Resepi Burger ala Prosperity Khairul Aming

Khairul Aming, selebriti Internet, pernah berkongsi Resepi Burger ala Prosperity yang dia namakan 'Mc Ming'. Ini kerana banyak orang meminta reeipi tersebut. Disebabkan ingin memenuhi permintaan ramai maka KA menyediakan resepi yang mempunyai konsep yang sama dengan restoran terkenal. 

Menurutnya, resipi ini mudah disediakan dan yang terpenting, boleh dinikmati bersama keluarga di rumah. Bagi yang boikot produk fast food McD, bolehlah mencuba resepi ini.
 
Resepi Burger ala Prosperity
Sumber : Siakap Keli

Bahan-bahan

  • 2 sudu butter
  • 1 biji bawang holland
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 cawan cendawan (banyak ikut suka)
  • 1 sudu tepung gandum
  • 1/2 cawan air
  • 1 s/b sos tiram
  • Kicap manis
  • 1 kiub pati lembu
  • 2 sudu blackpaper (ditumbuk)
  • Roti oblong
  • Burger ramly


Cara-cara memasaknya

1. Cairkan butter, masukkan bawang holland, bawang putih, dan cendawan. Tumis sehingga golden brown.

2. Kemudian tambah tepung gandum. Kacau sehingga sebati dan masukkan air. Masukkan sos tiram, kicap manis dan kiub pati lembu.

3. Tambah blackpaper untuk menaikkan aromanya. Kacau sebati. Tutup api.

4. Masukkan semua bahan tadi ke dalam blender, kisar sehingga halus. Kemudian masak sekali lagi. Siap untuk hidangan sos.

5. Untuk burger pula korang boleh guna burger Ramly, goreng sehingga garing di luar. Dah siap! Celupkan dengan sos blackpaper tadi.

6. Untuk roti pula, belah roti oblong. Sapu sedikit butter dan bakar bagi garing. Kemudian letakkan patty tadi. Boleh letak hirisang bawang. Dah siap untuk dihidang!

Selamat mencuba! Nanti bolehlah cuba resepi ini menjelang puasa.

0 Ulasan

Catat Ulasan

Post a Comment (0)

Terbaru Lebih lama