Resepi Donut Pandan Gebu Untuk Minum Petang

Resepi Donut Pandan Gebu Untuk Minum Petang
Photo by Noraini Abu Othman


Bahan-bahan
  • 1/2 cawan air masak suam
  • 1 paket yis
  • 1 sudu besar gula
  • 4 cawan tepung gandum 
  • 2 sudu besar susu pekat 
  • 3 sudu besar majerin/planta
  • 1 sudu kecil garam

Cara-cara menyediakannya 

1. Masukkan dan kacau sebati air masak, yis dan gula. Biarkan bancuhan mengembang atau naik dalam 15 hingga 20 minit. (Kalau yis tak kembang bermaksud yis tu dah tak boleh guna)

2. Masukkan bahan-bahan lain ke dalam bekas untuk menguli.

3. Kemudian masukkan bancuhan yis tadi ke dalam besen tepung tadi sekali dengan buih-buih yang mengembang tu.

4. Uli lagi kemudian masukkan 1/2 air biasa dan uli lagi sekiranya bancuhan masih keras (masukkan air sedikit demi sedikit kalau masih keras)

5. Uli sehingga tak lekat pada tangan dan menjadi 1 doh.

6. Tutup bekas doh dengan menggunakan kain lembap sekurang-kurangnya 30 minit atau doh mengembang. 

7. Tabur tepung ketika menggolek doh supaya tak melekat. Tekap dengan acuan donut dan biarkan donut mengembang dalam 15 minit sebelum digoreng.

Note : untuk donut berperisa pandan, masukkan perasa pandan dan pewarna hijau ke dalam air tadi dan kacau sebati. (Sukatan korang agak-agak saja)


Kredit : Noraini Abu Othman


0 Ulasan

Catat Ulasan

Post a Comment (0)

Terbaru Lebih lama