Penyakit Depresi Tidak Semudah Ungkapan Kata-kata

Sumber gambar 

Semenjak penularan virus Covid-19 ini mulai bertumbuh subur di serata dunia, hampir seluruh negara mulai mengisytiharkan langkah kuarantin yang telah diperketat oleh kerajaan negara masing-masing.

Dunia pun semakin tenat, ramainya keluhan masyarakat yang terpaksa mencuba cari jalan untuk menstabilkan ekonomi diri dan keluarga masing-masing. 

Lihat betapa sukarnya proses yang harus kita tempuhi sepanjang penularan Covid-19, kan?

Dan yang paling menyedihkan, ramai golongan muda yang mulai mengalami tekanan berada di rumah. Terutamanya pelajar yang terpaksa melalui proses belajar dari rumah. Malangnya, bukan semua keluarga berkemampuan memiliki kemampuan masing-masing. Masalah rangkaian internet juga menyukarkan situasi pembelajaran dalam rumah. 

Lagi-lagi berlakunya jumlah peningkatan kes bunuh diri; terutamanya dalam golongan remaja. Sudah pastinya kesan wabak ini telah melumpuhkan sedikit rutin keselesaan anak remaja yang asalnya memang suka melepak, menghargai dan menikmati fasa keremajaan mereka. Kalau dahulunya, mereka rajin berkumpul di library sekolah untuk kerja sekolah, bermain bola sepak beramai-ramai, berkumpul bergurau senda...

Namun, semua itu lenyap...selenyap dunia kebebasan mereka. Mungkin atas faktor tidak mampu tahan dengan tekanan dalam rumah ( peribadi, keluarga, kekangan ekonomi menghadkan kos keluar rumah )

Secara tidak sedar, golongan ini sudah perlahan-lahan membiarkan tekanan mereka meracuni fikiran dan emosi mereka.   



Kenali Depresi

Bila mereka sudah mengalami tekanan, adalah tanggungjawab keluarga terdekat yang perlu berbuat sesuatu untuk menyembuhkan keadaan emosi mereka, bukannya meremehkan, menjatuhkan, membanding-bandingkan. Kena ingat bahawa, mereka yang sudah tidak mampu mengawal emosi, agak sukar untuk memikirkan ke arah yang baik seperti orang biasa.

Mereka lebih suka terjerumus dalam hal di luar jangka; bunuh diri. Jangan biarkan mereka bersendirian apabila mereka sudah sampai ke tahap ini. Bimbing mereka. Peluk mereka. Sayangilah mereka sepertimana kamu juga ingin diperlakukan sedemikian. Elakkan menghukum. Pujuk mereka untuk bersabar dan bertenang. Beri dukungan semangat secara jujur dan ikhlas. 

Kita harus sedar bahawa depresi ini adalah sebuah penyakit yang memerlukan rawatan. Cumanya mereka lebih kepada rawatan terapi psikologi. 

Jika kita tidak mampu mengawal dan tidak tahu lagi apa cara terbaik untuk  merawat keadaan mereka apabila mereka sudah mulai bertindak di luar kawalan, jangan malu untuk mengajak mereka berjumpa dengan pakar psikiatri untuk insentif rawatan terbaik mereka. 

Sahabat rapat juga harus terus memahami situasi mereka. Merawat mereka bukanlah semudah mengungkap kata-kata semangat, adalah lebih baik digalakkan untuk terus mendekati mereka dan bersabar berhadapan dengan segala luahan. Jadilah pendengar yang baik, jangan terus menghukum mereka. Sebaiknya, peluklah mereka kerana pelukan adalah dukungan semangat paling tulus. Rasai dakapan mereka, keluhan hati yang menyiat-nyiat tekanan jiwa mereka selama ini. 

Major Depressive Disorder ( MDD ) 

Seseorang yang mengalami gejala kemurungan keterlaluan, hingga ganggu rutin harian.

Gejala kemurungan:
1.Sedih sepanjang masa, berlanjutan hingga berhari-hari lamanya.
2. Hilang minat dengan apa jua aktiviti
3. Berat badan menurun
4. Selera makan pun bertambah/berkurang
5. Cemas & takut.
6. Rasa penat dan lemas ( tidak bertenaga )
7. Hilang fokus
8. Hilang motivasi diri
9. Cubaan bertindak luar kawalan ( bunuh diri )

Faktor Risiko Kemurungan:
1. Perubahan biokimia tubuh
2. Genetik
3. Faktor persekitaran ( trauma, tekanan keluarga, ekonomi, penyakit, penggunaan bahan terlarang dan yang berkaitan dengan keadaan yang dapat menyumbang )

Mitos Tentang Depresi Yang Perlu Dielakkan :

1. Depresi hanya khas orang tertentu sahaja (SALAH! Sesiapapun boleh mengalaminya tidak kira sesiapapun)

2. Depresi tidak dapat dirawat sama sekali (SALAH! Banyak rawatan khusus diberi untuk mereka yang menghidap penyakit ini.)

