Resepi Air Fryer Ayam Goreng Korea

Resepi Air Fryer Ayam Goreng Korea

Resepi Air Fryer Ayam Goreng Korea 


Bahan-bahan :
  • 1 ekor ayam
  • 1 biji bawang putih (tumbuk lumat)
  • 1 inci halia (tumbuk lumat)
  • Sedikit serbuk lada hitam
  • Tepung Goreng Bestari secukupnya

Bahan untuk sos :
  • 1 biji bawang putih
  • 1 biji cili padi (nak pedas boleh tambah)
  • 5 sudu besar sos cili
  • 3 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar madu
  • 1 kiub ayam knor
  • 1 sudu besar chili flakes
  • Jus lemon secukupnya
  • Garam secukup rasa
  • Sedikit bijan untuk tabur atas

Cara-Cara Penyediaan Untuk perapan/ adunan tepung
  • Tumbuk@kisar lumat bawang putih dan halia.
  • Kemudian gaulkan bersama serbuk lada hitam.
  • Perap 1/2 jam atau lebih.
  • Selepas itu, gaulkan pula ayam perap tadi dengan tepung goreng Bestari. 
  • Susun dalam bakul air fryer
  • Set kan Suhu 190-200 Darjah
  • Masa 22-25 minit (ikut saiz/kuantiti ayam)

Cara-Cara Penyediaan Untuk Sos

  • Tumbuk/kisar bawang putih dan cili padi.
  • Masukkan dalam loyang leper dan goreng dalam air fryer hingga naik bau.
  • Kemudian masukkan semua bahan lain. Gaul hingga sebati.
  • Masukkan semula ke dalam air fryer. Setkan suhu 190 darjah (masa 3-5 minit)
  • Selepas tu gaulkan bersama ayam yang dah digoreng tadi
  • Nak panaskan sekejap pun boleh. Suhu sama dalam 2-3 minit.
  • Keluarkan dan tabur bijan. Siap untuk dihidangkan.

Tips :
  • Selepas 5 minit menggoreng buka bakul air fryer dan spray minyak.
  • Kemudian sambung menggoreng semula.
  • Selepas 10 minit buka bakul dan balikkan ayam ke sebelah satu lagi kemudian spray sedikit lagi minyak dan sambung balik sehingga habis masa.

0 Ulasan

Catat Ulasan

Post a Comment (0)

Terbaru Lebih lama