Jawatan Kosong Guru Tabika Perpaduan (Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat s29)


Jawatan Kosong Guru Tabika Perpaduan (Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat S29)

  • Nama Jawatan : Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat
  • Gelaran Jawatan : Guru Tabika Perpaduan
  • Gred Jawatan : S29
  • Kumpulan : Perkhidmatan
  • Taraf Jawatan : Pelaksana (Kontrak)
  • Tempoh Kontrak : Minimum 1 Tahun
  • Agensi : Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional Negeri Pahang
  • Bilangan Kekosongan: Enam ( 6 )
  • Bilangan Calon Simpanan : Tiga Puluh (30)
  • Tempat Kekosongan : Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional Negeri Pahang

JADUAL GAJI GRED S29

  • Jadual Gaji RM 1,493.00 - RM5,672.00
  • Elaun : Imbuhan Tetap Perumahan : RM 300.00
  • Imbuhan Tetap Khidmat Awam : RM 160.00
  • Elaun Bantuan Sara Hidup : RM 200.00 - RM 300.00


SYARAT LANTIKAN

i) Calon-calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :

a) terdiri daripada Warganegara Malaysia 
b) berumur tidak kurang daripada 20 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan

ii) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki DIPLOMA dalam Bidang berkaitan PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

iii) KEUTAMAAN kepada Calon Wanita yang berumur dibawah 40 tahun.


DESKRIPSI TUGAS

i) Bertanggungjawab menguruskan hal ehwal pentadbiran di Tabika.

ii) Melaksanakan tugasan mengajar, mengurus rekod dokumentasi pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak.

iii) Merancang aktiviti pengajaran tahunan, menyiapkan laporan bulanan kelas, mengendalikan semua fail ISO yang digunakan di Tabika.

iv) Membuat penilaian berterusan tentang perkembangan kanak-kanak serta tugas-tugas lain yang diarahkan dari semasa ke semasa.

CARA MEMOHON

  • Permohonan hendaklah dibuat dalam borang permohonan yang boleh didapati di Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Negeri Pahang atau dengan melayari laman web PERPADUAN (BORANG PERMOHONAN JAWATAN)

  • Permohonan daripada pegawai kerajaan yang sedang berkhidmat hendaklah dikemukakan melalui Ketua Jabatan masing-masing mengikut Peraturan 17 bab ‘A’ lantikan dan Kenaikan Pangkat 2005.

  • Borang Permohonan berserta gambar terkini (berukuran passport), salinan kad pengenalan, sijil kelahiran, sijil kelulusan akademik, sijil berhenti sekolah, salinan lesen memandu sebagai dokumen tambahan serta dokumen sokongan yang berkaitan yang telah disahkan oleh Pegawai Kerajaan Gred 41 ke atas atau Penghulu dan Ketua Kampung) dan dihantar ke alamat seperti berikut:
Pengarah
Jabatan Perpaduan Negara & Integrasi Nasional Negeri Pahang Darul Makmur
(Jabatan Perdana Menteri)
Tingat 2, Blok A-B, No. 211,213,217 dan 218
Bangunan Centre Point, Jalan Haji Abdul Rahman
25000 KUANTAN PAHANG



TARIKH TUTUP PERMOHONAN : 21 OKTOBER 2021


PANGGILAN TEMUDUGA

  • Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan dan memenuhi syarat-syarat seperti yang telah ditetapkan akan dipanggil untuk menghadiri temuduga. Calon-calon yang tidak dihubungi selepas enam (6) daripada tarikh tutup permohonan hendaklah dianggap tidak berjaya.

  • Segala perbelanjaan menghadiri temuduga adalah tanggungan sendiri dan jabatan tidak akan melayan sebarang tuntutan.

PERTANYAAN

Sebarang pertanyaan bolehlah diajukan kepada talian 09-5161533/ 09-5140040.




0 Ulasan

Catat Ulasan

Post a Comment (0)

Terbaru Lebih lama