3. Depresi perkara yang memalukan diri dan keluarga (SALAH! boleh berlaku kepada sesiapa saja, samada anda ingin sembuh atau tidak itu adalah tanggungjawab anda untuk mengenalpasti keperluan rawatan yang terbaik bagi yang sudah mulai menunjukkan simptom-simptom sebegini)

4. Depresi boleh disembuhkan secara sendirinya. (TIDAK! jika ia terus dipandang sebelah mata, ia akan perlahan-lahan bertumbuh menjadi lebih serius dan kritikal jika tidak diberi rawatan awal.)

5. Depresi hanya untuk orang yang lemah iman/pembentukan karakter sahaja. (Biarpun sekuat iman dan sifat peribadi yang positif, masalah ini boleh terjadi kepada sesiapa sahaja.)

Perbezaan Halusinasi & Delusi :

Halusinasi:
1. Pengalaman salah satu deria terhadap sesuatu yang tidak benar.
2. Pendengaran ( dengar suara orang bercakap ) 
3. Penglihatan ( lihat sesuatu yang tidak wujud )
4.Boleh dilihat seperti keadaan yang kurang tidur, penyalahgunaan dadah, alkohol, masalah psikiatri.

Delusi
1. Kepercayaan atau keyakinan seseorang terhadap sesuatu.
2. Bertentangan dengan norma, rasional,dan budaya setempat.
3. Sukar dipatahkan, sekalipun ada bukti. Cth; percaya dirinya pernah dirogol, dikurung, percaya dirinya Tuhan.

Tanda- Tanda Kemurungan Yang Perlu Anda Kenalpasti:
1. Cepat rasa marah
2.Hilang minat/kesungguhan dalam rutin hariannya.
3. Rasa dirinya gagal, bersalah, salahkan diri sendiri.
4. Hilang tumpuan
5. Hilang selera makan
6. Sedih yang berpanjangan
7. Masalah tidur
8. Tubuh rasa letih, lesu, lemas dan sakit seluruh badan.



BUNUH DIRI!

Ini sudah menjadi suatu tanda amaran kecemasan kepada depresi. Mereka perlu diberikan perhatian lebih dan bantuan rawatan khas bagi merawat mereka dengan segera sebelum keadaan mereka bertambah kritikal. 

Rawatan Khusus:
1. Medikasi
2. Psikoterapi
3. Electroconvulsive therapy 

*ECT - Electro-convulsive Therapy rawatan dengan memberi renjatan kecil untuk mencetuskan aktiviti otak ( seperti sawan ) secara terkawal di bawah anasthesia, dilakukan dalam rawatan depresi dan bipolar yang gagal memberi respons dalam bentuk rawatan lain.

(Sumber informasi yang admin kongsikan ini adalah hasil bacaan melalui buku bertajuk Aku Dijangkiti Kehidupan; Cerita-Cerita Pesakit dan Perawat Psikiatri)


Bantuan Kaedah Pamplet Psikiatri:

1. Kenalpasti gejala yang berkemungkinan mempunyai gejala yang berkaitan.

2. Lakukan kajian ujian Depression Anxiety Stress Scales (DASS). Boleh dicari secara atas talian. Sekarang, sudah lebih mudah dicari melalui google. 

3. Dapatkan rawatan di klinik kesihatan berdekatan. Doktor akan rujuk ke psikiatri yang berkenaan.

4. Sekiranya gejala sudah mulai di luar kawalan, mulai berinisiatif melukakan diri sendiri, orang lain atau bunuh diri - segera berhubung ke bahagian unit kecemasan hospital berdekatan.

5. Jika rasa keseorangan, tekanan atau perasaan sudah di luar kawalan...dapatkan sokongan emosi melalui sokongan Depression Survivors ( Malaysia ), Befrienders KL ( 03-7956 8145 ), Kaunselor Sabah, Unit Kaunseling & Psikologi Hospital Queen Elizabeth, Hospital Bukit Mesra dan mana-mana hospital yang berdekatan.

Sumber gambar : Google

Anda juga boleh membaca buku ini yang akan membantu anda memahami tentang pesakit yang mengalami penyakit mental melalui buku ini:


Dapatkan di laman web rasmi Buku Kata Pilar 


Untuk mengetahui lebih lanjut tentang penyakit ini, bolehlah baca lanjut melalui pautan berikut: 



Post a Comment

3 Comments

  1. hanya yg mengalami sj tahu mcm mana kesannya dpresi ni..done follow sini, nk join giveaway blog siinurul :)

    ReplyDelete
  2. Depresi ni memang tak boleh buat main.

    ReplyDelete