Resepi Kek Coklat Moist Sesuai Untuk Jualan

Dalam banyak resepi yang dikongsikan di facebook, resepi ini juga yang menjadi pilihan admin. Semoga melimpah ruah kepada tuan empunya resepi yang sudi berkongsi resepi. Semoga menjadi asbab kepada rezeki orang lain juga. 


Bahan A
  • 1 Cawan gula pasir
  • 1 cawan serbuk koko
  • 1 Cawan susu cair
  • 1/2 Cawan susu pekat
  • 1 Cawan minyak

~ Campur semua bahan.A. Masak di atas api kecil hingga larut sebati. Tutup api apabila dah sebati.

Bahan B
  • 3/4 Cawan tepung gandum
  • 1 Sudu kecil baking powder
  • 1 Sudu kecil soda bikarbonat
~ Ayak bahan B …

Bahan C
  • 3 Biji telur size A
  • 1 Sudu kecil esen vanilla
~ Blender bahan c hingga kembang


Cara-cara penyediaan :

1. Masukkan bahan A ke dalam.bekas lain.

2. Seterusnya, masukkan pula bahan B dan C secara selang seli.

3. Semuanya guna whisk sahaja ya. Apabila adunan dah sebati semua. Kalau rajin tapis adunan yang dah siap ni. Tak tapis pun tak apa. 

4. Panaskan kukusan hingga air betul-betul mendidih. Kalau tak mendidih betul keknya tak naik cantik. 

5. Masa kukusan bergantung kepada bekas korang. Bekas yang paling kecik 10 minit. Manakala yang sedang 15-17 minit. Dan bekas yang besar 40-45 minit.

6. Cucuk dengan lidi. Sekiranya lidi dah kering, kiranya dah masaklah tu. 

Topping
  • 1 cawan koko
  • 1 Cawan susu pekat
  • 1 cawan minyak
  • 1/2 Cawan susu cair
~ Campur semua dan masak secara double boil. Jika nak.lagi leleh tambahkan lagi susu cair sedikit.


Nota tambahan...

  • Resepi ni tepungnya saya pernah cuba 3/4 cawan, 1 cawan dan 1 1/4 cawan . Semuanya jadi belaka. Biasa kalau nak keluarkan kek dari bekas saya guna 1 1/4 cawan , supaya mudah nak potong dua.
  • Kalau tak keluarkan dari bekas , biasa saya guna 3/4 cawan atau hampir 1 cawan . Sebab bila kurang tepung, kek akan lembut sangat tapi janganlah kurang dari 3/4 cawan ya... 😃😃

Semoga bermanfaat~


Post a Comment

0 Comments