Header Ads

5 Sebab Anda Wajib Mengikuti Aktiviti Stand-Up Paddle di Tanjung Aru

Assalamualaikum semua. Aku harap semua sihat-sihat sahaja!

Stand-up paddle Tanjung Aru
kredit gambar Sherah 

Pernah dengar tentang aktiviti Stand-Up Paddle? Sejak kebelakangan ini, aku lihat semakin banyak orang post tentang aktiviti ini dan buat aku bersemangat untuk mencuba walaupun sebenarnya aku ni trauma dengan air. 

Dengan dorongan orang sekeliling, akhirnya aku berjaya melawan rasa takut aku untuk mendekati air. Mungkin dalam gambar tak nampak, tapi aku tersenyum lebar walaupun penat mendayung melawan ombak. 

Memandangkan sekarang musim Covid-19, aktiviti harian kita semakin tersekat. Semakin sukar untuk keluar beriadah dan mengisi masa lapang seperti dulu. Namun, Alhamdulillah, aku diberi kesempatan untuk mencuba aktiviti ini akhirnya. 

Sudah tiba masanya aktiviti ini menjadi popular dalam kalangan rakyat Malaysia. Lagi pula, aktiviti ini agak mudah untuk diakses. Kalau nak tahu, aku ikut trip ni dengan Borneo Exotika Adventure Sdn.Bhd. Selain dapat kurangkan tekanan aku, aku dapat merasakan ketenangan berada di atas air yang luas. 

Stand Up Paddle Tanjung Aru

kredit gambar Sherah


5 sebab untuk ikut aktiviti Stand Up Paddle

1. Baik untuk kesihatan mental
Kajian ada mengatakan tentang orang-orang yang tinggal dekat dengan air ni lebih bahagia dari yang tidak. Sebab tu, aktiviti ni sangat baik untuk kesihatan mental. Kalau korang ni jenis yang banyak fikir, mungkin boleh guna inisiatif ni untuk berehat seketika. Untuk kesihatan anda juga tau!

2. Meditasi bergerak
Kalau kita ikut aktiviti ni, kita mesti ada konsentrasi yang tinggi. Kita akan lebih terbuka dengan aura angin, gelombang air dan arus di sekeliling kita. Kita boleh bergerak ikut keadaan air dan tak perlu berlumba-lumba untuk mendayung. Dengan suasana ini, sememangnya boleh mendapatkan ketenangan yang selama ini kita inginkan. 

3. Tidak sesusah yang anda bayangkan
Mungkin sesetengah orang cakap aktiviti ni sukar sebab nak imbangkan badan. Jangan risau! Semua orang boleh belajar dari kedudukan duduk sehingga berdiri. Ada orang lebih suka duduk, sebab takut terjatuh bila berdiri. Dan ada pula orang suka berdiri, sebab lebih mencabar. Kita boleh ambil masa sebanyak mana pun, sebab aktiviti ni hanya untuk berekreasi. 

Stand Up Paddle Tanjung Aru
kredit gambar Sherah

4. Senaman yang sangat baik 
Aktiviti ni akan menumpukan penggunaan seluruh badan bermula dari tangan ke kaki. Kalau nak bersenam tapi tak nak ikut senaman yang susah, anda boleh ikut aktiviti ini. Disamping bersenam, boleh tenangkan minda anda. Aktiviti ini akan menguatkan otot lengan dan paha anda. Jadi, ia merupakan senaman yang sangat baik untuk anda yang tidak minat untuk bersenam. 

5. Senang diakses
Aktiviti ni hanya perlukan board dan paddle. Kalau ada dua benda ni, in sya allah dah boleh turun air untuk bermain. Banyak syarikat pelancongan yang sudah memulakan aktiviti ini. Kalau anda berminat, boleh masuk website www.borneoexotika.com untuk dapatkan tempahan anda. 

Kalau nak tahu, syarikat ni sediakan aktiviti lain juga selain Stand-Up Paddle. Aktiviti yang dorang ada ni termasuklah aktiviti Discovery Scuba Diving, Open Water Diver Cruise dan aktiviti memancing. Aktiviti Stand-Up Paddle ni pun ada banyak jenis, termasuklah sesi Sunset, Sunrise, Mangrove, Rapid, dan Night Glow. Kalau nak tahu lebih banyak, boleh ke website mereka. 

Pengalaman ikut Stand-Up Paddle di Tanjung Aru


Aku ikut aktiviti ni sebab masa tu kawan ajak pergi, dan jujur aku cakap, tak menyesal aku ikut sebab best sangat! 

Stand Up Paddle Tanjung Aru
kredit gambar Sherah

Masa tu, kami jumpa di Tanjung Aru dan lepas semua orang sampai, ada guide yang akan bagi penerangan tentang cara main, tentang keselamatan dan sedikit sejarah tentang aktviti ni. Guide tu ada cakap “aktiviti ni bukan susah pun, kalau takut berdiri, duduk jak. Tak perlu bawa laju-laju nanti cepat penat. Boleh relax jak. Kalau jatuh pun jangan risau, ada safety jacket”. 

Sempat lagi guide tu bergurau pasal jatuh air. Masa tu aku dan kawan-kawan risau juga, tapi lepas kami jejak kaki kat air, dan duduk atas paddle board, Tuhan jak tau perasaan tu. Sebab best sangat! Kan aku ni takut air, jadi memang tak pernah terpikir pun nak join aktiviti macam ni. 

Stand Up Paddle Tanjung Aru
kredit gambar Sherah 

Lepas habis briefing, kami semua dapat paddle board dan safety jacket sorang satu. Berdebar-debar turun air, Tapi sebab ada kawan, aku berjaya kuatkan diri untuk turun. Masa tu, kami ada beberapa stop point. Jadi kami akan berhenti ikut guide kami tu. Kami ikut trip tu untuk Sunset Session, dan banyak gambar cantik aku dan kawan aku dapat tangkap.

Stand up paddle tanjung aru
kredit gambar Sherah 

Masa tu kami start jam 4 lebih dan kami stay atas air sampai matahari nak terbenam. Lepas tu, kami balik ke meet point kami sebelum cuaca semakin gelap. Masa naik darat tu, memang terasa penat. Tapi, aku tak boleh lupa dengan sensasi yang aku rasa masa atas air. Sesuatu yang aku rasa takkan pernah tercapai tapi dapat capai macam tu jer. 

Ha, macam mana? Korang dah ada rasa minat nak cuba buat aktiviti ni? Satu jer aku nak cakap, kalau boleh, next time aku nak ikut lagi main aktiviti ni. Sebab bukan saja best, harga pun berpatutan. Sorang hanya perlu bayar RM80 kalau nak ikut. Dengan guide yang pandai buat lawak, memang rasa berbaloi sebab ikut. 

Kalau nak tahu lebih tentang aktiviti ni, korang boleh jenguk Facebook page dorang. Taip Borneo Exotika Adventure Sdn Bhd. dan korang boleh nampak banyak post pasal aktiviti ni. 

Aku dah cuba, korang bila lagi? Baiklah, sampai sini jer cerita pengalaman aku tentang aktiviti ni. Korang semua jaga kesihatan ya!


No comments

Powered by Blogger.