Anak-Anak Ada Masa Dengan Kita 12 Tahun Sahaja


Itulah hakikat yang kita selalu lupa, anak-anak ada dengan kita cuma 12 tahun sahaja. Selepas itu mereka lebih fokus dengan sahabat, dah sibuk menjaga hati pasangan dan rakan sekerja. Tak lama selepas tu, sibuk fokus keluarga dan anak-anak mereka pula.

Semakin lama, ranking kita dalam hati mereka semakin rendah. Tak percaya?

Cuba tengok diri kita sendiri sebagai anak. Tengok kat mana keutamaan ibu bapa kita dalam urusan hidup kita hari ini. Macam mana "jarak" kita dengan ibu bapa kita apabila kita semakin dewasa.

Of course, we never hate them. We still love them unconditionally. They're still the king and the queen of our life. Of course.

Tapi secara hakikatnya kita tak lagi letakkan mereka nombor 1 dalam banyak perkara. Why?

Because of Circumstances, Life cycle, Work demands. Bla bla bla.

Inilah lumrah yang kita sedang lupa. Bila dah ada anak sendiri, kita lupa. Mereka juga akan "tinggalkan" kita satu hari nanti. 12 tahun itu tak lama, tuan puan.

Sebelum keadaan memaksa anak-anak untuk lebih mengutamakan kawan-kawannya, pasangan, keluarga, kerja, instead of kita ibu bapa mereka. Adakah kita dah sehabis baik memanfaatkan masa yang ada bersama mereka sekarang ni?

Kita cepat sangat marah anak, lempang anak, maki anak, rotan anak, abaikan anak sebab kita sangka mereka akan ada dengan kita sampai bila-bila. Rupanya tak. In fact, mereka tak pernah pun jadi milik kita.

Walau macam mana besar pun peranan kita dalam membentuk anak-anak, mereka tetap tertakluk kepada percaturan dan perancangan Allah.

Soon, they'll surely leave.

Sepanjang 12 tahun anak-anak letakkan kita nombor 1 dalam hati mereka, adakah kita juga letakkan mereka nombor 1 dalam hati kita? Satu hari nanti, bila anak-anak dah dewasa, dah sibuk kejar cita-cita, dah kahwinn, kita akan bangun tidur tanpa mereka di sisi. Dan masa tu kita akan bertanya sendiri;

Have I played with them enough? Have I enjoyed the opportunity to be a part of their lives?

Itu sebab penting untuk kita bina jambatan yang kuat dengan anak pada 12 tahun pertama. Because research shows that anak-anak yang rapat dengan ibu bapa sepanjang 12 tahun pertama akan sentiasa rapat dengan ibu bapa mereka sampai bila-bila walau sejauh mana pun mereka terbang.

I always admire parents yang very close to their children walaupun dah besar panjang. Bila mereka berjumpa, macam best friends! In fact, Rasulullah saw pun suruh ibu bapa layan anak seperti kawan baik bila anak mencecah 14 tahun kan.

I observe some senior parents that i know yang rapat dengan anak-anak, dan tanya apa yang diorang buat sampai jadi rapat sangat dengan anak-anak walaupun dah dewasa. Most of them jawab--

"It's in the routine. Good relationship tak dibina dalam sehari dua. Tapi dibina setiap hari since day 1."

Even David Beckam & Victoria Beckam pun cakap benda yang sama bila ditanya tentang hubungan rapat diorang dengan anak-anak. So let's learn from these parents yang dah berjaya bina jambatan kukuh dengan anak-anak.

According to Dr Laura Makham, these are some routines we can do to build a closer relationship with our child:

🖤 Peluk anak for 5 minutes setiap pagi bila dia bangun tidur.

🖤 Ambik masa 2-3 minit setiap pagi untuk berbual dengan anak tentang apa plan dia hari ni.

🖤 Kurangkan menjerit dan marah2 di waktu pagi. Your temper will ruin your child's emotion throughout the day.

🖤 Tulis nota cinta, contohnya "Mama love you so much, sayang." dan selitkan dalam beg sekolah atau bekal anak.

🖤 Bila hantar anak ke sekolah, instead of reminding your child to be a good boy, beritahu dia: "Mama tak sabar nak jumpa Haikal petang ni. Have fun at school ok!"

🖤 Tinggalkan kerja di tempat kerja. Balik rumah dengan hati yang "penuh" untuk jumpa anak2.

🖤 Bila naik kereta dengan anak, tutup radio bila anak ingin berbual. Beri perhatian dan encourage them to talk.

🖤 Bila anak gaduh dengan kawan/adik beradik. Cari penyelesaian instead of cari siapa salah.

🖤 Bila anak tantrums atau mengamuk, PELUK dia.

🖤 Bila anak buat lawak, GELAK. Walaupun kadang2 tak paham atau tak lawak langsung 

🖤 Spend alone time berdua dengan setiap anak, at least 15 - 20 mins every other day. Buat aktiviti kegemaran anak, dan biar dia rasa kita sentiasa ADA.

🖤 Bila anak bercerita, LISTEN. Try to not mencelah, disagree atau nasihat sebelum dia habis bercerita.

🖤 Cium dahi anak sebelum tidur. Ambil masa 5 minit untuk peluk dia dan beritahu dia, "Mama bersyukur sangat Allah pinjamkan Haikal untuk mama."

Haa ada banyak cara kan. Nampak leceh kalau tak biasa buat. Tapi once dah jadi habit, banyak benda akan jadi lebih mudah dan hubungan dengan anak akan jadi lebih manis. InsyaAllah. And hopefully dengan usaha keras kita sepanjang 12 tahun pertama ni, bila anak dah mencecah usia remaja, kita akan tetap relevan di hati mereka dan mereka masih sudi rujuk pada kita dalam apa jua hal.

Post a Comment

0 Comments