau bukan kita yang menegur siapa lagi kan? Namun dalam menegur ataupun menasihati kenalah berhikmah dan berlemah lembut dengan pasangan.

6. Berikan kejutan atau bawa ke tempat yang disukai

Ada pasangan yang rasa dihargai apabila diberikan kejutan ataupun dibawa ke tempat yang disukai. Mungkin pasangan kita dah tepu kat rumah dengan karenah anak. Apa salahnya sesekali berikan kejutan dengan membawa ke tempat yang disukai? Paling tak pun bagi pasangan sesuatu yang dia suka. 

7. Diam dan refleksi diri

Ada pasangan yang jenis tidak pandai memujuk, oleh itu dia lebih suka berdiam diri dan biarkan kemarahan itu reda sendiri. Setelah marah itu reda, pasangan itu akan kembali berbaik semula. Ada kalanya diam itu lebih baik. 

Diam bukan bermaksud kita lari dari masalah, tetapi cuba untuk refleksi diri apa yang menyebabkan kita bergaduh dengan pasangan. Cuba untuk tenangkan hati, solat dan memohon ampun kepada Allah. Apabila hati dah tenang, fikiran pun dah fresh bolehlah berbincang dengan pasangan. 


Itu sahaja tips. Tidak semestinya semua tips di atas boleh digunakan kepada pasangan anda. Siapalah aku nak suka-suka bagi nasihat pasal perhubungan ni kan? haha~