Kebaikan Menyimpan Emas

Aset yang bagus untuk simpanan jangka panjang ialah ASET FIZIKAL seperti emas (dan perak), hartanah ataupun tanah yang diusahakan.


simpanan emas

1. Elak Kebocoran Simpanan

Kerja bertahun-tahun, tetapi tidak ada wang simpanan yang cukup? Bila mula simpan emas dan faham ilmu emas, wang simpanan bertambah di luar jangkaan! Emas adalah "ubat mujarab" bagi menyelesaikan masalah kebocoran simpanan.


Simpan, korek, simpan, korek! Akhir sekali jumlah simpanan tak ke mana! Itulah masalah bila simpan duit.


Bila nampak nombor dalam akaun bank, mesti otak kita ligat berfikir nak berbelanja. Memang itulah naluri manusia pada duit.


Duit memang untuk dibelanjakan, bukan untuk disimpan.


Itulah sebab kenapa banyak orang sudah cuba pelbagai teknik menyimpan, tapi bila nampak nombor (duit), akhirnya duit itu dibelanjakan juga!


Ia berbeza dengan emas. Bila simpan emas, otak kita tak akan fikir untuk berbelanja. Kita tak akan menjualnya, melainkan untuk tujuan yang benar-benar mendesak ataupun menguntungkan!


2. Emas Tetap Bertahan Ketika Gawat

Semua harta akan tergugat jika tergugatnya ekonomi ataupun politik, KECUALI EMAS. Jika berlaku krisis ekonomi, nilai ringgit (RM) jatuh, berlaku peperangan, bahkan kalau harta dibekukan oleh kerajaan sekalipun, emas masih selamat.


Nilai emas dipegang kukuh oleh berat dan ketulenan emas itu sendiri tanpa perlu jaminan sesiapa. Orang bangkrup pun boleh simpan emas. Selagi emas ada di tangan kita, tiada siapa boleh mengganggu gugat kekayaan kita.


3. Emas Selamat Dari Kesan Inflasi.

Simpan emas, tak perlu risau kenaikan harga barang (inflasi) dalam jangka panjang disebabkan emas mengekalkan KUASA BELI SEPANJANG ZAMAN. Sedangkan duit kertas, kuasa belinya confirm susut dari tahun ke tahun. Emas selamat dari kesan inflasi.


Tahukah anda, jika simpan duit di bank, dividen tahunan yang kita dapat hanyalah sekitar 5% sahaja setiap tahun. Bahkan dividen semakin lama semakin menurun. Sedangkan harga barang keperluan naik lebih 10% setiap tahun!


Ini bermaksud, kekayaan kita dirompak setiap tahun tanpa kita sedar (oleh inflasi). Dan itulah sebab kenapa orang sentiasa merungut tentang harga barang semakin mahal.


4. Jumlah Simpanan Emas Cepat Bertambah

Bila sudah mula simpan emas, anda akan alami satu ‘masalah’, iaitu ketagih untuk tambah simpanan emas lagi dan lagi. Emas ada auranya tersendiri.


Ini kerana emas adalah logam yang sangat cantik. Tuhan jadikan naluri manusia memang sukakan emas. Seronok mengumpulnya dan tak nak membelanjakannya!


Hingga Tuhan mewajibkan zakat bagi penyimpan emas (bila cukup haul dan nisab).


Jadi itulah rahsia kenapa jumlah simpanan akan berganda dengan cepat, di luar jangkaan mereka yang baru pertama kali menyimpan emas!


Naluri manusia pada emas adalah untuk disimpan dan dikumpul lagi dan lagi. Bukan untuk dibelanjakan.


Kesimpulannya 

Orang dulu-dulu simpan emas dalam bentuk barang kemas. Selain dijadikan perhiasan, barang kemas itu juga adalah simpanan yang akan digunakan bila berlaku kecemasan.

Tetapi sekarang, ada cara yang lebih menguntungkan kalau nak menyimpan emas. Iaitu dalam bentuk jongkong emas atau dinar (syiling emas)!

Kalau tujuan anda nak berhias, belilah barang kemas. Tapi kalau untuk simpanan, belilah gold bar ataupun dinar.

0 Ulasan

Catat Ulasan

Post a Comment (0)

Terbaru Lebih lama